Wednesday 23 January 2013

Pertubuhan Palestin sanjungi lawatan Najib ke Gaza

KUALA LUMPUR, 23 Jan — Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menghargai lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza dan menyifatkannya sebagai langkah berani dan lawatan cukup “bersejarah”.

“Lawatan yang cukup bermakna ke Palestin ini — yang julung kalinya oleh seorang Perdana Menteri Malaysia — menyumbang ke arah meruntuhkan kepungan politik ke atas Semenanjung Gaza dan memperkukuh perjuangan dan tentangan rakyat Palestin dalam mempertahankan tanah air dan hak mereka,” kata PCOM dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pertubuhan menegaskan Malaysia sentiasa mendahului dalam tindakan menyokong perjuangan Palestin menerusi NGOnya dan juga mencetuskan era baru hubungan Palestin-Malaysia dan membuka ruang untuk sokongan politik lebih besar dari kementerian-kementerian, parti dan badan-badan di Malaysia.

“Sehubungan peristiwa ini, kami menggesa semua kerajaan yang adil mengikuti jejak langkah Malaysia dengan terus menyokong perjuangan Palestin dan mengamalkan pendirian yang bersifat menyokong perjuangan yang adil di platform antarabangsa,” katanya. — Bernama

Jarumemas: Saudara sesama Islam yang perlu digembirakan atas musibah yang menimpa mereka. 

Tidak perlu RCI bagi kewarganegaraan sebelum Merdeka, kata MCA

KUALA LUMPUR, 22 Jan — MCA hari ini tidak bersetuju dengan cadangan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah panel Suruhanjaya Di Raja (RCI) istimewa bagi mengkaji kewarganegaraan sebelum Merdeka, sambil menegaskan ia telah disepakati antara nenek moyang pada ketika itu. 

Namun, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata meragui Dr Mahathir benar-benar serius semasa membuat cadangan tersebut, memandangkan bekas perdana menteri tersebut cuba menyatakan kerajaan hanya memberi kerakyatan kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut undang-undang.

"Itu yang beliau cuba katakan," kata pemimpin MCA itu semasa sidang media disini selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga presiden parti tersebut.

"Saya baca kenyataan Dr M, saya tidak tahu kata-kata beliau itu serius atau sekadar jenaka. Kenapa perlu ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika ia diberikan secara sepakat. Kerajaan memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang berhak mendapat mengikut undang-undang."


Jarumemas:  Let bygone be bygone!!

Pakatan bimbang tindakan PAS mempertaruhkan undi bukan Islam

KUALA LUMPUR, 23 Jan — Terdapat kebimbangan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), PAS berisiko kehilangan undi bukan Islam pada Pilihan Raya 2013 kerana sekatan parti Islam itu dalam isu kalimah “Allah” dan dasar pengasingan jantina di Kedah dan Kelantan.

Beberapa pemimpin PR dan penggubal undang-undang mengakui kontroversi tersebut menjejaskan imej pakatan pembangkang itu menjelang pilihan raya pada Jun ini tetapi berharap dialog dan kebijaksanaan akan menumpulkan pengaruh konservatif dalam dasar PAS. 

Hujung minggu lalu Pengerusi DAP Karpal Singh meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berjumpa dengan badan pembuat dasar parti tersebut, Majlis Syura, untuk mengubah keputusan perkataan Arab “Allah” tidak boleh diterjemahkan ke dalam atau diterjemahkan dari bahasa lain kerana ia khusus digunakan oleh umat Islam sebagai rujukan kepada Tuhan.

“Keputusan Majlis tersebut baru-baru ini perkataan ‘Allah’ tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam bercanggah dengan pendirian yang diambil oleh kepimpinan parti komponen Pakatan Rakyat,” kata Karpal sambil menambah ia akan menjejaskan saudara Sikhnya kerana perkataan tersebut terdapat dalam kitab suci mereka, Guru Granth Sahib.


Jarumemas: Orang kafir tidak akan sehaluan dengan orang Islam.

BN mulakan kempen ‘Penang, Penang, Penang’ selepas larangan kerajaan negeri

GEORGE TOWN, 23 Jan ― Pembangkang negeri Barisan Nasional (BN) akan melancarkan kempen “Penang, Penang, Penang” minggu depan untuk mencabar pengumuman Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya majlis persendirian memerlukan kelulusan untuk menggunakan nama negeri tersebut.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata “Penang, Penang, Penang” telah dipilih sebagai tema kempen “Kami Sayang Penang” bagi memberitahu semua penduduk tempatan bahawa mereka semua berhak untuk menggunakan perkataan “Penang”.

“Kami hanya mahu semua orang tahu bahawa mereka berhak untuk menggunakan perkataan ‘Penang’ untuk sebarang acara, majlis atau kempen,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Teng berkata kempen tersebut terhasil semalam ekoran kenyataan Lim supaya semua penganjur acara mendapatkan kelulusan kerajaan negeri untuk menggunakan perkataan “Penang” secara berasingan bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dengan acara anjuran kerajaan negeri.

“Kami sekarang merancang program untuk kempen tersebut dan sudah diperingkat akhir menyiapkan butiran tetapi kami pasti tidak akan meminta kebenaran kerajaan negeri untuk menggunakan perkataan ‘Penang’ dalam kempen kami,” kata beliau.


Jarumemas: Dah pasti akan ada yang menangguk di air keruh berkaitan isu ini...

Majlis Peguam desak dakwa Ibrahim Ali kerana menghasut bakar Injil

KUALA LUMPUR, 23 Jan — Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali seharusnya didakwa di bawah Akta Hasutan kerana kenyataannya mengenai pembakaran kitab Injil, kata Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee, menyokong tuntutan dilakukan oleh ahli parlimen pembangkang.

Lim  mengatakan Majlis Peguam kekal undang-undang tersebut boleh disalahguna untuk menutup mulut musuh politik kerajaan, akan tetapi oleh kerana kerajaan pernah menggunakan undang-undang tersebut terhadap pemimpin pembangkang, ianya perlu digunakan terhadap Ibrahim kerana kenyataannya jelas menghasut.

“Jika pertuduhan menghasut digunakan terhadap Karpal Singh, pertuduhan sama perlu digunakan terhadap Ibrahim Ali dimana sub seksyen 3(1) di bawah Akta Hasutan 1948 memperuntukkan kecenderungan menghasut adalah kecendrungan:

“(d) untuk membangkitkan rasa tidak puas hati atau ketidaksetiaan dikalangan subjek Yang Di Pertuan Agong atau pemerintah mana-mana negeri atau di kalangan penghuni Malay atau mana-mana negeri;
(e) untuk mempromosi perasaan tidak baik dan permusuhan dikalangan kaum atau kelas berbeza dari populasi Malaysia.

“Walaupun Majlis menuntut Akta Hasutan dipinda, jika undang-undang tersebut dikuatkuasakan, ia perlu dikuatkuasakan secara adil tanpa diskriminasi Insiden ini dan juga kenyataan menghasut oleh seorang lagi pemimpin Perkasa terhadap Hakim dan Kehakiman mencadangkan Perkasa dibenarkan berkelakuan dengan sewenang-wenangnya,” kata ketua Majlis Peguam itu dalam sebuah kenyataan.


Jarumemas: Bercakap bila diperlukan saja.....

Azrul dakwa Bank Islam guna taktik kotor buat laporan polis

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Azrul Azwar Ahmad Tajudin membidas tindakan Bank Islam membuat laporan polis kedua hari ini dan menuduhnya sebagai taktik kotor untuk menggugut dan menekan dirinya memandangkan kesemua tuduhan oleh syarikat perbankan tersebut bukanlah satu kesalahan jenayah. 

Bank Islam hari ini dalam satu kenyataan mengesahkan laporan polis kedua telah dibuat keatas Ketua Ekonomi mereka tersebut kerana menemui satu lagi bukti baru Azrul melanggar polisi dalaman syarikat perbankan tersebut.

"Ekoran laporan polis hari ini, saya ingin menegaskan bahawa dakwaan yang terkandung dalam laporan polis kedua yang dilakukan oleh majikan tidak dianggap sebagai suatu kesalahan jenayah," kata Azrul Azwar dalam satu kenyataan.

"Cara mengendalikan kes ini adalah satu taktik kotor untuk menggugut dan menindas ke atas saya."

Azrul Azwar juga memberitahu tidak faham mengapa pihak Bank Islam perlu membuat laporan polis terhadap dirinya memandangkan beliau pada ketika ini masih dalam siasatan dalaman.


Jarumemas: Peribahasa mentimun dengan durian, digolek kena, tergolek pun kena. kalau dalam dunia politik kita tak mahir lebih baik berdiam diri.