Thursday, 21 November 2013

Kerajaan batal jangka hayat kenderaan 12 tahun

Putrajaya membatalkan hasrat untuk menetapkan had 12 tahun untuk kenderaan selepas menerima bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang dan pemilik kenderaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk meneruskan cadangan itu.
“Saya mahu tegaskan, kami tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan jangka hayat kenderaan untuk dilupuskan kerana kita tidak mahu menyusahkan orang ramai,” katanya menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR - Bayan Baru).

Jarumemas: Lega rasanya...

PAC: Ahmad Shabery bebas dakwaan pembayaran RM1.6 juta konsert K-pop

Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) mengesahkan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  bebas daripada segala tuduhan penyelewengan ke atas pembayaran sebanyak RM1.6 juta kepada kumpulan artis K-pop semasa sambutan Hari Belia Negara 2012.
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ahli panel tidak mendapati wujudnya elemen kecuaian dan penyalahgunaan dana selepas mendengar penjelasan Ahmad Shabery.
"Beliau memberi jawapan yang bagus dan kenyataan memuaskan. Ini menunjukkan bahawa beliau mahu melakukan pelbagai perubahan dengan cara berbeza tetapi dikekang dengan prosedur semasa.

Jarumemas: Berani kerana benar. 

Pemuda PAS digesa berfikir sebagai anak muda agar dilihat ‘cool’

Perwakilan dari Johor hari ini menggesa agar Dewan Pemuda PAS mempunyai pemikiran seperti sebahagian daripada anak muda Malaysia dan tidak hanya bergerak secara eksklusif.
Shazli Munir menegaskan, beliau mahu melihat Pemuda PAS  berdamping serta selari dengan kumpulan anak muda di Malaysia.
"Kadangkala kita dilihat eksklusif dalam pendekatan, sebab itu dalam kerangka pemikiran ahli Dewan Pemuda PAS tidak boleh berfikir bahawa ia adalah entiti yang lain berbeza dengan anak muda di Malaysia.

Jarumemas: Yang tua dihormati, yang muda disayangi...Orang tua juga perlu mendengar apa yang orang muda perkatakan. Anak muda zaman sekarang lain cara pemikirannya. 

Cukai pintu Kuala Lumpur sah naik bermula 2014

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib hari ini mengesahkan pemilik hartanah di ibu kota akan dikenakan tarif cukai baru bermula Januari 2014.
Beliau berkata, kenaikan itu disebabkan peningkatan kadar penilaian semula yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Kenaikan cukai pintu bukan disebabkan kenaikan peratusan cukai baru tetapi peningkatan itu adalah penilaian semula hartanah yang dilakukan oleh DBKL.

Jarumemas: Jangan sampai menganiaya rakyat......

Laporan Ketua Audit: 39 berdepan tindakan sivil atau jenayah, kata Ali Hamsa

Sebanyak 39 penjawat awam termasuk pesara bakal berdepan tindakan sivil atau jenayah jika didapati bertanggungjawab terhadap ketidakaturan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata mereka yang meliputi 30 penjawat awam dan sembilan pesara itu diberi surat tunjuk sebab untuk menjelaskan tahap penglibatan atau kecuaian mereka dalam ketidakaturan berkenaan.
Jika siasatan lanjut mendapati mereka terbabit, tindakan sivil atau jenayah akan diambil bergantung kepada jenis kecuaian atau perlanggaran yang dilakukan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Jarumemas: Paneh pungkuq yang sedang dikejaq!!!

Thursday, 14 November 2013

Profesional mahu Pas kekal dalam kerangka PKR, DAP

KUALA LUMPUR - Golongan profesional Pas lebih cenderung membawa parti itu ke dalam pakatan pembangkang berteraskan kerangka yang diinginkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, sebaliknya, golongan ulama pula mahu mengekalkan Pas pada landasan yang asal.

Menurut beliau, golongan ulama berhasrat memelihara Pas sebagai sebuah parti bebas dan tidak tunduk kepada pengaruh parti-parti lain.

"Walau bagaimanapun, Pas kini diikat kemas oleh perjanjian sedangkan dalam pengertian tahaluf siyasi, parti itu tidak sepatutnya diikat dalam pakatan pembangkang.

"Pas sepatutnya mempunyai hak dan kebebasan untuk membuat keputusan dan dasarnya sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=102932:profesional-mahu-pas-kekal-dalam-kerangka-pkr-dap&Itemid=2#ixzz2kbMO8mfb

Jarumemas: Apa kelebihan yang Pas dapat dengan bersekongkol dengan PKR dan DAP? 

Tekad halang golongan liberal kuasai Pas

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Pengendali akaun Facebook Fikrah Islamiah Pilihan Kami yang identitinya masih menjadi teka-teki bertekad untuk menghalang kemenangan calon-calon liberal dalam Muktamar Pas Ke-59, 22 November ini.
Beliau yang mengakui ahli Pas berkata, pasukannya akan terus berkempen secara sihat bagi menghalang golongan parasit daripada terus merosakkan jemaah dan perjuangan Islam.
Menurutnya, tujuan pasukannya adalah untuk memastikan calon-calon yang berfikrah jelas dalam perjuangan Islam memenangi jawatan-jawatan penting dipertandingkan.
"Kemenangan calon-calon berfikiran liberal seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar serta calon Ketua Dewan Pemuda, Zulhazmi Shariff adalah cukup berbahaya untuk parti khususnya dan nasib umat Islam di Malaysia.

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=102972:tekad-halang-golongan-liberal-kuasai-pas&Itemid=2#ixzz2kbLB0gEB 


Jarumemas: Jangan sampai memusnahkan silaturrahim sesama Islam.