Friday 7 February 2014

Kerajaan Kelantan bergoncang akibat dua serangan dalaman

Ketika hubungan PAS dan PKR bergoncang di peringkat nasional, kerajaan negeri Kelantan juga bergoncang hari ini apabila dua kumpulan daripada PKR dan PAS sendiri menyerang kepimpinannya.
Serangan dalaman PAS adalah daripada penyokong Che Ibrahim Mohamed, bekas kadi yang juga Timbalan Pendaftar  Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang dipecat manakala satu lagi pihak adalah adalah penyokong Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah Ramlan Mat dari PKR yang juga dipecat daripada jawatannya.‎
Kumpulan penyokong Che Ibrahim membuat demonstrasi hari ini di depan kolej dekat Nilam Puri bersebelahan Masjid Kampung Laut yang bersejarah itu.

Jarumemas: Dalam cawan ada gelora...kata pepatah Inggeris...

Lumur darah kerja gila, tidak berhak dipanggil NGO Islam

Pemimpin Melayu DAP Zairil Khir Johari menyelar tindakan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyembelih ayam dan melumur darah kepada gambar pemimpin Cina DAP dan PKR. Ia boleh dianggap sebagai gila dan tidak berhak dipanggil orang Islam.
Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera itu menegaskan, tindakan NGO tersebut dalam satu demonstrasi hari ini di Kuala Lumpur adalah memalukan.
"Ini memang kerja gilalah.
"Tindakan ini buat malu Islam, buat malu Melayu dan buat malu Malaysia," kata Zairil apabila dihubungi selepas insiden tersebut.

Jarumemas: Dia ini pun tak sedar diri patut juga dilumurkan darah ke mukanya. 

Tawaran tampar Teresa Kok dinaikkan sehingga RM1,200, kata NGO Islam

Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.
"Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.
"Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita."
Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan.

Jarumemas: Pantang orang Melayu dicabar, hutang darah di bayar darah, hutang nyawa dibayar nyawa, hutang menghina dibayar penampar?? Kalau mereka dah terlebih kurang ajar dah sampai masanya  diajar secukupnya. 

NGO Melayu sembelih ayam, lumur darah pada gambar pemimpin Cina DAP, PKR

Sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.
Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.
Perhimpunan yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini.
Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfly Sharif berkata, tindakan menyembelih dan melumurkan darah ayam adalah sebagai simbolik kepada tragedi 13 Mei 1969.
Lebih daripada itu, tindakan bantahan itu juga memberi amaran keras kepada pemimpin terbabit untuk menghentikan segala provakasi yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
"Empat ayam ekor yang kita bawa mewakili keempat pemimpin cauvanis itu di mana kita hanya dapat menyembelih dua ekor sahaja. Ia adalah amaran untuk tidak lagi mempermainkan isu agama dan bangsa dan tidak mempertikaikan titah Sultan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Jarumemas: Kalau menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, kalau hati dah geram, yang elok pun tidak diperkenan.  

Anwar MB Selangor: Rekod prestasi untuk PRU14, kata penganalisis

Seorang penganalisis berkata, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar Selangor, ia akan mengubah corak permainan pembangkang kerana ia memberikan peluang kepadanya untuk mengetuai sebuah negeri sebagai rekod prestasi untuk dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang.
Timbalan Pengarah Institut Pengajian Asia Tenggara Singapura, Dr Ooi Kee Beng, berkata jika Anwar berjaya sebagai menteri besar Selangor, ia akan memberikan lebih banyak tekanan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.

Jarumemas: Nampanya ada yang tamak seperti anjing dengan bayang-bayang...

'Tiada perjanjian kosongkan jawatan MB'


Tidak ada perjanjian bertulis antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan PKR bahawa beliau akan mengosongkan jawatannya apabila diminta oleh pihak parti.

Sambil menyangkal spekulasi mengenai perkara itu, Khalid berkata: "Perjanjian? Tak ada perjanjian seumpama itu."

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi bahawa beliau menandatangani perjanjian dengan pihak parti untuk berundur apabila diminta, sebagai sebahagian daripada "Serampang Kajang".

Khalid juga menafikan laporan dalam akhbar The Star bahawa beliau mahu kerusi DUN Antarabangsa dikosongkan, dan bukan Kajang, bagi memastikan pesaingnya, Azmin Ali meninggalkan Dewan Undangan Negeri.

The Star memetik sumber dalaman yang tidak dinamakan sebagai mendakwa bahawa Khalid tidak akan berganjak sebagai menteri besar kerana beliau mahu pesaingnya, Azmin, dan ADUN Kajang,  Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya.


Jarumemas: Nampaknya masing-masing cuba mempertahankan diri, yang seorang enggan berundur dan yang seorang algi mahukan tempat eksklusif itu. Kita tunggu dan lihat siapa yang kena!!!

Pemuda PAS mohon Agong tak lantik Taib TYT


Pemuda PAS akan memohon mengadap Yang Di-Pertua Agong bagi membantah sebarang usaha melantik Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri seperti yang diura-urakan, selagi tidak dibersihkan daripada dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat berkata pihaknya berharap Yang di-Pertuan Agong mempertimbang untuk tidak melantik Taib ke jawatan itu ekoran spekulasi beliau akan melepaskan jawatannya dan menggantikan Tuan Yang Teritama Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

"Terdapat maklumat tidak rasmi bahawa Tan Sri Taib Mahmud akan dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sarawak. Pemuda PAS memandang serius perkara ini kerana beliau sering dikaitkan dengan rasuah dan salahguna kuasa selama ini.

"Pemuda PAS mendesak agar beliau dibersihkan terlebih dahulu daripada segala tuduhan asuah dan salah guna kuasa," kata Suhaizan dalam sidang medianya hari ini.


Jarumemas: Hanya Allah sahaja yang selamanya berada di atas. Pada pandangan teman bagilah peluang pada orang lain kerana kalau asyik muka yang sama sahaja sudah pasti orang muda terasa terkilan kerana  mereka juga layak berada di tempat itu. 

Anwar: Apa saya buat jika MB S'gor


Terkini, kerusi yang menjadi perhatian ramai adalah kerusi menteri besar Selangor yang disandang Tan Sri Khalid Ibrahim.

Percaturan Anwar untuk masuk ke dalam dewan undangan negeri Selangor yang dinamakan sebagai 'Langkah Kajang' - dilihat sebagai satu usaha untuk menukar Khalid dengan Anwar.

Sebagai ahli politik berpengalaman dan kini bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang, Anwar dilihat cukup berhati-hati apabila berbicara tentang rancangannya nanti.

"Jika saya jadi MB," katanya sambil menegaskan perkataan 'jika', "ia adalah sementara sebelum saya jadi perdana menteri."


Jarumemas: Moga Allah tidak merestuinya!!!

Rafizi: PRK lambat bagus untuk Pakatan


Pengarah Strategi PKR dan perancang utama 'Serampang Kajang', Rafizi Ramli melihat tempoh yang panjang menjelang pilihan raya kecil (PRK) DUN  Kajang dapat memulih semula imej mereka di Kajang.

Beliau bagaimanapun mengaku pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang memerlukan 44 hari untuk membuat persediaan, boleh memberi pelbagai kesan tetapi mengambilnya secara positif.

"Saya fikir, (jika PRK lambat) itu lebih bagus untuk kita (PR) rakyat sudah tidak marah sangat,ada lebih banyak masa untuk dekati rakyat.

"Saya mengambil positif perkara ini," katanya selepas forum 'Serampang Kajang' di Subang semalam.

Rafizi berkata SPR mungkin mengambil keputusan tersebut kerana Umno dan BN memerlukan masa yang lebih untuk bersedia menghadapi PRK itu.


Jarumemas: Rafizi sengaja mahu melemahkan semangat UMNO dan BN. UMNO dan BN jangan termakan dengan kata-kata Rafizi. Ubah strategi dan taktik supaya Anwar jatuh tersungkur di reban  ayam yang penuh dengan tahi ayam candu lagi....

Pua: Pakatan 'berkubur' jika Anwar kalah


Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata kekalahan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyebabkan 'kematian Pakatan Rakyat'.

Beliau berkata momentum hasil pencapaian mereka dari gabungan Pakatan Rakyat akan terhenti dan seterusnya membawa perpecahan.

"Jika kita kalah di Kajang, ia bukan saja menjadi pengakhiran kerjaya politik Anwar, ia juga pengakhiran Pakatan Rakyat (PR) seperti yang kita tahu, juga gerakan seperti ubah, reformasi untuk tahun mendatang.

"Saya jangka BN dan Umno akan menggunakan segala jenis peluru dan senjata terhadap Datuk Seri Anwar di Kajang kelak," katanya di forum 'Serampang Kajang' semalam.


Jarumemas: anwar kalah, pas pun turut berkubur!!! DAP jadi raja