Friday 16 November 2012

Isu amah warga asing jadi tumpuan Muslimat PAS

Isu pembantu rumah warga asing menjadi tumpuan pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-52 di Kota Bharu hari ini apabila usul itu dibahaskan pada muktamar kali ini.
  
Usul mengenai perkara itu dibawa perwakilan Indera Mahkota, Zuriati
Muhammad yang mencadangkan langkah wajar diambil bagi engurangkan pergantungan pembantu rumah warga asing.
  
"Rekod menunjukkan kira-kira 200,000 pembantu rumah warga asing di negara kita yang sebahagiannya warga Indonesia.
  
"Mengapa perlu menggaji orang luar. Pekerjaan ini jangan dianggap kelas terendah dan sudah sampai masanya kita mengambil pekerja tempatan," katanya ketika membawa usul sosial mengenai pembantu rumah itu.
  
Beliau mencadangkan agar kerajaan menjadikan kerjaya pembantu rumah sebagai pekerjaan menarik dengan menawarkan gaji berpatutan termasuk diberikan caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
  
Sementara itu, perwakilan Bahagian Batu, Salbiah Abdul Wahab ketika membahaskan isu itu mencadangkan kerajaan mewujudkan institusi melahirkan tenaga kerja dalam bidang itu.
  
"Saya juga mencadangkan agar ada juga kolej-kolej yang turut menawarkan kursus pembantu rumah ini," katanya.

Sumber: Bernama/Malaysiakini

Jarumemas: Kenapa baru sekarang nak ambil tahu tentang perkara ini.

Pemuda PAS tolak protes BERSIH 4.0 sebelum PRU

Dalam keputusan hampir sebulat suara, perwakilan di Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini menolak usul untuk mengadakan protes BERSIH 4.0 sebelum pilihan raya umum akan datang.

Perwakilan yang berucap menolak usul tersebut berhujah bahawa sumber parti perlu disalurkan ke arah menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi, dan bukannya menganjurkan satu protes mega.

Ketika membahaskannya, Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, Umno Umno telah turun ke kampung-kampung di luar bandar dan mengedarkan habuan.

Oleh itu, katanya,  jika protes tersebut diteruskan, rakyat akan bertanggapan bahawa mereka hanya tahu turun ke jalanan.

NONEMenurut Mohd Azam, tidak ada banyak masa yang tinggal untuk
menghadapi pilihan raya umum dan lagi pula pihaknya juga akan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat di setiap negeri.

"Marilah kita beri tumpuan untuk menawan Putrajaya," tegasnya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Tak cukup bersih lagi ke???

Dewan Ulama: Pertahan PAS dari 'fikrah al-Haddamah'

Dewan Ulama PAS berikrar untuk mempertahankan parti Islam itu daripada diresapi pemikiran yang dibimbangi akan merosakkan hala tujunya.

Perkara itu ditegaskan dalam satu usul yang dikemukakan wakil Dewan Ulama PAS kawasan Kemaman, dan yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar hari ini.

"Menyedari bahawa PAS merupakan satu gerakan untuk mendaulatkan kalimah Allah berdasarkan kepada tuntutan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma' dan Qias, maka sudah tentu dasar dan prinsip ini tidak akan berubah sama sekali dan PAS akan terus mempertahankannya.

"Dewan Ulama PAS hendaklah menjadikan benteng Islam untuk memelihara dasar dan kesucian parti daripada diresapi oleh mana-mana 'fikrah al-Haddamah' yang boleh merosakkan fikrah dan hala tuju parti," usul itu dipetik.

Berita lanjut....

Jarumemas: Betul ke ramai pengikut Pas mengamalkan fahaman Syiah? Tolong jawab sikit...

Isu hudud: Ketua Dewan Ulama akui ada ahli celaru

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Datuk Harun Taib mengakui terdapat ahli yang bercelaru kerana merasakan bahawa isu hudud tidak perlu dibicarakan dalam era tahaluf siayasi (kerjasama politik) susulan pelbagai pandangan dan lontaran idea dari luar parti.

Beliau menegaskan "kecelaruan pemikiran" tersebut timbul kerana kegagalan mereka untuk mengikuti tarbiyah daripada parti itu.

"Dalam isu hudud, ada ahli yang bercelaru merasakan bahawa ianya tidak perlu dibicarakan dalam era Tahaaluf Siyasi. Setengahnya terkeliru dengan pandangan bahawa hudud tidak perlu dilaksanakan kerana keadaan bermasyarakat rakyat Malaysia yang belum kondusif.

"Ini semua adalah kecelaruan pemikiran kerana gagal mengikuti tarbiyah PAS. Perjuangan menegakkan hudud merupakan agenda Islam dan sudah pasti menjadi agenda PAS," kata Harun.

Berita lanjut...

Jarumemas: Pendirian pemimpin Pas yang membuatkan ahli parti bercelaru.

Pemuda PAS mahu Harakah 'distruktur semula'

Satu usul untuk menghentam lidah partinya, Harakah diluluskan sebulat suara dalam perbahasan Muktamar Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini.

Usul berkenaan, yang dikemukakan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad, mendakwa mutu pemberitaan Harakah merosot dan media itu juga "kurang kredibiliti" sebagai lidah parti.

NONESalinan senarai usul berkenaan, yang diperolehi pemberita, juga mendakwa Harakah tersasar dari matlamat penubuhannya.

Selain itu, usul itu juga menyebut Harakah "tidak membawa aspirasi jemaah dalam memacu kebangkitan gerakan Islam abad ke-21".

Usul berkenaan seterusnya mendesak pimpinan parti supaya menstruktur semula sidang redaksi Harakah.






Berita lanjut...

Jarumemas: Memang kurang kredibilitinya...

Ketua Ulama PAS nasihat Harussani juga bertaubat...

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Datuk Harun Taib membidas Mufti Kerajaan Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menasihatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar supaya bertaubat susulan dakwaan kenyataannya mengenai kebebasan beragama.

"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia harus bertaubat," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung laporan yang menyebut Harussani menasihatkan Nurul Izzah bertaubat susulan kenyataannya itu.

Harussani juga dilaporkan menasihat ahli Parlimen Lembah Pantai itu memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama di sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Siapalah kita nak meghukum ulama muktabar dalam negara...

Hadi: 'Negara berkebajikan' lebih baik dari '1Malaysia'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempromosikan tema "negara berkebajikan" dalam ucaptamanya di muktamar parti itu sebagai asas perpaduan yang lebih baik daripada slogan "1Malaysia" BN.

Katanya, slogan 1Malaysia itu tidak akan mewujudkan perpaduan memandangkan "tiupan angin perkauman sempit", menurutnya masih berlaku.

Hadi berkata, beliau memilih tema "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" itu kerana perpaduan umat, menurutnya menjadi cabaran terkini di setiap negara dan bangsa di seluruh dunia.

Berita lanjut...

Jarumemas: Kita tunggu dan lihat saja..

'PAS sudah sedia perintah M'sia bersama Pakatan'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertegaskan bahawa parti sudah bersedia untuk memerintah negara bersama rakan gabungan Pakatan Rakyat bagi memikul dan melaksanakan amanah berdasarkan resolusi permuafakatan gabungan itu.

"Maka PAS mengadakan Tahaluf Siyasi, dalam persefahaman Pakatan Rakyat yang menegakkan konsep dalam persamaan dan tidak  memaksa dalam perbezaan.

"Iltizam politik menerusi Tahaluf Siyasi ini menuntut kita terus bekerjasama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, secara kolektif  dalam mengurus pentadbiran negeri dan negara," katanya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Jangan terlalu takbur kerana semua percaturan Allah yang tentukan.

'Parti syaitan tak mampu tegak kebajikan'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa "parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya" tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua".

Tanpa menamakan "parti syaitan" tersebut, Hadi berkata hanya kebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia majmuk dan mewujudkan perpaduan tulen.

Beliau memberi alasan, manusia merupakan makhluk yang bernyawa, berperasaan dan berakal

"Setiap manusia yang saksama akal dan perasaannya tetap menerima kebajikan yang berteraskan keadilan. Ketepikan manusia yang tamak haloba yang buruk sifat-sifatnya dan tidak berperi   kemanusiaan.

"Kita ingin memerintah dengan adil berdasarkan konsep kebajikan yang diterima secara sejagat tanpa paksaan menganut Islam. 

"Saksikanlah bahawa perjuangan Rasulullah SAW pada awalnya didukung oleh penganut Islam dan juga turut disertai oleh kalangan bukan Islam yang menentang kezaliman," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menghurai tema Muktamar PAS ke-58 bertajuk "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan di Kota Bharu pagi ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Bukan Pas ke  parti syaitan yang bersekongkol dengan parti laknatullah?