Tuesday 25 September 2012

Budaya politik ganas Umno mula jadi ikutan mahasiswa, kata CheguBard

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Budaya politik ganas yang dibawa oleh Umno kini sudah menjadi ikutan mahasiswa universiti rentetan insiden pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Universiti Malaya, Edikoup Lakip Sediyanto dibelasah pagi tadi, kata Badrul Hisham Shaharin, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Dalam insiden 4 pagi pagi tadi, Edikoup telah dipukul sekumpulan lima orang samseng ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Seksyen 17, Petaling Jaya. “Saya sangat kesal dengan insiden ini. “Jika kita perhatikan, situasi politik semasa dalam negara akan memberikan refleks kepada mahasiswa umumnya,” kata Badrul yang dikenali sebagai Chegubard. Badrul juga menyelar budaya politik ganas seperti ini yang dianggapnya mempunyai persamaan dengan insiden membaling kasut ke dalam masjid dan cat yang didakwanya didalangi samseng Umno. Berita lanjut... Jarumemas: Bukan pembangkang yang mulakan dulu ke?

Enam calon Pro M dari UKM terima ugutan bunuh, culik

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini mendakwa enam daripada 28 calon yang bertanding merebut kerusi pilihan raya kampus universiti berkenaan yang dijadulakan esok menerima ugutan culik dan bunuh. Dalam sidang media hari ini, jurucakap Gabungan Mahasiswa UKM, Ahmad Afif Zulkipli berkata, bermula awal pagi tadi, enam calon dari Pro M universiti berkenaan telah menerima ugutan supaya tidak meneruskan niat bertanding,atau akan diculik dan dibunuh. “Ugutan dibuat kepada keluarga calon. Sekarang Pro M telah menang di tujuh kerusi tanpa bertanding, dan kami hanya memerlukan lapan kerusi untuk menjadi majoriti. “Sekarang enam daripada calon kami diugut bunuh dan culik. Setiap sejam akan ada calon yang menerima ugutan bermula pagi tadi,” katanya yang juga daripada Pro M. Berita lanjut... Jarumemas: Disuruh belajar bukan jadi samseng...

Rakan beri pinjam jet kerana tiada penerbangan komersial, kata Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan isu beliau menggunakan jet eksekutif ketika menghadiri sambutan Hari Malaysia di Sabah dan Sarawak pada 15 September lalu adalah atas ikhsan rakannya ekoran ketiadaan penerbangan komersial pada petang itu bagi laluan Labuan ke Kota Kinabalu. Jelas Penasihat Ekonomi Selangor itu lagi, seorang rakannya telah menghubungi beliau dan menawarkan jet persendirian miliknya bagi kegunaan Anwar (gambar) dan rombongannya untuk berlepas ke Malaysia Timur itu bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di sana. “Petang itu tiada penerbangan komersial ... yang ada hanya bot laju, dan itu pun mengambil masa dua jam, namun keadaan pinggang saya yang tidak berapa baik. “Jadi seorang rakan menghubungi saya dan menawarkan untuk meminjamkan jet peribadinya,” katanya kepada pemberita dan menambah kos penerbangan itu turut dibiayai rakannya. Berita lanjut... Jarumemas: Arwah datuk cuma ada kereta lembu saja...

Ahli perniagaan pertahan diri kerana pinjamkan jet kepada Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Ahli perniagaan Datuk Mohd Taufik Omar mengakui syarikatnya menyediakan jet eksekutif kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkata ia tidak menjadi kesalahan besar kerana mereka hanya menjalankan urusan perniagaan. Menurut laporan The Star hari ini, Mohd Taufik menafikan dia adalah pemilik jet tersebut dan enggan mendedahkan jumlah wang yang dibayar bagi khidmat menyediakan jet itu. “Syarikat saya hanya menguruskan jet peribadi. “Oleh kerana ia jet peribadi, maka ia harus menjadi perkara rahsia,” katanya dalam The Star. Mohd Taufik merupakan presiden Persatuan Judo Malaysia, juga pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Kenangan Nilam Sdn Bhd, Asiana Inspirasi Sdn Bhd, KN Capital Sdn Bhd dan T Corp Labuan. Berita lanjut... Jarumemas: Naik kereta sendiri, bayar tiker kapal terbang pun sendiri.

Invest in health, Dr M tells Muslims

KUALA LUMPUR: ISLAM believes that because heaven lies under the feet of mothers, they must constantly maintain good health, said Perdana Leadership Foundation Kuala Lumpur honorary president, Tun Dr Mahathir Mohamad. Officiating at the High Level Expert Consultation on Islam and Women's Health, the former prime minister said the Muslim community should prioritise women's health as they were still lagging behind other communities. He said Muslims, richer now than at any other time in history, should build hospitals, provide doctors and get medicines for their community. Dr Mahathir called on the Muslim community to produce more women doctors because of the stigma of men examining women. "In some countries the doctor may not see the woman at all and tun to husbands to get the description of the illness. If the doctor wants to conduct any examination, the husband does it on his behalf." Source: Yahoo News Jarumemas: Pelaburan saham emas juga untung ke??