Monday 10 June 2013

JAWATAN SPEAKER PERAK - MIC NAFI UGUT MANA-MANA PIHAK

Semalam, Presiden MIC, Dato Seri Palanivel menafikan MIC mengugut mana-mana pihak.  Mereka hanya menyuarakan hak mereka bagi mengekalkan jawatan Speaker Perak untuk MIC.  Jawatan Speaker pernah dipegang oleh MIC sebelum PRU-13 dan kini mereka mahu jawatan itu terus dipegang oleh MIC.  Hanya Menteri Besar Perak yang bertanggungjawab memutuskan perkara ini. Palanivel juga memberitahu, pengundi India telah membantu Barisan Nasional untuk menubuhkan kerajaan di negeri Perak pada PRU-13 lalu.

DONG ZONG : MASYARAKAT CINA LEBIH MEMAHAMI ISU SMPC KUANTAN

Dong Zong akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dalam masa terdekat untuk mengadakan mesyuarat bersama wakil-wakil persatuan Cina di seluruh negara bagi menjelaskan isu Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Kuantan supaya masyarakat Cina lebih memahami. 

Presiden Dong Zong, Yap Sin Tian berkata, mesyuarat tersebut akan dibuat dalam masa terdekat dan Dong Zong akan menjelaskan dengan terperinci kerana pihak luar menyifatkan Dong Zong sebagai sombang dan dengan sengaja menindas SMPC Kuantan.