Thursday, 21 March 2013

My Gempaq: Kisah Benar – Balasan Kerana Hina Hukum Allah

My Gempaq: Kisah Benar – Balasan Kerana Hina Hukum Allah: Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa b...

Jarumemas: MasyaAllah . Nauzubillah janganlah keturunan dan zuriatku berperangai seperti gadis ini. Jauhkanlah kami daripada api neraka Ya Allah.

Wednesday, 20 March 2013

Bertanding Gelang Patah, Kit Siang umpama ahli politik ‘touch and go’, kata Soi Lek

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan tindakan penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah, Johor umpama ahli politik "touch and go" merujuk kepada tindakan seringkali berpindah kerusi pilihan raya. 

Chua berkata, berdasarkan rekod Lim, beliau tidak akan bertahan lama dalam mana-mana kawasan yang ditandinginya.

"Berdasarkan modus operandi beliau, beliau bertanding 10 kali, menang tujuh kali dan kalah tiga. Jadi apa yang beliau lakukan ketika menang? Tiada siapa ingat apa yang beliau lakukan.

"Kalau kita ingin panggil secara baik, beliau ini ahli politik "langgar lari", atau secara kasarnya, ahli politik "touch and go"," kata Chua dalam kenyataannya hari ini.


Jarumemas: Kenapa nak pindah ke Gelang Patah pulak? kerusi lama dah tahun akan kalah ke?

Manila tidak lepaskan tuntutannya ke atas Sabah

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Kerajaan Filipina sedang berbincang dengan sepasukan peguam bagi mengkaji tuntutan tersebut ke atas Sabah dalam masa sama pertempuran antara puak bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia, menurut akhbar Filipina hari ini.

The Philippine Star melaporkan seorang anggota senior dalam kerajaan Filipina berkata negara tersebut tidak melepaskan tuntutan ke atas wilayah yang kini menjadi sebahagian dari Malaysia selama berdekad lamanya.  
“Mereka berguraukah bila mereka kata kita lepaskan tuntutan kita? Kita sudah bayar begitu bayar kepada peguam untuk mengkaji tuntutan tersebut,” kata Setiausaha Kabinet Jose Rene Almendras.


Kesultanan Sulu menuntut Sabah, yang dikatakan menyewa Borneo Utara pada 1878 kepada Syarikat Borneo Utara British dengan bayaran 5,000 dolar Malaya ketika itu, yang kemudiannya dinaikkan kepada 5,300 dolar Malaya pada tahun 1903.

Sabah, bagaimanapun, menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 1963, selepas Malaysia berterusan membayar RM5,300 kepada Sultan Sulu untuk negeri Borneo tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengatakan referendum 1962 Suruhanjaya Cobbold di Sabah dan Sarawak mengatakan dua pertiga rakyat menyokong untuk menyertai Malaysia.

Awal bulan ini, Majlis Peguam Malaysia berkata Sultan Sulu tidak mempunyai hak dari segi undang-undang ke atas Sabah, berkata ICJ telah mengiktiraf Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas Sabah dan pulau sekelilingnya ketika menuntut wilayah yang bertindih pada 2002.

ICJ mengiktiraf tuntutan Malaysia dalam tuntutannya di antara Putrajaya dan Jakarta ke atas pulau Ligitan dan Sipadan yang berhampiran Sabah pada Disember 2002.

Filipina pada masa itu cuba mencelah dalam kes tersebut, tetapi permintaan mereka ditolak.

Putrajaya dan Manila adalah rakan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, rakan politik dan ekonomi serantau, dan rakan penting dalam membentuk perjanjian damai di selatan Filipina.

Sumber: MalaysianInsider

Jarumemas: Malaysia jangan mengalah dengan tuntutan Filipina. Mentang-mentang Sabah dah maju dan mempunyai kekayaan bumi mereka hendak tuntut pula. Negara mereka yang huru hara dan saling berganti pemerintah ada hati nak ambil Sabah balik.

Tuesday, 19 March 2013

PKR yang 'luar tabie'...

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya sebuah parti yang 'aneh'. Ia ditubuhkan bukan atas dasar perjuangan tetapi lahir berikutan perasaan tidak puas hati, marah dan kebencian berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO pada tahun 1998.

Sejak tarikh berkenaan arena politik negara tidak lagi tertumpu kepada DAP atau Pas, biar pun kedua-dua parti itu jauh lebih berusia.

Percaturan politik pembangkang lebih berkisar kepada apa yang dirancang oleh PKR manakala DAP dan Pas akan bersetuju sahaja memandangkan mereka mempunyai hasrat yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ketika DAP dan Pas dilihat menjalin kerjasama yang cukup aneh berikutan perbezaan ideologi antara mereka, perjalanan politik PKR pula cukup 'aneh' tetapi penuh kepincangan. Berikut penulis paparkan antara 'keanehan' dan kepincangan tersebut:

Paling berkuasa bukan Presiden

Semua orang tahu biar pun Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden namun beliau seolah-olah tidak ada apa-apa kuasa.

Segala-galanya diuruskan oleh suaminya, Anwar. Apa juga isu berkaitan PKR amat sukar sekali kita hendak mendengar Wan Azizah memberikan ulasan atau membuat kenyataan. Beliau hanya tampil jika ada isu melibatkan suaminya.


Jarumemas: Presiden pepatung!!!

Jamalul Kiram arah pengikut lancar perang gerila

Ini dua perkembangan menarik dari Perak, pertama 'wanita besi' Tan Sri Rafidah Aziz, mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas Ketua Wanita UMNO itu berkata keputusan diambil bagi memberi laluan kepada golongan muda untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin dan berkhidmat kepada masyarakat.

“Saya sudah menyatakannya sebelum ini. Saya tidak mahu bertanding lagi. Umur saya sudah pun mencecah 70 tahun, jadi biarlah pilih yang muda,” katanya

Rafidah, bekas menteri paling lama pernah berkhidmat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), berkata beliau juga sudah mengusulkan beberapa nama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penggantinya.


Jarumemas: Bak kata Tun Mahathir dulu semasa mahu bersara, berhenti sebelum kenyang....

Jamalul Kiram arah pengikut lancar perang gerila

Ketua Pengganas Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan media, Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.
"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" kata Kiram kepada pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.

Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.

Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.


Jarumemas: Biar kami berputih tulang, jangan kami berputih mata!!

Pasca Lahad Datu: Apa pilihan kita...?

Persoalan utamanya kini apakah zon perang di Lahad Datu kekal hanya di gugusan yang bersempadan dengan Pulau Tawi-Tawi atau ia akan merebak ke tempat lain pulak?

Bagi rakyat Malaysia yang berumur 50 tahun ke bawah, yang tidak pernah mengharungi konfrontasi dengan Indonesia pada 1963, pencerobohan Lahad Datu inilah pengalaman pertama merasakan gema semboyan perang.

Jamalul Kiram, yang pada asalnya menuntut Sabah bagi pihak 'Kesultanan Sulu', kini menukar retorik kepada berjuang untuk menuntut semula 'wilayah Filipina'.

Perang propaganda antara media arus perdana Malaysia dan Filipina, sambung menyambung dengan perang media sosial antara rakyat dan lebih 'ganas' lagi adalah perang siber antara kedua negara.


Jarumemas: Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu mempertahankan hak kita yang telah diputuskan sebelum ini.