Monday 11 June 2012

PM Diminta Segera Bubar Parlimen

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa agar tidak terus berteka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan diminta segera membubarkan Parlimen. Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, PKR di semua peringkat negeri dan akar umbi sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 dan menggesa Najib membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia menerima kekalahan dalam PRU13. “Kita minta Perdana Menteri hentikan teka-teki mengenai tarikh PRU13 ini dan segera bubarkan Parlimen kerana rakyat sudah bersedia untuk hadapi Pilihan Raya. “Kita juga tidak mahu Umno teruskan budaya samseng seperti yang dilakukan sebelum ini dan Najib perlu bertanggungjawab membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia terima kekalahandan hormati keputusan rakyat,” katanya. Mohamed Azmin berkata, sebanyak 13 juta risalah yang mengandungi manifesto Pakatan Rakyat (PR) mengenai 13 isu rakyat turut diedar ke seluruh kawasan cabang PKR menerusi Kempen 1 Pengundi 1 Risalah. “Selain pengedaran risalah ini, kita turut menggunakan sistem data berkomputer yang membolehkan kita mengesan pergerakan pengundi-pengundi hantu dari satu kawasan ke kawasan lain. “Dengan adanya sistem ini akan dapat membantu kita menangani masalah pengundi hantu dengan lebih awal sebelum PRU berlangsung,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pelepasan Konvoi Kempen Pilihan Raya PKR Peringkat Negeri Johor, di sini, semalam. – Sinar Harian Jarumemas: Dah tak sabar lagi nampaknya PKR...

Health Minister gives up WWW15

Facing continuous criticism over the bidding for the 'WWW 15' number-plate, Health Minister Liow Tiong Lai today announced his decision to give up the glamour number. Read more... Jarumemas: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...

PANAS ! KES UMNO SAMAN DIBATALKAN TAPI LIM GUAN ENG DAP SEMAKIN TAK NYENYAK TIDUR!

1. Kes saman fitnah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng DAP telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini. 2. Sebaik sahaja laporan berita ini dikeluarkan, media alternatif pro-pembangkang terus mencanang-canangkan laporan tersebut mengikut intrepritasi sendiri tanpa memahami prosiding kepada pembatalan oleh Mahkamah Tinggi itu. 3. Di sini MiM jelaskan supaya tidak ada yang keliru dan membuat andaian sendiri yang menampakkan kurang cerdik masing-masing. Tambahan pula, media pro-pembangkang memang terkenal dengan pembohongan dan putar belit mereka. 4. Satu perkara yang sangat penting ialah pembatalan kes saman itu tidak ada kena mengena dengan ketidakbenaran bukti-bukti yang berada di tangan Dato' Zainal Abidin, Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang. 5. Bukti-bukti belum lagi dibawa dan dibentangkan di dalam mahkamah. 6. Perkara (4) dan (5) sangat penting untuk supaya rakyat tidak keliru dengan kemungkinan media parti pembangkang akan memutarbelitkan keputusan mahkamah tersebut dengan mendakwa 'Lim Guan Eng didapati tidak bersalah'. 7. Apa yang berlaku di kamar Hakim Mahkamah Tinggi hari ini ialah pembatalan kes (case dismissal) adalah disebabkan technical ground iaitu tidak mempunyai locus standi. 8. Definasi locus standi ialah : In law, locus standi means the right to bring an action, to be heard in court, or to address the Court on a matter before it. Locus standi is the ability of a party to demonstrate to the court sufficient connection to and harm from the law or action challenged to support that party’s participation in the case. 9. Maksudnya ialah Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang yang juga Majlis Tertinggi UMNO perlukan penyertaan penjawat jawatan dalam UMNO yang didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti Setiausaha Agung UMNO Malaysia. 10. Kata mudah. Lim Guan Eng DAP dan media pro-pembangkang masih tidak boleh bertepuk tangan keriangan dengan beranggapan kes saman ini telah selesai. 11. Nama Lim Guan Eng DAP masih belum bersih lagi daripada bukti-bukti yang tidak sempat dibawa ke dalam mahkamah. 12. Malah, Lim Guan Eng DAP sepatutnya bertambah resah, gelisah dan murung kerana office bearers UMNO itu sendiri boleh membuka fail kes saman yang baru serta meneruskan prosiding mahkamah. 13. Dan MiM menyarankan agar kepimpinan tertinggi UMNO tidak membiarkan sahaja kes ini tanpa dibuka fail saman yang baru kerana MiM khuatir implikasi yang sangat buruk terhadap parti UMNO itu sendiri. 14. MiM khuatir modus operandi yang mengaitkan segala isu dengan UMNO walau parti itu tidak terlibat, akan semakin menjadi-jadi sehingga tahap melampau. Dan MiM tidak terkejut jika ianya benar-benar berlaku! 15. Maka kerana itu, MiM amat berharap agar kepimpinan tertinggi UMNO akan memfailkan semula kes saman tersebut. 16. Dan yang paling penting juga ialah pembatalan kes saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu jelas menunjukkan pembohongan kepimpinan parti pembangkang yang mendakwa sistem perundangan dan kehakiman negara tidak telus dan dikawal oleh BN. 17. Pembatalan atas technical ground ini mengingatkan kita kepada kes liwat Anwar Ibrahim pada tahun 2004. 18. Dalam rumusan keputusan Mahkamah Persekutuan 2 September 2004 menyebut “…we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen.” 19. Maksudnya, “kami menemui bukti untuk mengesahkan perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa dakwaan kejadian di Tivoli Villa itu adalah benar-benar berlaku. 20. Namun Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dan Sukma dengan keputusan majoriti 2-1 kerana terdapat keraguan dari segi tarikh sebenar kejadian tersebut dan wujudnya eleman ‘suka sama suka’ di mana saksi utama, Azizan Abu Bakar didapati melakukan aktiviti homoseksual secara sukarela dengan Anwar dan Sukma pada tarikh dan tempat yang didakwa di mahkamah. Sumber: DR MiM Jarumemas: Tak mahir bab undang-undang mahkamah ni.

Keganasan Bersih 3.0 : Ahli Parlimen Sri Gading Tempelak Anwar

IDCNews – 11/06/12 – Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz hari ini menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini berkaitan dengan punca keganasan BERSIH 3.0, 28 April lalu. “Keganasan bermula selepas jam 3.00 petang pada hari tersebut..polis dimaki dengan kata-kata menghina,” katanya seperti dilaporkan Berita RTM, jam 1 tengahari tadi. Ahli parlimen Sri Gading bangun ketika Anwar meminta penjelasan kerajaan terhadap keganasan polis memukul peserta perhimpunan tersebut. “Permatang Pauh bertanggungjawab,” kata Ahli Parlimen Sri Gading. “Beliau mahu darah tumpah supaya berlaku kematian dan pergolakan.” Menurutnya, pihak polis tidak akan bertindak kasar sekiranya para peserta perhimpunan mengikut arahan yang dikeluarkan, namun selepas jam 3.00 petang setelah dihasut oleh pihak-pihak tertentu, para peserta mula bertindak ganas menyebabkan pihak polis terpaksa bertindak balas untuk menghentikan perbuatan tersebut. Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika menjawab soalan dibangkitkan Anwar itu berkata dua anggota polis telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 28 Mei lepas di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan terhadap seorang jurugambar Guanming Daily pada perhimpunan tersebut. “Kami tidak mengira warna, tak kira sesiapa yang langgar undang-undang… ada bukti kukuh kita akan bawa Permatang Pauh (Anwar) dan Gombak (anggota Parlimen Gombak Azmin Ali) ke mahkamah,” katanya. Sumber: Blog AIDC Reformasi Pemikiran Rakyat. Jarumemas: Apa agaknya jawapan Anwar selepas ditempelak?

HOT : LIM GUAN ENG HANTAR ORANG UNTUK SOUND ANWAR .....

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika sekiranya pembangkang berjaya mentadbir negara kerana realitinya DAP tetap mahu jawatan tersebut disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, hakikat tersebut berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri. "Anwar hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam. "Karpal juga menyebut nama Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan Guan Eng boleh menjawat jawatan itu kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya menjadi Perdana Menteri," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Skudai Kanan, di sini semalam. Karpal baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau hidup. Malah, beliau turut mengakui tersasul menamakan Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri seperti yang dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Inggeris tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti. Meskipun ketika ini pembangkang bersetuju ketua pembangkang itu adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun Karpal secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang calon bukan Melayu. Sementara itu, Hasan berkata, meskipun didesak pelbagai pihak, namun Anwar sehingga kini masih gagal mengumumkan 'ahli-ahli' Kabinet bayangan pembangkang meskipun pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Sumber: Blog Empayar Pemuda Jarumemas: LGE jadi PM???? Oeang Melayu akan jadi pengemis di tanah air sendiri.
HOT : APA SALAHNYA LIM GUAN ENG GANTI ANWAR JADI PM?? Pelik kan....Kenapa bila Karpal bersuara mengenai isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri...semua pemimpin Melayu dalam pakatan haram diam...penakut...tak berani nak menentang kenyataan Karpal....Tapi bila Hassan Ali pula bersuara mengenai isu yang sama...mulalah pemimpin-peminpin Melayu dalam pakatan haram ini menyalak nak tunjuk kehebatan mereka... Kononnya nak takutkan Melayu lah...segala keputusan dibuat bersama lah...Kenapa baru sekarang nak menyalak setelah Hasan Ali mengeluarkan kenyataan...Kenapa tidak semasa Karpal keluarkan kenyataan dulu.... Adakah pemimpin Melayu seperti ini rakyat perlukan untuk membela mereka...hanya berani bersuara dengan pemimpin Melayu...tapi dengan pemimpin DAP bersuara...macam malaikat lalu diamnya....takut...pengecut.. Sememangnya Anwar sempurna untuk menjadi Perdana Menteri..tetapi kesempurnaannya bukan dari segi kebaikan..Sebenarnya sempurnanya Anwar bagi DAP dan orang cina ialah dari segi kelemahannya KERANA segala rahsia Anwar sudah diketahui oleh DAP...FIKIR-FIKIRKANLAH.... Sumber: Empayar Pemuda Jarumemas: Dah lama difikir-fikirkan, tapi orang Melayu masih dikaburi dengan bermacam cerita-cerita dongeng

Kuota Haji: Hasil pertemuan Menteri Luar Malaysia-Arab Saudi ada tanda positif tidak terjejas

Kebimbangan mengenai kemungkinan kuota Haji Malaysia terjejas akibat tindakan bodoh penyokong pembangkang adakan perhimpunan Bersih 3.0 di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Mekah baru-baru ini agak terlerai sikit dengan kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Beliau memberitahu wartawan di Kota Kinabalu Sabtu malam hasil pertemuannya dengan Menteri Luar Arab Saudi Putera Saud Al Faisal baru-baru ini memberi gambaran positif bahawa kuota haji Malaysia tidak terjejas. Beliau berkata pada pertemuan itu, beliau telah menerangkan tentang perkara sebenar berhubung kejadian perhimpunan itu yang bukan menjadi amalan budaya rakyat di negara ini. "Pertemuan itu menunjukkan perkhabaran positif dan saya percaya melalui hubungan baik Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan Raja Arab Saudi (Raja Abdullah) dan hubungan akrab saya dengan Menteri Luar Arab Saudi kuota (haji) tidak terjejas. "Mereka juga mahu jaminan perkara itu (perhimpunan) tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang," katanya. Sumber: Agendadaily.net Jarumemas: Alhamdulillah.

Anwar Perguna Nama Tokoh Dunia

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 2 Jun lalu seolah-olah melancarkan "perang" kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) biarpun tarikh pilihan raya belum diumumkan. Anwar melancar perang itu di Guar Perahu yang terletak di Parlimen Permatang Pauh kawasan tradisi yang diwakilinya sejak bergerak aktif sebagai pemain politik. Parlimen Permatang Pauh diambil alih oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR beberapa penggal semasa Anwar menjalani hukuman di Penjara Sungai Buluh atas kesalahan pecah amanah. Seperti DAP, PKR juga dimonopoli oleh anak-beranak Anwar selaku Ketua Umum parti itu tanpa melalui proses pertandingan? Apa yang mungkin menarik kalangan orang politik bukan sahaja di Permatang Pauh ialah tentang usaha Anwar mengangkat diri sendiri dengan mengaitkan dirinya dengan tokoh-tokoh pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri baru Turki, Pemimpin Hamas, tokoh Islam Yusof Qaradawi dan waris kepada tokoh negarawan dan Bapa India, Mahatma Ghandi. Daripada segi imej dan implikasi politiknya, apakah Anwar tidak percaya dengan kebolehan dan ketokohan sendiri. Kenapa beliau mengheret nama beberapa pemimpin dunia luar bagi membantu ceramahnya? Ceramah tersebut yang lengkap dengan tayangan slide di layar gergasi dijadikan sebagai latar belakang pentas tempat dia berceramah. Aksi itu sebenarnya lebih mirip kepada lakonan solo pementasan teater. Sumber: Blog Panglima Harimau Jarumemas: Matlamat menghalalkan cara..

Gaji dan pangkat sebab bukan Melayu kurang minat sertai sektor awam, kata Cuepacs

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Gaji dan pangkat merupakan antara sebab utama mengapa bukan Melayu kurang berminat menyertai sektor awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman. Beliau berkata bukan Melayu khususnya kaum Cina mahukan gaji yang tinggi dan terus menjawat jawatan yang bertaraf pegawai bila menyertai sektor awam. "Mereka ini (bukan Melayu) banyak berkelulusan tinggi yang nak terus dapat jawatan dan gaji tinggi. "Mereka juga melihat sektor awam sebagai tempat yang agak terhad bagi mereka untuk kenaikan pangkat dan gaji," katanya kepada Bernama apabila diminta mengulas laporan berkaitan kurangnya penyertaan kaum Cina dalam sektor awam. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Kaum Cina pada masa dulu suka nak-anak merka mengambil alih perniagaan mereka daripada membenarkan anak-anak mereka bekerja dengan kerajaan kerana gaji kecil dan sukar untuk menambah kekayaan. Sekarang ini bekerja di sektor swasta, walaupun gaji besar tetapi belum tentu dapat bertahan lama kerana apabila keadaan ekonomi tidak stabil, ada yang diberikan pilihan VSS. Kerja dalam perkhidmatan awam ada pencen.

Despite defection letdown, PKR focuses on change in Sabah

KUALA LUMPUR, June 11 — Barisan Nasional’s (BN) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing did not defect as widely speculated yesterday but Sabah’s rumour mills still turn as PKR leaders continue to exude confidence over their prediction of an imminent shift in the state’s political landscape. Even the Tuaran MP added to the speculation last night by playing coy when questioned by The Malaysian Insider on the matter, saying: “Nothing happened now, I will let you know when it happens.” “I have to be careful with what I say in front of reporters,” he added, laughing. Read more.... Jarumemas: 'Always think before uttering'.