Tuesday, 26 June 2012

Najib goes 'Arabic' to out-Islamize PAS but keeps Muslims guessing on GE date

KUALA LUMPUR: THE Pas leadership has got its priorities wrong by requesting party members planning to perform the haj to defer it due to the coming general election, said Datuk Seri Najib Razak. The prime minister said it was unbelievable that a party which claimed to be championing Islam was willing to make such a call just for the sake of maximising its chances of winning an election. "Performing the haj is fardu ain (personally obligatory) for those who are capable of doing so, whereas to cast a vote in a general election is fardu kifayah (communally obligatory). "So, which is regarded as higher by Allah and Islam? Please answer," he said when launching the Ulama and Umara (scholars and leaders) Secretariat at Putra World Trade Centre here. Pas had recently asked its members to defer performing the haj as it believed the general election may be held during the haj season, which this year is between September and October. Pas information chief Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man was quoted as saying that the deferment of haj under such circumstances was reasonable as Pas needs the party machinery to be fully functioning for the election. At the function, Najib also launched a book entitled Agenda Islam Dalam Transformasi Negara (Islamic Agenda Within The National Transformation), published by the secretariat, containing a collection of his speeches and messages since 2009. Najib said the book was evidence that the government was serious in developing and enhancing the Islamic agenda in this country. - New Straits Times Jarumemas: Just waiting patiently when PM is going to announce the date.

Politik ‘hit and run’ pembangkang — Zulkifli Jalil

26 JUN — Khabarnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur sekarang, pakatan pembangkang semakin tak senang duduk. Panas punggung. Dikatakan mereka cuba mencari banyak isu untuk memastikan rakyat termasuk pengundi Lembah Pantai tidak sempat melihat kebaikan program atau produk-produk yang diutarakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam setahun dua ini untuk rakyat. Tambah terkejut lagi dia dan orang-orangnya ialah apabila pertemuan dialog yang diatur oleh kepemimpinan BN Wilayah Persekutuan disambut baik oleh penduduk Bangsar dan sekitar Lembah Pantai. Pada 19 Jun lalu sekitar pukul 8 malam, kira-kira 50 warga Bangsar yang terdiri daripada golongan profesional termasuk doktor, arkitek dan jurutera hadir dalam pertemuan santai dengan Timbalan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Devi’s Corner, Jalan Telawi. Dikatakan di pihak sebelah sana pada siangnya mula cuak. Cuba “dipancingnya” menerusi panggilan telefon kepada pihak restoran supaya jangan “entertain” perjumpaan itu — batalkan sahaja tempahan ruang pertemuan. Tapi, semua tak menjadi. Akhirnya pertemuan berlangsung. Setengah jam perjumpaan ia dipenuhi tuntutan penjelasan beberapa isu-isu “panas” yang dimomokkan pembangkang. Isu NFC dan melibatkan fitnah dan dakwaan terhadap Perdana Menteri dan keluarganya dijawab dengan cermat oleh Nong Chik. Penjelasan demi penjelasan diberikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu. Sumber dipetik dari Utusan Malaysia oleh Malaysian Insider. Jarumemas: 'Hit and Run' samalah dengan baling batu sembunyi tangan kan????

Ini masalahnya...bila Ketua Wanita PKR nak serang tak tengok kiri kanan

Inilah yang dikatakan nak tunjuk garang dan hebat tidak kena tempat. Apapun tidak boleh salahkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.Ahli Parlimen PKR Ampang itu mungkin nak tunjuk hebat kepada penyokongnya di luar sana beliau juga mampu berentap debat dengan seorang Perdana Menteri di Parlimen. Cuma cara dan apa yang dipersoalkannya semberono. Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya tahu ia kuasa perogratif seorang Perdana Menteri melantik menteri dan menentukan bila hendak bubar parlimen untuk pilihanraya umum. Namun Zuraida yang digelar 'Taliban' oleh orang-orang PKR main sondol saja. Ini membuatkan Najib balon beliau kerana mempersoal perkara yang tidak ada kaitan dengan sidang Dewan Rakyat. Ia berlaku pagi Isnin semasa Zuraida mengemukakan soalan tambahan pada soalan asalnya berhubung Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Najib hadir menjawab soalan itu atas kapisitinya sebagai menteri berkenaan yang beliau sandang selepas Datuk Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan itu 8 April lalu. Semua orang tahu Najib cuma memegang sementara sahaja jawatan itu kerana pilihanraya umum kena diadakan dalam tempoh sebelum April tahun depan. Zuraida yang mungkin cuba nak dapat milage politik dari kalangan wanita mempersoalkan mengapa Najib mengambil alih jawatan itu kerana mendakwa ia seharusnya diberikan kepada wanita sebagai bukti pelaksanaan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan. Baca seterusnya.... Jarumemas: Bukankah budi bahasa itu pakaian orang Timur, apatah lagi seorang wanita.

Monday, 25 June 2012

Politik: Belum ada KSN macam Ali Hamsa

KUALA LUMPUR- “Kenyataan media pertama Datuk Dr Ali Hamsa setelah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) amat dikesali dan dibantah,” ujar Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid . Katanya, kenyataan Ali untuk penjawat awam setia kepada kerajaan yang ada dan menolak janji pembangkang sudah menunjukkan bahawa beliau bukan orang yang tepat menjawat jawatan KSN. “Belum pernah mana-mana KSN sebelum ini secara terang-terangan menyatakan sikap politik kepada penjawat awam dan meminta semua penjawat awam menyokong kerajaan yang ada dan menolak pembangkang,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tambah beliau, Teras berpendirian jika KSN dipilih kerana sikap politik dan bukan atas merit professionalisme maka sendi kestabilan negara iaitu pentadbiran awam akan runtuh. “Kami percaya beliau sepatutnya faham betul etika penjawat awam sebelum memegang jawatan KSN. Tidak faham atau sengaja tidak faham menggugurkan kelayakannya untuk dilantik sebagai KSN,” ujarnya. Beliau berkata, jika seorang ketua pentadbiran awam menggugurkan etika utama dalam pentadbiran awam iaitu bersikap neutral dan bertindak adil kepada semua rakyat di negara , maka dia tidak boleh memimpin jentera pentadbiran awam lagi. Katanya, Teras membantah keras dan mengutuk jika pentadbiran awam dicemari oleh manipulasi politik tidak berertika yang boleh memporak-peranda pengurusan awam. “Adakah hak beliau untuk menyatakan kakitangan awam mesti hanya menyokong kerajaan yang ada?” soalnya. Beliau menambah, di manakah tercatat dalam Perintah Am bahawa penjawat awam mesti hanya menyokong kerajaan. “Jika persoalan asas ini tidak diketahui kami berpendapat jawatan KSN tidak boleh diserah kepada beliau. Sebabnya jelas, jawatan tersebut tidak boleh diberi kepada orang yang didapati bias dari segi politik,” katanya. Ini, ujar beliau kesannya amat jauh kerana sistem pemisahan kuasa esksekutif, kehakiman dan legistatif dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan akan runtuh kerana jentera kerajaan diketuai oleh KSN yang berkhidmat kepada parti politik bukan kepada rakyat. “Teras menggesa Datuk Dr Ali Hamsa menarik balik kenyataan beliau jika rakyat mahu diyakini bahawa pentadbiran awam tidak berfungsi di bawah arahan parti politik,” ujarnya. Mohd Azmi berkata, rakyat tidak akan menghormati KSN jika beliau dilihat orang yang dilantik kerana kecenderungan parti politik. --Harakahdaily Sumber dipetik oleh Malaysian Chronicles Jarumemas: KSN baru pun dipolemik??

Rafizi letak jawatan tumpu tumbangkan Umno BN

PETALING JAYA- Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini menegaskan perletakan jawatannya dalam kerajaan Selangor adalah tindakan biasa yang dilandaskan pada asas moral. Ini, katanya kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderung kepada aktiviti politik partinya. Malah menurutnya keputusan itu telah lama dirancang demi menumpukan perhatiannya kepada usaha PKR dan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional. "Saya telah mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor sejak bulan Oktober tahun lepas lagi semasa PKR mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC). "Pembubaran Dewan Rakyat yang makin hampir dan keputusan ini akan memberi peluang saya untuk menumpukan kepada usaha merancang kempen PKR dan menyusun strategi hadapi pilihanraya," katanya. Tambahnya, PKR adalah sebuah parti reformasi, budaya politik berbeza dan beliau cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan lebih kepada kerja politik. "Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno BN, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat. "Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno-BN ini apabia saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka," sambungnya. Rafizi menyatakan, beliau akan duduk berbincang dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin bagi meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno. "Tindakan ini sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor," ujarnya lagi. -Harakahdaily Sumber dipetik oleh Malaysian Chronicles. Jarumemas: Baca apa yang tersirat.

PKR Selangor desak MB bertindak

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggantung sementara jawatan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin dan melakukan siasatan berhubung isu penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor. Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafie berkata, Abdul Khalid seharusnya bersikap konsisten dengan tindakan dan kenyataannya sebelum ini, selain perlu mencadangkan siasatan penuh terhadap Faekah. ''Saya rasa lebih baik digantung dahulu tugas pegawai yang terlibat (Faekah) supaya siasatan dapat dilakukan. Ia juga bagi mengelakkan rasa tidak puas hati. Elok digantung dulu sama seperti kes-kes sebelum ini kerana tindakan itu dilihat lebih konsisten. ''Jadi tidaklah nanti ia menjadi tuduhan-tuduhan besar kononnya Menteri Besar melindungi Setiausaha Politiknya,'' katanya dalam laman blog Antarapos.com di sini hari ini. - Utusan Sumber dipetik oleh Malaysia Chronicles. Jarumemas: Gawat tahap gaban dah ni!!

Strategi Najib serba tidak menjadi, menikam diri — Ahmad Lutfi Othman

25 JUN — Memang segalanya serba tidak menjadi. Banyak strategi BNmenikam diri sendiri. Ada saja yang tidak kena kepada Umno-BN. Lupa sekejap masalah lembu Shahrizat Jalil, timbul pula pelbagai isu berkaitan projek kerajaan yang dibolot anak-anak menteri dan duta khas bertaraf menteri. Skandal kes Scorpene dan pembunuhan Altantuya muncul semula, dengan paparan cerita yang lebih panas dan menggemparkan. Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mengacah Jamil Khir Baharom isu pemindahan wang Tabung Haji, lebih RM300,000, ke dalam akaun Ketua Pegawai Eksekutifnya. Reda sebentar kontroversi “wanita pertama” Rosmah Mansor, dengan segala cincin, beg tangan dan gaya hidup mewah (strategis kempen BN sendiri minta media mengendurkan kisahnya), meletup pula gosip tentang bakal menantu dan besan Perdana Menteri. Rakyat juga masih terngiang-ngiang pendedahan pemandu peribadi seorang artis, yang dikaitkan dengan skandal seorang menteri kanan, yang juga Naib Presiden Umno. Pembekuan pinjaman PTPTN kepada Unisel membongkar mentaliti bebalisme pemimpin Umno bertaraf menteri sehinggalah Timbalan Perdana Menteri sendiri. Dalam masa sama, di samping rantaian cerita sensasi yang tidak berkesudahan itu, isu-isu yang lebih melibatkan kepentingan ramai seperti penggadaian aset orang Melayu dalam FELDA melalui FGVH makin menjauhkan Umno daripada penyokong tradisinya selama ini. Sewaktu Najib Razak rimas dengan pelbagai faktor tolakan kepada Umno, saingan paling digeruninya, PAS pula semakin mendapat tempat dalam masyarakat Melayu. Baca seterusnya.... Jarumemas: Takut dengan bayang-bayang sendiri?