Wednesday, 21 March 2012

SEMUA 36 PEGAWAI SETUJU PULANGKAN 'KENAIKAN' SBPA

Semua 36 pegawai atasan kakitangan awam dalam Kategori Perkhidmatan Utama yang menerima gaji baru di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan, bersetuju untuk memulangkan kenaikan’ yang diterima baru-baru ini. 

NONEKetua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata ini berikutan pembatalan skim itu dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dtambah baik, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab, mereka telah bersetuju untuk memulangkan kenaikan itu (di bawah SBPA).

Berita selanjutnya...

ooppss!!!....Terima kasih kepada semua pegawai kanan berkenaan kerana mengerti dan memahami segala-galanya. Bak kata pepatah, 'hati gajah sama dilapah, hati kancil sama dicicah'...sama-sama kita merasanya.

A CHILD VICTIM'S RIGHTS — THE ADVOCATE

MARCH 21 — Does a child have to be dead first before the authorities react and think of ways on how to protect children and their rights in Malaysia Just because a child does not vote does not make them any less important. Has anyone ever stopped to think that children are an asset and our future generation and priority need to be placed on cases involving children especially child sexual abuse and rape cases.


ooppss!!!....The authorities are doing their jobs and parents should protect their children more than others because they are our responsibility in this world ang hereafter. Do not let our children go freely where they like. Keep an eye on them, check on them, get to know who are their friends and make our bloody business to ask and to know where they are going. This does not only refer to our small children or our teenagers even our grown- ups also are our  responsibility until they have spouses.

SABAH, SARAWAK MAHU PRU KE-13 SELEPAS KEAMATAN, GAWAI

KUALA LUMPUR 20 Mac — Beberapa pemimpin masyarakat dan ahli politik di Sabah dan Sarawak lebih suka jika pilihan raya umum ke-13 diadakan selepas perayaan Kaamatan dan Gawai yang akan jatuh pada 30-31 Mei dan 1 Jun.

Di petik Bernama Online Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik jika PRU diadakan selepas perayaan itu.

Berita selanjutnya....

ooppss!!!...orang ramai tertanya-tanya bilakah PRU 13 akan berlangsung. Para pemimpin kedua-dua pihak kini sibuk turun padang menemui rakyat akar umbi. Sama-samalah kita tunggu dan lihat ya.

Monday, 19 March 2012

'CREDIT SUBSIDY INTO BANK ACCOUNTS'

MUAR: THE Government has been urged to revise the current fuel price subsidy system to fishermen to curb abuse. Muar-Batu Pahat Fishermen's Association president Ser Boon Huat said the government should plug all loopholes to  prevent the smuggling of subsidised fuel.

 He said the association had conducted comprehensive studies  to propose a new system to the government  whereby the subsidy  is directly credited into  the bank accounts of those eligible.

 "The fishermen have to purchase the fuel at pump prices at petrol kiosks," he said at the Parit Jawa fishing village in Muar after chairing a meeting about fuel with affected fishermen, recently.

Read more....

ooppss.....why this problem keeps on happening? The authorities should see into this matter deeply.

BE PROACTIVE TO BE HIRED

Although experience and performance are important, fresh graduates should be proactive in their quest to land that first job, writes Rozana Sani.
So, you have the qualifications and you are trained for the job. But here’s something you should know if you are in the employment market: The career-for-life concept is vanishing/ Shorter tenureship is the norm for those with experience and job-seekers must not only be skilled, but have shown success in applying those skills in previous experience.
“For an earlier generation, a change of career would have been something of a crisis. Today, it is a reflection of shifts in demand for different skills and occupations, as well as changing personal interests on the part of employees.
Read more....

ooppss...smart, innovative, intelligent, proactive and having communications skills are the qualities needed for any jobseekers nowadays, otherwise you are nowhere in this world!! Go for it!!

EX-INFO MINISTER QUITS UMNO

KUALA LUMPUR: Former Information Minister Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir today resigned from Umno of which he had been a member for 56 years.
 He said in a statement that he had sent the letter of resignation to Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 

He also said that last week he had resigned as the treasurer of the Kulim-Bandar Baharu Umno Division in Kedah. 

Read more....

ooppss...orang-orang tua pernah berkata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata.....

 
 

BELAJAR HIDUP BIBIK INDON

Gaji baru yang perlu dibayar kepada seorang pembantu rumah bangsa Indonesia sebanyak RM700 dengan hanya melakukan satu tugas sahaja adalah keterlaluan dan memang tak masuk akal. Bagi pasangan suami isteri yang berpendapatan sederhana pasti tidak mampu untuk menggajikan pembantu yang begitu 'ekslusif' ini.  Satu tugas dibayar RM700. Bila diarah membuat satu kerja lagi perlu pula dibayar RM700 lagi...ini memang kerelaluan dan melampau. Cuba bayangkan kita di rumah pun terpaksa melakukan bukan empat kategori kerja, malah lebih dari itu. Bagi isteri yang tidak bekerja, dari pagi sampai ke malam membuat pelbagai kerja rumah yang perlu dilaksanakan. Berapa gaji atau upah yang mereka dapat?

Persoalannya, adakah majikan di Malaysia ini terlalu kemaruk sangat ke nak mengambil bibik dari Indon ini? Carilah alternatif lain. Jangan sampai kita terpaksa melutut kepada mereka. Kalau gaji sebanyak itu diberikan kepada mereka, saban tahun berapa bilion RM dihantar balik ke sana?

Kalau mereka profesional sangat, mengapa tidak kita latih anak-anak tempatan menjadi seorang pembantu profesional juga? Gajikan mereka RM800 dan saya pasti mereka boleh lakukan serba tugas dari memasak, menjaga anak, mengemas rumah, sehinggalah menanam bunga atau pun berkebun. Hujung minggu beri mereka cuti atau sebulan sekali beri cuti 2, 3 hari cuti, ataupun bila cuti sekolah lepaskan  mereka untuk balik ke kampung bercuti.

Dulu, saya pernah menggajikan orang Medan untuk menjaga kedua ibu bapa saya yang uzur. Mula-mula cantik budi bahasa. Masuk tahun ke dua, minta izin nak balik kita beri, masuk tahun ketiga nak juga balik. Balik lebih dari hari yang kita bagi. Lepas tu nak kahwin pulak. Perangai pun dah mula pandai membentak dan tinggikan suara pada mak ayah saya. Bila dah jumpa kelompok dia dah pandai pulak agihkan makanan yang kita beli untuk mak ayah diberi kepada kawan-kawan dia. Bila ayah meninggal dunia saya tamatkan perkhidmatan dia, mak saya jaga sendiri. Kemudian cuba ambil pembantu lain, cuma bertahan sebulan. Sebab dah pernah bekerja di sini, dia dah mula pandai naik angin bila mak saya tegur  dia. Saya pulangkan kepada agen dia. Duit yang digunakan untuk ambil pembantu baru ini, tidak sampai separuh pun dikembalikan oleh agen. Duit habis hati pun sakit.

Itulah....yang rugi majikan Malaysia, yang buncit perut kekenyangan agen dan orang tengahnya. Yang kita dapat hampas. Namun begitu, aya tak nafikan ada sesetengah pembantu yang benar-benar ikhlas bekerja di sini tanpa banyak songeh sehingga membuatkan majikan sayang. Pernah saya jumpa beberapa pembantu yang sudah berkhidmat lama dengan satu majikan sahaja. Malah, ada juga saya terjumpa pembantunya baik tapi majikannya ambil kesempatan atas pembantunya pulak. Dahlah siang anak-anak dijaga oleh bibik...malam pun anak-anak disuruh tidur dengan bibik kerana majikan nak pergi clubbing dengan kawan-kawan. Bila masa bibik dapat berehat? Bibik ini ada kelebihannya iaitu pandai mengurut. Jadi ramai sahabat-sahabatnya yang minta urut. Biasanya malam selepas selesai kerja rumah, bibik minta izin keluar untuk mengurut orang. Majikan pula ambil kesempatan minta sedikit upah urut yang didapati. Bibik bagi. Macam ini punya majikan pun ada.

Memandangkan kepada senario ini, sudah sampai masanya kita belajar hidup tanpa bibik. Boleh?