Tuesday, 18 December 2012

Ahmad Ton diberi cenderahati penghargaan DAP - Lim

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menyangkal dakwaan kononnya parti itu tidak menghargai jasa veteran DAP Melayu, Ahmad Ton dan tidak menyerahkan cenderahati kepadanya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, baru-baru ini.

dap congress 161212 ahmad tonLim berkata pada kongres berkenaan DAP telah memberikan cenderahati kepada anggota yang telah bersama dengan parti itu selama lebih 35 tahun termasuk Ahmad Ton.

"Semasa kongres, kami memberikan cederahati kepada semua anggota yang lebih 35 tahun tanpa menghiraukan bangsa. Ahmad Ton juga menerima cenderahati itu kerana beliau telah berada dalam parti selama 36 tahun, semua (anggota) melebihi 35 tahun akan diberikan cenderahati," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kongres Melayu Pulau Pinang yang mendakwa kononnya parti berkenaan tidak menghargai sumbangan kedua-dua veteran Melayu iaitu Ahmad Ton dan Zulkifli Mohd Noor pada kongres tersebut.

Lim berkata parti itu tidak menyerahkan cenderahati kepada anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor kerana tempoh beliau berada di dalam parti itu belum mencapai 35 tahun.

-Bernama

 Jarumemas:  Macam beri gula-gula pada kanak-kanak yang tak menang dalam pertandingan.

Bersih mahu orang ramai jadi ‘pemantau’, saksi penipuan PRU 13

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) merancang untuk mengundang lebih ramai “pemantau orang ramai” pada pilihan raya akan datang.

Kumpulan tersebut menubuhkan “Jom Pantau” dan “Jom 100”, tetapi pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata hari ini kempen tersebut akan diperluas pada Januari ini untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa.

Aktivis dan peguam itu berkata pilihan raya tidak akan bersih mengikut  apa yang Bersih 2.0 mahukan dan cara terbaik ialah pihak berkuasa sentiasa memeriksa peningkatan pengundi dan menggaji orang awam untuk memantau sebarang masalah pada hari pilihan raya.

“Adakah kita dapat melihat perubahan sebenar sebelum pilihan raya? Jawapannya, tidak,” katanya dalam sidang media bersama ahli jawatankuasa Bersih 2.0 di sini.

“Apa yang kami boleh lakukan ialah kami akan pastikan pilihan raya akan menjadi bersih dan adil,” katanya lagi.

Ambiga menerangkan “Jom 100” adalah usaha Bersih 2.0 menggalakkan pemilih untuk keluar mengundi pada hari pilihan raya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Jangan campur tangan dalam tugas SPR sudah...

Rakan komponen Pakatan sepakat tiada kerusi tambahan untuk DAP di Selangor

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) — PAS dan PKR — sepakat menolak untuk memberikan kerusi tambahan kepada DAP, seperti mana yang dituntut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng  ketika kongres DAP hujung minggu lalu.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, tindakan Guan Eng itu adalah normal, dan bukannya sesuatu yang luar biasa kerana setiap parti politik akan membuat tuntutan sama semasa perhimpunan agung parti masing-masing sama ada di peringkat kepimpinan mahu pun perwakilan.

“Di Selangor, tiada perubahan dan kekal status quo sama seperti pilihan raya umum 2008 lalu.

“Tuntutan DAP di negeri ini kita pernah bincang sebelum ini dan diputuskan tiada kerusi tambahan untuk DAP,” katanya di petik dari Sinar Harian Online.

Lim ketika kongres DAP menuntut tambahan tiga kerusi tambahan untuk Parlimen dan 10 kerusi Dun di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak dikendalikan rundingan kerusi mereka sendiri.


Jarumemas: Sokonglah DAP tu sampai bawa rebah!!!

Mahathir bersetuju dengan keputusan kerajaan berkaitan Lynas

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed  bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan operasi kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan dan tidak bersetuju dengan penunjuk perasaan bahawa kilang itu berbahaya.

Beliau yang mengecam tindakan penunjuk perasaan yang membantah kilang nadir bumi di Kuantan berkata negara perlu menerima hakikat bahawa ia tidak berbahaya dan penting kepada negara untuk meraih faedah daripada ketersediaan nadir bumi di negara ini.

“Saya rasa kita perlu berpegang kepada hakikat bahawa adalah benar terdapat bahan material nuklear yang sangat berbahaya dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati dan bertanggungjawab.

“Nadir bumi tidak berbahaya seperti nuklear...nadir bumi belum lagi diketahui setakat ini menyebabkan penyakit di kalangan pengguna produk akhirnya,” katanya dalam ucapan beliau di majlis makan malam Anugerah Penjagaan. 


Jarumemas: Selagi tidak berlangsungnya pilihan raya umum selagi itulah pihak pembangkang akan menjadikan isu Lynas sebagai modal politiknya. Persoalannya, mengapa masyarakat Gebeng begitu percaya dengan tipu daya pembangkang yang hanya menjanjikan bukan dan bintang tetapi bila sudah diberi kuasa akhirnya rakyat yang menderita. Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah, dan Selangor. Masih tak percaya?

Kos pengambilan pembantu rumah akan meningkat

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang perlu ditanggung oleh majikan akan meningkat berbanding jumlah yang dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandangani pada 2011.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (PIKAP) Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata kenaikan itu dibuat memandangkan kos yang dipersetujui sebelum ini tidak dapat dilaksanakan kerana hanya melibatkan kos yang perlu ditanggung oleh majikan dan pekerja.

“Struktur kos yang dipersetujui sebelum ini ialah sebanyak RM4,511 sebagai bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia oleh pihak majikan kepada agensi  termasuk RM1,800 bayaran pekerja yang didahulukan oleh pihak majikan kepada agensi pekerjaan.

“Ia hanya melibatkan dua kos, iaitu majikan dan pembantu rumah (pekerja) tetapi malangnnya kos itu tidak mengambil kira apakah kos yang perlu ditanggung oleh agensi seperti saya dan kos yang sepatutnya ditanggung oleh agensi di sana,” katanya selepas majlis MoU antara Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia (Apjati), PIKAP dan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) di sini, hari ini.

Beliau berkata kekurangan yang terdapat dalam MoU sebelum ini menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan dan semakan semula terhadap isu berkenaan perlu dilakukan.

“Kita dipanggil untuk mengkaji semula sebanyak empat kali dengan Kementerian Sumber Manusia sebelum kenaikan ini diputuskan,” katanya menambah kos terbaru yang akan diumumkan itu dilihat lebih relevan dan memadai.


Jarumemas: Dalam soal ini majikan yang sering dalam kerugian kerana pembantu yang dihantar selalunya gagal memebuhi kehendak majikan. Bagi pekerja yang pernah bekerja di sini dan diambil semula, mempunyai pelbagai kerenah yang memeningkan majikan.

Ideologi ‘Malaysian Malaysia’ DAP retorik semata-mata, kata Tunku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata parti tersebut masih belum bersedia menerima orang Melayu dan menafikan beliau menjadi punca kekalahan calon-calon Melayu dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hujung minggu lalu.

Menurut Tunku Abdul Aziz, ideologi ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan DAP hanyalah retorik semata-mata.

“DAP masih belum bersedia untuk terima Melayu dalam kepimpinan parti mereka. Apa yang dikatakan hanya cakap-cakap kosong sahaja.

“Tidak perlu tipu orang lagi khususnya orang Melayu. Orang Melayu tidak bodoh.  Memang tidak ada Malaysian Malaysia itu,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Beliau menafikan kenyataan Zulkifli Mohd Noor dirinya menjadi punca kekalahan calon-calon Melayu dalam pemilihan CEC.


Jarumemas: Tidak menyokong sama sekali Malaysian Malaysia. Apa lagi yang tak cukup di Malaysia ini? Selama ini kita saling berkongsi kekayaan dan kesejahteraan negara. Semua pihak dapat hak masing-masing dengan adil. Hanya dasar komunis saja yang menyamaratakan segala-galanya. Malaysian Malaysia bukan begitu ke?

Putrajaya pertimbang bekukan AES kerana bertindih dengan sistem saman polis

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Putrajaya mempertimbangkan untuk membekukan pelaksanaan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya, menurut sumber.

Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.

Pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang hadlaju, berkata mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek denda dua kali bagi pemandu ingkar.

“Kerajaan sedang mempertimbangkan membekukan pelaksanaan AES disebabkan pertindihan sistem saman. Ini akan menyebabkan kesusahan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Berita lanjut....

Jarumemas: Sambut baik langkah ini. Tetapi pengguna jangan pula masih tidak berhemah dalam pemanduan mereka.