Thursday 9 January 2014

Berhenti jadi 'batu api', DAP

Umno Pulau Pinang mendakwa DAP, melalui kenyataan pemimpin tertingginya, menjadi api dalam sekam terhadap perpaduan nasional melalui kenyataan mereka akhir-akhir ini.

Timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Seri Reezal Merican berkata, siri kenyataan dua pemimpin pentingnya – Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang – penuh muslihat demi mendapat markah politik.

“Saya ingin menasihatkan DAP agar tidak bersandiwara dalam isu yang sepenting dan semustahak ini,” katanya yang juga anggota Parlimen Kepala Batas itu.

“Mereka wajar menunjukkan warna sebenar politik mereka – dan tidak terus bermain dengan ayat-ayat retorik dan bertindak sebagai batu api.”


Jarumemas: Jangan bermain dengan api nanti terbakar tangan, sarang tebuan jangan dijolok nanti buruk padahnya. 

Jakim pertegas 'Allah' eksklusif untuk Islam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertegaskan sekali lagi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa kalimah Allah eksklusif bagi umat Islam.

"Dari sudut keputusan fatwa, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan yang jelas bahawa kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam.


"Pemakaian dan pewartaan adalah di bawah bidangk uasa negeri masing-masing," kata Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha melalui SMS sebagai menjawab soalan Malaysiakini hari ini.


Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) itu bagaimanapun mengelak menjawab soalan berhubung perbezaan pendirian dalam Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 dan Penyelesaian 10 Perkara yang diputuskan Kabinet, seperti dibangkitkan PAS.


Jarumemas: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan yang jelas bahawa kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam. Jadi kenapa ada pihak yang bterang-terangan mahu menidakkannya? 

KDN isytihar Comango pertubuhan haram

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan bahawa gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang menurutnya “memperjuangkan hak yang menyeleweng daripada Islam” sebagai pertubuhan haram kerana tidak didaftarkan bawah Akta Pertubuhan 1966.

Satu kenyataan dikeluarkan oleh ketua setiausaha kementerian tersebut, Datuk Mohamad Khalid Shariff menyebut bahawa gabungan itu kebanyakannya terdiri daripada pertubuhan bukan berasaskan Islam dan sebahagian besarnya tidak berdaftar.

“Setiap pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti secara sah di dalam negara, ia hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.


Jarumemas: Memang banyak yang hendak menghancurkan Islam termasuklah orang Islam sendiri kerana ramai yang tidak mahu mendalami Islam dan agama sendiri. Lebih ramai yang terikut-ikut dengan rentak orang lain. 

Bible dipulangkan jika selari dengan '10 perkara'.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu mendapatkan pengesahan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung status Bible berbahasa Melayu yang dirampasnya daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) sebelum ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, KDN bertanggungjawab memastikan sama ada Bible itu selari dengan penyelesaian 10 perkara.

Penyelesaian kabinet itu antaranya membenarkan pengimportan, penggunaan dan percetakan Bible dalam bahasa kebangsaan.

"Sekiranya KDN berpuas hati penerbitan kitab-kitab ini memenuhi Penyelesaian 10 Perkara, kerajaan negeri akan mengarahkan JAIS untuk memulangkan semula kitab-kitab tersebut kepada BSM," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.


Jarumemas: Macam mana ni, kalau pihak atasan dah bunyi lainnya bukan hendak dipertahankan apa yang telah berlaku.

Rakyat kecil umpama mentimun dalam sandwic - Dr Azman Ibrahim

Daripada aspek kebajikan, saya bersetuju dengan luahan YDP Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Terengganu, Osman Mamat berhubung isu kenaikan barang keperluan harian dan makanan yang kini hangat diperkatakan.
Osman sebagaimana dipetik daripada sebuah akhbar harian menegaskan, orang ramai tidak wajar menghukum peniaga semata-mata kerana mereka mendapat bahan mentah daripada pembekal dan menjualnya pada harga sesuai dengan modal yang dikeluarkan.
peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan, jangan sesekali hanya dipandang dari sudut berapa sen kenaikan harga gula, petrol, gas memasak, minyak masak, tarif elektrik dan sebagainya, tetapi impaknya perlu diteliti secara menyeluruh dan saksama kepada kehidupan seorang insan sebagai individu, keluarga, masyarakat dan negara. Inilah dia antara aspek kebajikan yang diteliti oleh Islam. Bukan kebajikan dengan makna welfare mengikut istilah Barat.
Di negara maju yang lain, bila ekonomi negara bermasalah, kerajaan akan potong perbelanjaan yang tak diperlukan, bukannya menjadikan rakyat sebagai mangsa.

Kita yang belum maju tetapi bercita-cita untuk maju pula sebaliknya, bila negara tak ada duit, rakyat yang ditekan dengan pelbagai alasan lapuk sedangkan pemimpin bermewahan. Rakyat pula dikelirukan dengan tiada lagi istilah kenaikan harga barangan itu dan ini, yang ada hanyalah pelarasan subsidi!


Jarumemas: Inilah nasib jadi mentimun dengan durian, digolek kena tergolek pun kena. 

Harga barang naik bukan kerana kos bahan api tetapi peranan orang tengah

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kenaikan harga barang di negeri itu bukan berpunca daripada kenaikan harga bahan api tetapi sebaliknya peranan orang tengah yang cuba mengaut keuntungan.
Beliau berkata kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau kenaikan harga barang termasuk tindakan orang tengah memanipulasi harga barangan di pasaran.
Jawatankuasa khas itu dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabahm Datuk Jainab Ahmad Ayid.
"Kita menerima beberapa aduan mengenai kenaikan harga barangan di Sabah dan kita harus mengambil tindakan dan memantau perkara ini secara konsisten," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet pertama bagi tahun ini di Wisma Innoprise, di Kota Kinabalu hari ini.

Lagi...www.malaysiakini.com

Jarumemas: Orang tengah ini perlu ditiadakan jika kerajaan mahu membantu rakyat. 

Jangan mangsakan rakyat kerana mahu kejar Wawasan 2020

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula Wawasan 2020 kerana garis masa berbaki enam tahun tidak lagi relevan untuk kerajaan melaksanakan misi ini.
Presiden PMUM Muhammad Kamarul Setapa  meminta kerajaan jangan membebankan rakyat dengan strategi-strategi yang terburu-buru untuk mencapai wawasan tersebut.

"Saya melihat kerajaan di bawah pimpinan Datuk  Seri Najib Abdul Razak cuba mengejar baki masa enam tahun ini untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi dengan apa cara sekalipun.
Jarumemas: Terasa sangat duit kitra semakin kecil nilainya. Segala-galanya makin mahal. 

Responden anggap kesesakan lalu lintas kekecewaan nombor satu

Satu penyelidikan pasaran oleh Frost and Sullivan terhadap 1,227 responden di Kuala Lumpur mendedahkan 41% daripada responden menganggap kesesakan lalu lintas sebagai kekecewaan nombor satu, lebih tinggi daripada purata 35% kadar bagi Asia Pasifik dan 29% tahap global.
Rakan kongsi Asia-Pasifik merangkap Ketua Amalan Automotif dan Pengangkutan, Kavan Mukhtyar berkata kesesakan lalu lintas di sini berpunca daripada pergantungan penduduk terhadap kereta, berbanding pada tahap global dan serantau.
"Lebih 79% penduduk Kuala Lumpur bergantung kepada pengangkutan persendirian seperti kereta manakala 8% bergantung kepada pengangkutan awam.

"11% lagi menggunakan gabungan antara pengangkutan awam dan persendirian manakala dua peratus bukan kereta," katanya pada taklimat media mengenai industri kenderaan negara ini tahun ini, di Kuala Lumpur hari ini.


Jarumemas: Rasa lega sejak tinggal di Putrajaya sejak 3 tahun lalu tanpa kesesakan lalu lintas. 

Edmund Bon jangan lebih sudu dari kuah

Peguam, Edmund Bon tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan melulu terhadap isu siasatan Paderi Lawrence Andrew oleh polis di bawah Akta Hasutan 1948 kerana beliau belum pun dituduh, kata Ketua Pemuda Umno Kuala Langat.
Jefrizal Jaafar dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, Edmund seharusnya bertindak dengan cara membela Andrew sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.

"Sebagai seorang pengamal undang-undang, Edmund Bon perlu tahu bahawa setiap kenyataannya boleh menyebabkan ia disalah tafsir oleh masyarakat awam," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.
Jarumemas: Sarang tebuan jangan di jolok, 
                      Kalau dijolok mengamuk ia,
                     Jangan tuan suka menyampuk,
                     Kalau dah bodoh mengaku saja. 

Majlis perpaduan bukan eksklusif untuk agama tertentu

Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) menolak pandangan sesetengah golongan dengan menegaskan kumpulan tersebut bukannya eksklusif untuk agama tertentu sahaja, selepas beberapa NGO Melayu-Islam mengecam barisan ahli majlis tersebut.
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, majlis tersebut bukanlah sebuah badan bersifat agama tetapi lebih menjurus kepada soal berkaitan dengan pengurusan perpaduan nasional.

MKPN bukannya badan yang bersifat agama, walaupun ia mungkin menyentuh isu-isu agama.
Jarumemas: Biar telus jangan jerlus!!!

Kedah ulangi Kalimah Allah khusus bagi umat Islam


Kerajaan negeri Kedah mengulangi pendiriannya bahawa penggunaan kalimah 'Allah' adalah khusus untuk orang Islam sahaja.
    
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pendirian itu selaras dengan fatwa Kebangsaan dan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lepas yang memutuskan kalimah 'Allah' adalah eksklusif untuk umat Islam.
    
"Kerajaan negeri menganggap penting untuk menyatakan pendirian ini secara jelas bagi menghindari daripada sebarang perkara tidak diingini walau sekecil mana pun.
    
"Hubungan harmonis antara agama di Kedah sejak sekian lama meyakinkan kita bahawa pendirian ini langsung tidak akan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Alor Setar hari ini.


Jarumemas:  Memang benar kalimah eksklusif untuk umat Islam sahaja. alkafirun ni memang sengaja jolok sarang tebuan.