Thursday 26 September 2013

UMNO: 26 CALON TARIK DIRI DI SELANGOR

SHAH ALAM, 25 Sept (Bernama) -- Seramai 26 anggota Umno Selangor yang menghantar borang pencalonan untuk bertanding pada pemilihan peringkat bahagian dan tiga sayap parti bagi peringkat negeri Oktober ini, menarik diri.
Setiausaha Kerja 1 Jawatankuasa Pemilihan Umno negeri, Mohamad Isa Ishak berkata Umno Selangor menerima permohonan menarik diri daripada bertanding jawatan termasuk Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Anggota Jawatankuasa Bahagian, Ketua Puteri dan Pengerusi Tetap.
"Semakan terhadap calon-calon sama ada mereka layak bertanding atau tidak akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Umno pusat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber: The Malaysian Insider
Jarumemas: Bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Eloklah muhasabah diri sejauh mana kemampuan dan kebolehan yang ada pada diri sendiri. Eloklah mengundurkan diri sebelum dikata orang. 

Sang Saka Malaya terus berkibar walau penjara 1,000 tahun, kata aktivis

Dua aktivis yang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengibarkan Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang Kemerdekaan lalu menganggap pindaan akta untuk memberikan hukuman penjara selama 15 tahun bagi tindakan menghina Jalur Gemilang tidak masuk akal.
Menurut Hishamuddin Rais, Sang Saka Malaya akan terus berkibar walau dipenjara 1,000 tahun sekalipun.
"Sang Saka Malaya telah berkibar lebih 2,000 tahun. Bila wujudnya Jalur Gemilang itu?" soal Hishamuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider. "Sejak Merdeka hingga 2007 apa nama bendera kita? Seluruh Nusantara menggunakan Sang Saka Malaya," katanya, dan menambah hukuman penjara maksimum sebanyak 15 tahun itu juga sekadar "perkara kecil."

Jarumemas: Inikah dia salah seorang daripada petualang negara? 

Wednesday 25 September 2013

Mukhriz: Dah nasib badan saya anak Mahathir


Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak dapat mengelak daripada dikaitkan dengan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang pemilihan naib presiden Umno kali ini.

"Itu sudah nasib badan saya, tetapi bagi saya ada dua yang saya maksudkan sebagai 'nasib badan' ini.

"Pertama, sesetengah orang akan ingat saya mewarisi genetik ketokohan itu. Lagi satu, nasib badan saya ini, ayah saya sentiasa mahu saya dicabar dahulu," katanya.

Mukhriz menggalas tugas sengit berdepan tiga penyandang - Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein - dan dua pemimpin heavyweight Umno Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam.

Mukhriz sebelum ini sudah menjelaskan bahawa beliau melakar sendiri laluan politiknya dan tidak bergantung atau menjadi proksi kepada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap pada forum Impak Krisis Timur Tengah kepada Malaysia anjuran Sinar Harian, bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu turut mencuri peluang berkempen sempena pemilihan Umno.


Jarumemas: Sesungguhnya kewibawaan seseorang itu boleh membawa kejayaan. 

Saya mahu jadikan rasuah perkara silam


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau ingin menjadikan rasuah sebagai sebahagian daripada perkara yang sudah berlalu bagi Malaysia, bukan suatu amalan pada masa akan datang.

Berucap pada Syarahan Kelab Komanwel di San Francisco, Isnin, Najib berkata langkah itu bermakna mengubah budaya organisasi dan perniagaan.

"Saya sudah mewujudkan peranan menteri tadbir urus dan integriti dalam Kabinet yang disandang bekas presiden Tranparency International cawangan Malaysia," katanya.

Najib berkata kerajaan pimpinan beliau menaikkan kedudukan agensi pencegahan rasuah Malaysia - yang setiap tahun perlu menghadap jawatankuasa khas parlimen mengenai rasuah, sebuah lembaga penasihat bebas dan sebuah jawatankuasa aduan - ke taraf sebuah suruhanjaya bebas pengaturan kendiri.

"Kami berharap suruhanjaya ini boleh menjadi contoh untuk negara lain yang sedang berusaha untuk membina keupayaan institusi bagi memerangi rasuah," katanya.

Sesungguhnya, kata beliau, mata wang paling penting bagi pentadbiran dan perniagaan ialah kepercayaan.


Jarumemas: Amalan bersih, cekap dan amanah adalah tonggak kejayaan seseorang yang berpegang teguh kepada ajaran agama, kerana yang kita cari adalah keberkatan dalam kehidupan. 

'Kami bekas tentera tak lupa Chin Peng'


Persatuan Bekas Tentera Malaysia negeri Terengganu (PBTMT) akan menentang keras sebarang bentuk usaha oleh pihak tertentu untuk membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini.

Yang Dipertua PBTMT Abdullah Che Muda berkata bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu bukan rakyat negara ini, sebaliknya penderhaka yang menyebabkan kesengsaraan kepada ramai rakyat negara ini.

Abdullah memberi amaran kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya menghentikan usaha meracuni fikiran rakyat dengan cuba menonjolkan kononnya Chin Peng ialah wira dan pejuang negara.

"Kami para bekas tentera yang berkhidmat di zaman komunis tidak akan melupai apa yang Chin Peng dan pengikutnya lakukan hingga menyebabkan ada antara kami yang merasa deritanya sampai ke hari ini," katanya kepada Bernama di Besut hari ini.

Beliau berkata ramai bekas tentera menganggap Chin Peng sebagai seteru mereka hingga dendam terhadapnya masih berkobar sehingga sekarang.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90, dilaporkan meninggal dunia pada 16 Sept lepas akibat sakit tua di sebuah hospital di Bangkok, Thailand. 

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Kenangan silam kejamnya komunis memang sukar dilupakan oleh mereka yang pernah berada di zaman itu. Ramai yang dibunuh dengan kejam dan sadis tanpa belas kasihan. Ketuanya, Chin Peng dan beberapa orang lagi, malah orang Melayu sendiri juga bertindak kejam sesama bangsa. Adakah perlu disanjung kematian mereka? Perajurit dan pejuang-pejuang negara yang mati kerana negara perlukah kita  perlekehkan perjuangan mereka?  

Nasihat Gerakan pada calon: Jangan jadi rasis


Setiausaha Agung Gerakan Mah Siew Keong menyeru calon dalam pemilihan untuk pelbagai parti masing-masing tidak menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan.

Bekas timbalan menteri itu berkata, calon-calon, termasuk daripada parti pembangkang patut berkempen secara bertanggungjawab dan secara bijaksana sebagai seorang rakyat Malaysia.

"Mengeksploitasi isu kontroversi yang berpotensi menyalakan api semata-mata mendapatkan sokongan untuk pemilihan parti sangat tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri dan tidak adil.

"Ini jelas menjadi cabaran kepada calon dalam parti berasaskan kaum dan kerana itu kita mesti tetap berhati-hati dan berjaga-jaga," katanya.

Mah justeru menggesa supaya amalan yang disifatkannya sebagai "sakit", demi untuk "sokongan sementara" dihentikan kerana ia berbahaya dan memudaratkan keharmonian kaum dan kestabilan sosial.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Mengapa perlu jadi rasis? Nenek moyang kita telah lama hidup harmoni dan bersatu padu antara satu sama lain, mengapa perlu dicalarkan? 

2 ditahan miliki bahan berkaitan Chin Pheng


Seorang lelaki Malaysia dan Thai ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang lewat malam tadi kerana didakwa membawa masuk barangan berkaitan Parti Komunis Malaya (PKM).

Ketua Polis Negeri Abdul Rahim Hanapi berkata, mereka ditahan selepas pihaknya mendapat maklumat pada malam itu ketika mereka tiba dengan penerbangan Thai Airways dari Bangkok.

Katanya, lelaki berumur 66 dan 59 tahun itu kemudian dibawa ke balai polis Bayan Baru untuk disoal-siasat.

Malaysiakini difahamkan, keluarga terdekat bekas setiausaha agung PKM Ching Peng yang menghadiri upacara pengebumiannnya di Bangkok semalam memasuki kembali negara ini tanpa diberhentikan, diperiksa atau disoal oleh pegawai imigresen.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia pada Hari Malaysia 16 September ketika umur 90 selepas menderita sakit yang lama.

Dalam sidang media balai polis Bayan Baru hampir tengah malam tadi, Abdul Rahim berkata, polis merampas 8 CD, 11 cenderahati dan 12 buku berkaitan Chin Peng dan PKM.

Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Rahim sebagai berkata, bahan itu, termasuk buku dalam bahasa Melayu dan Cina itu mungkin untuk kegunaan sendiri atau edaran. 

Kepada satu pertanyaan, Abdul Rahim berkata polis tidak menjumpai abu mayat mendiang Chin Peng dalam bagasi yang diperiksa.

Menurutnya, suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Larangan sudah dikeluarkan tetapi malangnya keangkuhan manusia tetap mahu dibawa masuk abu Chin Peng itu. Sengaja cari fasal....

Tuesday 24 September 2013

RoS tidak hormat undang-undang, kata DAP

DAP hari ini menyelar kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS), Datuk Abdul Rahman Othman yang mendakwa pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu tidak selaras dengan kehendak perlembagaan parti.
Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo, berkata tindakan Abdul Rahman jelas menunjukkan RoS tidak menghormati proses undang-undang dan sering menyalahkan parti itu sebelum mendengar penjelasan.
“Abdul Rahman seharusnya tahu. Sekiranya ada aduan, beliau dikehendaki memaklumkan kami berkenaan aduan tersebut dan meminta penjelasan sebelum membuat sebarang keputusan.

Jarumemas: Jangan nampak salah orang sahaja, kerana masih ada empat jari lagi yang tunjuk ke arah kita. 

Zulkifli mahu perwakilan DAP tolak konsep “parti keluarga”

Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor mahu perwakilan parti itu menolak 'parti keluarga' pada pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Eksekutif (CEC) DAP pada 29 September depan supaya barisan yang dipilih lebih bersifat demokratik untuk memperjuang nasib pelbagai kaum.
Beliau berkata, slogan demokrasi dan ungkapan berbilang kaum yang dilaung-laungkan selama ini oleh DAP hanya bersifat hipokrit dan indah khabar daripada rupa.
Katanya, daripada maklumat yang diperolehnya sewaktu kempen yang diadakan sempena pemilihan itu, anggota perwakilan nampaknya sudah mula sedar bahawa perjuangan politik DAP dimonopoli keluarga tertentu.

Jarumemas: Kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih...

Penganalisis ramal GST bakal naikkan kemarahan rakyat

Penganalisis ekonomi tidak menolak GST adalah kaedah terbaik untuk mengutip wang dan menjana pendapatan negara, sekaligus pada masa sama membantu pertumbuhan ekonomi negara.
"Lebih awal kita laksanakan lebih pantas kita menyesuaikan diri, saya jangkakan lebih banyak penambahbaikan berlaku kepada ekonomi kita.
"Ia memperkasakan pengurusan cukai dan memberi kerajaan lebih banyak fleksibiliti dalam menguruskan kewangan awam," kata Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, Dr Yeah mengakui langkah itu akan menyumbang kepada inflasi yang tinggi terutamanya selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini, tetapi melihatnya sebagai satu "realiti kehidupan".

Jarumemas: Nampaknya Melayu lagi ramai yang 'brutal' daripada lain-lain kaum. Ke mana pergi iman dan akal mereka ini? 

Maznah: Saya bukan proksi Rafidah


Calon yang menawarkan diri bertanding jawatan ketua Wanita Umno, Maznah Mazlan menafikan beliau menjadi proksi bekas ketua pergerakan itu Tan Sri Rafidah Aziz, dalam saingan tiga penjuru bagi jawatan tersebut Oktober ini.

Maznah yang juga ADUN Muadzam Shah berkata beliau memutuskan untuk bertanding jawatan nombor satu dalam sayap parti itu pada saat-saat akhir Sabtu lalu, tanpa merujuk kepada sesiapa.



Dalam sidang medianya hari ini, Maznah yang juga bekas timbalan menteri sumber manusia berharap semua pihak menghormati pandangan dan keputusan yang dibuatnya.

Maznah yang berasal daripada Pahang mendakwa beliau memaklumkan hasratnya itu kepada beberapa pemimpin tertentu termasuk Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob melalui kiriman SMS tetapi tidak kepada Rafidah.

Menurutnya lagi, sehingga hari ini, beliau tidak mempunyai masa untuk menghantar kiriman SMS kepada Rafidah tetapi percaya bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu mengetahuinya melalui media massa.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Bertandinglah kerana amanah, kerana  maruah bangsa dan agama. Jangan sampai menang sorak kampung tergadai... 

KJ: Mukhriz bebas untuk bertanding


Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata anggota pergerakan itu tidak diminta menyokong calon tertentu pada pemilihan parti bulan depan.

Malah mereka bebas membuat pilihan sendiri, kata beliau ketika ditanya pendirian Pemuda Umno sama ada akan memberi sokongan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

"Dia (Mukhriz) bebas untuk bertanding, parti kita tak letak apa-apa sekatan," katanya selepas majlis perjumpaan dengan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia, pada acara jamuan petang di Dewan Malaysia Jakarta di Jakarta, Isnin.


Jarumemas: Demokrasi!!

Shahrizat: Wanita Umno bukan 'paper tiger'


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mempertahan kerusi Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti bulan depan, semalam menepis cubaan pihak yang cuba memperlekeh keupayaan dan prestasi sayap itu.

Beliau berkata prestasi Wanita Umno memang tidak boleh dinafikan, malah ia juga menjadi tunjang kekuatan dan kemenangan Umno serta Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Wanita Umno hari ini lebih bersatu dan mantap, justeru menjadikan pergerakan itu idaman ramai, katanya.

"Kita bukan paper tiger. Gitu-Gitu bagi syarahan, bagi retorik. Kita memang turun padang. Saya nak cabar siapa boleh pertikaikan itu. Kami ini pergerakan di peringkat akar umbi," katanya kepada wartawan di pejabatnya di Menara Dato Onn di ibu negara.

Shahrizat diminta mengulas kenyataan pencabarnya, Datuk Maznah Mazlan bahawa keputusan beliau bertanding jawatan Ketua Wanita adalah kerana mahu memperkuatkan sayap itu supaya dihormati dan tidak diperlekeh oleh sesiapa.


Jarumemas: Kaum wanita perlu membuat pilihan yang tepat demi wanita. 

Shahidan: Perbincangan Pakatan-BN perlu dengan niat “baik sangka”

Perbincangan perpaduan antara pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) perlu dimulakan dengan sangka baik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar).
Shahidan yang juga menteri bertanggungjawab terhadap Parlimen berkata PR boleh membawa usul berkenaan ke Parlimen sekiranya mereka ikhlas dengan perkara itu.
"Ini masa terbaik pembangkang bawa ke Parlimen, kita kerajaan yang tekanan perpaduan.

Jarumemas: Tidak rugi duduk semeja berbincang demi orang Melayu. 

Shahrizat bertarung untuk survival politik, kata penganalisis

Walaupun populariti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengatasi pencabarnya dalam pemilihan Wanita Umno kali ini tetapi penganalisis berpendapat beliau perlu bertarung bagi memastikan kelangsungan survival politiknya.
Penganalisis memberikan pelbagai faktor kelemahan beliau dan yang paling utama ialah pembabitan ahli keluarganya dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Antara sebab lain ialah corak pemilihan Umno kali ini yang mahukan wajah baru dan perubahan dalam parti itu dengan beberapa perubahan saat akhir dalam pertandingan pemimpin kanan.

Jarumemas: Bertanding secara sihat akan mengharmonikan lagi hubungan sesama insan. 

If not careful, Wanita chief Shahrizat could be facing perfect storm in polls

Despite her apparent popularity among members of the women's wing, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (pic) may find herself battling to be re-elected Umno Wanita chief this time, say analysts.
They cited three factors that could create a perfect storm to upend her.
One is her alleged links to a cattle-farming scandal through her family's involvement in the National Feedlot Corporation (NFC).
Another is the mood for young blood and the change that is currently sweeping through Umno, with several unexpected last-minute challenges to senior contestants.
The third is the serious contender that appeared just 10 minutes before nominations closed last Saturday, making it a three-way challenge for the Wanita Umno chief’s post.
At the last minute, former deputy human resources minister Datuk Maznah Mazlan stepped into the fray.
The other contender is Kulim Bandar Baru Wanita chief and lawyer Raihan Sulaiman Palestin, a relative lightweight who threw her hat into the ring earlier.
All eyes are on Maznah, the assemblyperson for Muadzam Shah widely regarded as a staunch ally of Tan Sri Rafidah Aziz, the leader Shahrizat ousted.
Shortly after Maznah announced her entry into the fight, Rafidah described the contest as “refreshing” but denied Maznah was her proxy.
Jarumemas: May the best woman win. 

To recapture middle Malaysia in GE14, Umno needs Najib, Saifuddin says

KUALA LUMPUR, Sept 24 — If Umno and the Barisan Nasional (BN) coalition it leads is to win over Malaysia’s middle ground at the next general election, Datuk Seri Najib Razak must remain at the helm, the Malay party’s supreme councillor Datuk Saifuddin Abdullah has said.
Najib, a second-term prime minister, was not challenged in his presidency when nominations closed for Umno’s polls on Saturday but his leadership in the party — and by extension the ruling bloc — is seen to be pandering to vocal conservative Malay nationalists, causing a retreat in support from more moderate voices within the country’s biggest race group, as well as other ethnic minorities.
Jarumemas: The Malays still need him to lead the country. 

Monday 23 September 2013

Maznah mampu gugat Shahrizat, kata penganalisis

Penyertaan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan bagi merebut jawatan Ketua Wanita Umno tidak boleh dipandang ringan kerana veteran Wanita Umno itu dijangka bakal memberikan saingan sengit kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Penganalisis politik berpendapat, Maznah, yang menghantar pencalonannya di saat-saat akhir sebelum tamat waktu penamaan calon semalam mempunyai kredibiliti dan keupayaan untuk menewaskan Shahrizat sekiranya beliau memilih isu tepat ketika berkempen.
"Datuk Maznah Mazlan saya rasa ada peluang. Dia senior Umno dan lebih senior daripada Shahrizat," kata penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia Dr Azizuddin Mohd Sani.
Jika diukur daripada segi senioriti, Maznah lebih berpeluang untuk menyaingi Shahrizat, namun situasi pemilihan yang kini jelas Azizuddin tertumpu kepada generasi pelapis dalam Umno berkemungkinan akan memberikan peluang kepada Raihan Sulaiman Palestin.
"Namun, Raihan berpeluang hanya jika mendapat sokongan pergerakan wanita generasi baru kerana Shahrizat dan Maznah mewakili veteran Wanita," katanya kepada The Malaysian Insider.
Jarumemas: Hanya jauhari yang mengenali manikam. Kalau dulu Tan Sri Rafidah Aziz antara pemimpin yang banyak memesatkan ekonomi negara. Datuk Seri Shahrizat pula  banyak memayungi keluarga dan masyarakat. Datuk Maznah seorang yang low profile tapi kerja jalan, namun pilihan terletak di tangan perwakilan. 

PAS member pays respects to Chin Peng in Bangkok

Kedah PAS leader Fadzil Baharom was a late visitor to Chin Peng's wake this evening, arriving at the Wat That Thong temple in Bangkok about 7pm together with several friends to pay his respects to the former Communist Party of Malaya secretary-general.
When met at the wake, Fadzil stressed that he was not representing PAS or PKR but was there in a personal capacity.
Fadzil said he has known members of Chin Peng's family for about five years and felt it was appropriate to attend the wake.
Jarumemas: What PAS leader is doing is disappointing the families of the  anti-communist party. How can the PAS leaders be easily forgotten for what the communists had done to our heroes that was tortured by them to death. 

Kerajaan tidak pernah naikkan harga minyak, kata Ahmad Maslan

Putrajaya tidak pernah menaikkan harga minyak sebaliknya ia adalah berdasarkan pasaran global semasa kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad ketika sesi soal jawab Dewan Rakyat di Parlimen hari ini menegaskan, kerajaan hanya mengurangkan jumlah subsidi sedia ada kerana majoriti yang mendapat manfaat daripada subsidi bahan api adalah golongan berpendapatan tinggi.
"Sebenarnya kerajaan tidak menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan cuma mengurangkan subsidi.

Jarumemas: Apabila hargsa minyak naik, maka semua barangan keperluan dan perkhidmatan akan naik. Yang sengsaranya rakyat. Tetapi kita golongan marhein perlu juga melihat dan muhasabah kenapa kerajaan perlu naikkan harga minyak. Selama ini kerajaan telah banyak memberi kita bermacam bantuan , kini kerajaan hanya minta sikit sahaja bantuan dari kita supaya menerima pengurangan subsidi minyak...susah sangat ke? Peniaga pula janganlah jadikan alasan ini untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka...bak kata mat saleh...'you lose some, you gain some' Malah, Allah juga tidak beri kita hambaNYA semua nikmat yang ada di dunia ini. 

Keluarga Chin Peng nafi pengagihan abu seperti dilapor Bangkok Post

Laporan Bangkok Post yang mendakwa keluarga mendiang Chin Peng akan mengagihkan abu mayat bekas ketua komunis itu kepada saudara-mara dan rakan seperjuangannya dinafikan oleh ahli keluarganya.
Jurucakap keluarga Chin Peng, Lee Chong memberitahu pemberita hari ini bahawa mereka masih belum memutuskan untuk pengurusan abu berkenaan sambil mendakwa tiada pihaknya yang bercakap dengan Bangkok Post.
“Saya tidak tahu siapa yang ditemubual oleh Bangkok Post dan saya ulangi kami masih belum membuat keputusan untuk menguruskan abu berkenaan,” katanya.

Jarumemas: Jasadnya dah jadi abu, rohnya tetap ke sana...

Khuatir Chin Peng dihargai alasan Putrajaya halang abu mayat masuk

Keengganan Putrajaya membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibawa masuk ke negara ini ekoran khuatir wujudnya usaha "penghargaan" kepada pemimpin pengganas tersebut, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahli Parlimen Bagan Datoh itu menegaskan, Putrajaya sebelum ini telah menawarkan kerakyatan kepada Chin Peng sebanyak dua kali namun Setiausaha Agung PKM berkenaan menolak tawaran tersebut.
"Dia tidak pernah menyerahkan borang permohonan. Kami menganggap dia menolak tawaran kerajaan Malaysia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sumber: Malaysianinsider.com
Jarumemas: Nama Chin Peng memang menjadi sinonim dengan komunis yang membuatkan generasi sebelum merdeka tidak rela mayatnya hatta abu mayatnya dibawa balik ke Malaysia. Janganlah ada  puak-puak tertentu yang menjaja isu ini untuk dipolitikkan. Jangan dijolok sarang tebuan kerana  buruk padahnya. 

Isa Samad: Tak sesuai tubuh pasukan untuk pemilihan


Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak bercadang menubuhkan kumpulan untuk menghadapi pertandingan enam penjuru bagi merebut jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti bulan depan.

Pengerusi Felda itu berkata biarlah pemilihan mengikut peraturan dan secara kekeluargaan dalam parti dan beliau sedia menerima keputusan perwakilan.

"Saya berpendapat adalah tidak sesuai untuk menubuhkan pasukan dalam pertandingan seperti ini kerana kuasa memilih terletak di tangan perwakilan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tranformasi Komuniti FELDA Di Hati dan merasmikan Dewan Semai Bakti Felda di Felda Jengka 21, dekat Maran semalam.

Mohd Isa bakal berdepan tiga penyandang iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Menteri Besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dalam pada itu, Mohd Isa berkata sistem pengundian melalui 150,000 perwakilan merupakan tranformasi dilakukan Umno ke arah pemilihan kepimpinan parti lebih terbuka.

Beliau berkata jika sistem itu berjaya, tidak mustahil di masa akan datang kesemua anggota Umno diberi peluang untuk memilih kepimpinan parti.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Oorang lama yang masuk bertanding mungkin bagi melihat kepada 'check and balance' dalam parti. Orang muda janganlah terasa orang lama tak nak mengalah. 

'Minyak naik ketentuan pasaran, bukan k'jaan'


Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak kerana ia ditetapkan oleh harga pasaran minyak sedunia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad memberitahu Parlimen pagi ini bahawa kerajaan hanya mengurangkan subsidi dan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kenaikan harga minyak.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Rakyat perlu menerima keputusan kerajaan kerana sampai bila kita perlu menerima subsidi kerajaan. Sudah sampai masanya kita memberi balik apa yang telah kerajaan beri selama ini. 

Zahid fears Chin Peng's ashes would lead to memorial

Home Minister Zahid Hamidi today said that allowing the late Communist Party of Malaya (CPM) leader Chin Peng's ashes back into Malaysia could lead into a memorial being built for him.

Source: Malaysiakini.com 

Jarumemas: Agree that his ashes should not be brought here because the memory of communist sadis is to much to be born by us the emergency generations.