Wednesday, 11 December 2013

S'pura terus buru perusuh, haramkan alkohol


Pemangku Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata polis telah menangkap beberapa orang lagi yang terbabit dalam rusuhan malam hari Ahad lepas di Little India.  

Katanya, siasatan akan diteruskan supaya mereka yang telah melanggar undang-undang dikendalikan dengan tegas dan adil sejajar undang-undang.  

"Bagi menentukan keadaan terus tenteram, kami telah mengharamkan alkohol. Polis telah menambah kehadiran mereka di kawasan kediaman pekerja asing dan di tempat mereka sering berkumpul agar kehidupan dapat berjalan seperti biasa yang mungkin dan setiap orang merasa selamat," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada petang hari Selasa.  



Jarumemas: Malaysia juga patutu haramkan alkohol kerana ia banyak membawa beburukan daripada kebaikan. 

Pesakit bimbang setiap kali hujan di Hospital Serdang


Dalam masyarakat Melayu hujan dianggap rahmat. Tetapi di Hospital Serdang, yang sering terjadi insiden siling runtuh, anggapan sebaliknya berlaku.

Setiap kali hujan lebat, pelbagai pihak, terutamanya pesakit bimbang kejadian tidak diingini sekali lagi berulang.

Seorang pengunjung Vimala Singram (kanan), 50, berkata, adiknya yang dirawat di hospital itu kerana denggi sejak sebulan lalu menyuarakan perkara itu kepadanya.

"Biasanya bila hari hujan tiba-tiba akan runtuh, adik saya selalu risaulah waktu hujan. Mula-mula mereka kata bangunan baru sebab tu ada siling runtuh tapi sudah banyak kali jadi ini macam ini," katanya.

Ini memandangkan, pada tahun ini sahaja sudah empat kali berlaku runtuhan siling di situ. Manakala sejak insiden pertama pada 30 Januari 2011, sudah tujuh kali kejadian sama berulang.



Jarumemas: Pihak JKR perlu menyegerakan pemantauan dan siasatan akan perkara yang berlaku. Jangan sampai orang ramai hilang kepercayaan terhadap hospital dan kerajaan. 

Shafee mahu dedah hubungan Mat Zain-Anwar


Penguam Kanan Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim telah membuatkan kenyataannya condong ke satu pihak dalam pengakuan berkanun bertarikh 7 Oktober itu.

Shafee yang dilantik oleh Peguam Negara Abdul Gani Patail untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan kes Liwat II berkata, pihak pembelaan perlu meneliti afidavitnya berhubung permohonan ketua pembangkang itu.

Anwar telah memohon untuk menyingkirkan Shafee dari mengetuai pasukan pendakwaan sekali lagi selepas Anwar usahanya sebelum ini menemui kegagalan.

"Afidavit saya disokong oleh bekas (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) Datuk Ramli Yusuff. Saya tidak perlu meminta Matthias Chang untuk mengesahkannya, tetapi tidak perlu melibatkan Tun (Dr Mahathir Mohamad)," kata Shafee.

"Tetapi akan ada pendedahan menarik akan didengar (berhubung permohonan Anwar untuk menyingkirkannya), berkaitan hubungan Mat Zain dengan Anwar," katanya.


Sumber: Malaysiakini

Jarumemas: Biarlan berani kerana benar. Tegakkanlah kebenaran agar rakyat tahu dan tidak membiarkan mereka sering dalam keadaan tertanya-tanya.

Bekas IGP: Awas 'komplot besar' hancurkan negara


Bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar menyatakan kesedihannya terhadap kecederungan pelbagai pihak, termasuk pemimpin negara memainkan isu yang tidak timbul sebelum ini, seperti kedudukan istimewa Bumiputera. 

Katanya, bukan itu sahaja, malah kedudukan raja-raja pun mula disentuh dan kesucian agama Islam sebagai agama persekutuan pula dibangkit dan dipermainkan. 

"Masya-Allah, semacam ada satu grand design (perancangan besar) yang sedang digerakkan yang pada pandangan patik, jika tidak di kawal dengan bijaknya boleh menghancurkan negara," katanya.

Berucap dalam jamuan teh diraja bersama pesara kerajaan sempena ulang tahun ke-68 Sultan Selangor, Hanif berkata, keadaan itu menyebabkan perasaan rakyat, khususnya orang Melayu dan umat Islam tidak lagi di pedulikan.



Jarumemas: Semoga Allah lindungi Malaysia dari segala musibah yang boleh menghancurkan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. 

Meningkatkan Integriti Pilihan Raya Menggunakan Teknologi

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Di Malaysia, pendaftaran pemilih dan hampir keseluruhan proses pilihan raya berciri insani dengan pelbagai pihak menyalahkan kepincangan sistem pilihan raya itu pada mereka yang terbabit.

Dalam memastikan integriti serta ketelusan yang lebih tinggi pada keseluruhan proses pemilihan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) percaya sistem pengundian elektronik merupakan pilihan terbaik.

Bayangkanlah, identiti pengundi ditentusahkan menggunakan sistem biometrik yang mampu menghalang pengundi hantu, termasuk mereka yang mengundi menggunakan kad pengenalan palsu, atau mereka yang mengundi berbilang kali, satu yang menjadi keluhan parti-parti pembangkang.

Dan dengan sekali klik pada tetikus atau dengan hanya menekan satu butang, di sebalik memangkah kertas undi, pengundi melengkapkan proses mengundi dengan sekelip mata. Serentak dengan itu undi dikira oleh satu sistem berpusat, di sebalik mengira menggunakan tangan selepas pengundian ditutup, dengan itu tiada peluang bagi mana-mana pihak untuk memanipulasi pengiraan undi.

Ini bukan sahaja mempercepat keseluruhan proses pengundian tetapi juga menyumbangkan ke arah pilihan raya yang bersih dan adil, yang nampaknya menjadi ungkapan penarik dalam landskap baru politik Malaysia.

Tetapi, pihak pembangkang yang tidak puas hati dengan sistem pilihan raya itu mendakwa sistem elektronik juga terdedah kepada elemen penyelewengan dan meragui SPR dan usaha-usaha yang diambilnya untuk memperbaharui proses pilihan raya.


Kisho Kumari Sucedaram and Erda Khursyiah Basir mengupas persoalan ini selanjutnya...

Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Pembangkang sememangnya tidak mahu menerima apa yang kerajaan buat kerana akan menampakkan mereka tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat. 

Hou Kok Chung Akan Bertanding Jawatan Naib Presiden MCA

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Mantan timbalan menteri pendidikan tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung akan bertanding jawatan naib presiden MCA.

Dengan Hou mengumumkan pencalonannya, bilangan mereka yang bertanding bagi empat jawatan naib presiden adalah enam orang setakat ini selepas bekas ketua Wanita MCA Datuk Paduka Chiew Mei Fun mengumumkan pencalonannya pada Selasa.

Bekas anggota jawatankuasa pusat MCA itu berkata beliau memutuskan untuk bertanding bagi jawatan itu kerana beliau merupakan antara anggota pasukan transformasi parti yang diketuai oleh Timbalan Presiden Parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Biar perwakilan yang menentukan apa yang terbaik bagi parti," kata beliau kepada Bernama melalui telefon.


Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Bertandinglah secara sihat demi parti dan rakyat yang mengharapak MCA akan membawa kejayaan dan pertambahan ekonomi kepada negara. 

Taib Ramal Sarawak Muncul Negeri Termaju Di Malaysia

KUCHING, 10 Dis (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud Selasa meramalkan Sarawak akan melonjak menjadi negeri termaju di negara ini daripada tempat ketiga ketika ini apabila program Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dilaksanakan sepenuhnya.

Keyakinan beliau Sarawak akan mencapai status itu menjelang 2030 adalah berasaskan semangat setiakawan yang terjalin di antara kepimpinan tertinggi negeri dengan penjawat awam serta dedikasi perkhidmatan awam peringkat negeri dan persekutuan dalam memberi fokus terhadap program pembangunan negara.

"Bukan kerana kita bernasib baik, tetapi kerana kita telah belajar melalui khidmat dan pendedahan yang begitu lama tentang cara menyesuaikan program pembangunan dengan kepakaran kita dan hal-ehwal setempat dalam mengajak rakyat mengambil bahagian mempercepatkan langkah pembangunan di negara kita,"katanya.

Taib berkata demikian ketika merasmikan Hari Perkhidmatan Awam 2013 dan pelancaran kiosk e-kerajaan pertama di Plaza Merdeka di Kuching. Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Ghani dan Setiausaha Persekutuan Datuk Md Yahaya Basimin.


Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Semoga ia menjadi kenyataan. Ini akan dapat meningkatkan ekonomi negara dan Sarawak khususnya.