Tuesday 13 March 2012

JUMPA ULAT DALAM MI KARI

IPOH - Seorang ahli perniagaan yang sedang menikmati makan malam di sebuah restoran kopitiam di bandar raya ini tergamam selepas menemui seekor ulat di dalam hidangan yang dipesannya, malam kelmarin.
Ziyad Solleh, 26, mendakwa kejadian itu berlaku semasa dia bersama rakan-rakan berkunjung ke restoran berkenaan kira-kira jam 7.30 malam. Beliau mendakwa selepas hampir selesai menikmati juadah mi kari kering itu, dia terlihat seekor ulat sepanjang 2.5 sentimeter di dalam pinggan hidangannya.


ooppss....macam mana ulat boleh ada dalam mi kari tu? pada pandangan teman mungkin ulat tu terlekat pada sayur yang tidak dibasuh bersih. Seperkara lagi, pihak berkenaan perlu menyiasat dan melihat kebersihan restoran tersebut.  

PROGRAM INTERNSHIP UNTUK LEPASAN SPM

PUSAT pendidikan bahasa, The Language House mempelawa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti program internship yang bukan sahaja berupaya meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris malah turut memberi pengalaman bekerja kepada mereka.

Pengarah Urusannya, Keng Davis berkata, pihaknya akan melonjakkan kemahiran bahasa Inggeris (BI) lepasan SPM ini ke tahap profesional di samping menerapkan pengalaman bekerja dalam program pendidikan yang disediakan.

"Melalui program ini, kami dapat membantu mengatasi dua masalah utama pelajar lepasan SPM untuk mendapatkan pekerjaan iaitu bahasa Inggeris yang baik dan pengalaman kerja," jelasnya dalam satu kenyataan melalui e-mel baru-baru ini.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma sepanjang Mac ini, sila hubungi talian 03-77225270 atau layari http://www.languagehouse.edu.my/.

sumber: Utusan Malaysia

ooppss.....teman rasa ini adalah peluang yang tak patut dilepaskan.

GUAN ENG: SHAHRIZAT LETAK JAWATAN 'SEKADAR DRAMA'

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melabelkan peletakkan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sebagai keputusan  'separuh hati' bagi mengurangkan keributan umum sekarang tetapi pada masa yang sama merancang untuk kembali semula.


ooppss... GE kenapa masih tak puas hati. Dah didesak letak jawatan, kawan tu letaklah..Ni dah kata berdrama pulak....sahlah macam anjing dengan bayang-bayang.... takut dengan bayang-bayang sendiri.

GUAN ENG FLAYS MOT OVER 'SHAMEFUL' ‘PENANG AIRPORT

KUALA LUMPUR March 12 — Penang blamed the federal government today for the “state of severe distress” at the Bayan Lepas airport which has been flooded by up to an inch of water for the past few weeks Chief Minister Lim Guan Eng wrote to Datuk Seri Kong Cho Ha today over defective work for the RM250 million airport expansion project which he said is already behind schedule


ooppss....why GE always want to blame others? Since he is the CM, he should do something about it. The Malay proverd says, 'kalau tidak tahu menari jangan salahkan lantai jongkang-jongkit'....

MAHU LGBT DIIKTIRAF: APABILA MANUSIA HILANG KEWARASAN

MESKIPUN pandangan alam antara Islam dan Barat begitu berbeza, namun dari sudut pentakrifan perkahwinan, kedua-duanya sama-sama mengiktiraf bahawa perkahwinan hanya berlaku antara seorang lelaki dengan wanita, dan bukan selainnya.  Hal ini secara langsung menafikan “perkahwinan” antara sesama jenis atau jantina. Justeru, perjuangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk mendapatkan pengiktirafan undang-undang terhadap “perkahwinan” mereka kononnya atas dasar kesamaan adalah tidak berasas sama sekali. Ini disebabkan tindakan mereka jelas mencabuli dan mencemarkan maksud perkahwinan yang telah diterima dalam semua budaya serta tamadun dunia sejak sekian lama. 

sumber: Utusan Malaysia

ooppss....sedangkan hukum Allah melaknat hubungan sejenis, masih beranikah kita mengiktiraf LGBT ini? Nauzubillah...teman bimbang ALlah akan turunkan bala dan musibah yang tidak tertanggung oleh kita.