KUALA LUMPUR, 17 Dis — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed
bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan operasi kilang
pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan dan tidak bersetuju dengan
penunjuk perasaan bahawa kilang itu berbahaya.

“Saya rasa kita perlu berpegang kepada hakikat bahawa adalah benar
terdapat bahan material nuklear yang sangat berbahaya dan perlu
dikendalikan dengan berhati-hati dan bertanggungjawab.
“Nadir bumi tidak berbahaya seperti nuklear...nadir bumi belum lagi
diketahui setakat ini menyebabkan penyakit di kalangan pengguna produk
akhirnya,” katanya dalam ucapan beliau di majlis makan malam Anugerah
Penjagaan.
Jarumemas: Selagi tidak berlangsungnya pilihan raya umum selagi itulah pihak pembangkang akan menjadikan isu Lynas sebagai modal politiknya. Persoalannya, mengapa masyarakat Gebeng begitu percaya dengan tipu daya pembangkang yang hanya menjanjikan bukan dan bintang tetapi bila sudah diberi kuasa akhirnya rakyat yang menderita. Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah, dan Selangor. Masih tak percaya?
No comments:
Post a Comment