Thursday, 19 April 2012

PKR claims minister paid actress RM1.5m in three-year ‘intimacy’

KUALA LUMPUR, April 18 — PKR claimed today a federal minister has been involved in an “intimate relationship” with an actress, resulting in payments to her of over RM1.5 million across the last three years. The minister and the actress have previously denied any ties to each other.

Rumours of their alleged affair began to swirl once more today after PKR lawmakers produced a police report by a Noor Azman Azemi who claimed the minister hired him to be the actress’ personal driver to allow him to “monitor her movements” since 2009.


Jarumemas: PKR itself is not that clean. What about Anwar Ibrahim? PKR's attitude is just like ' a pot calling the kettle black' .

Penang govt to distribute 'Pamphlet of Truth'

GEORGE TOWN: As part of a move to counter the Opposition's smear campaign, the state government has embarked on its own drive to clear the air by the end of the week.

Chief Minister Lim Guan Eng said 150,000 pamphlets outlining the "truth" behind issues such as the Bayan Mutiara land issue and others would be distributed to Penangites in batches by the end of the week.

"My friends in Pakatan Rakyat and others outside the party are worried that my safety will be compromised if people believe these 'lies' being spread by Umno. Several police reports have been lodged but harm could still occur," he said.

Lim said the issues brought up by the Opposition were sensitive as it involved religion and race. One example Lim said, was the claim that he had sold off a piece of land meant for a mosque in Bayan Mutiara and another that he was against Bahasa Malaysia as a national language.

"I have explained these issues countless times but my comments were never carried by certain newspapers. These are serious issues … I can't take this lightly because they incriminate me," he said.

The four-page pamphlet printed in Bahasa Malaysia highlights eight "untruths" including the sale of the Bayan Mutiara land, Lim's non-requirement of Indian voters and Malay community houses demolished by the state government.

Lim said it would be translated into English and other languages later.

Source: Malay Mail

Jarumemas: Will the rakyat of Bayan Mutiara and Penang as a whole believe what the pamphlets is telling? Since LGE becomes CM, many problems fell on Penang folks.

Pekema: AP adalah hak istimewa Melayu, Bumiputera

KUALA LUMPUR, 18 April — Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menegaskan cadangan pemansuhan permit mengimport (AP) kenderaan dari luar negara tidak boleh dilaksanakan kerana ia adalah tertakluk di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang mana melibatkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Pengerusi Pekema, Datuk Zainuddin Abd Rahman menegaskan, AP adalah antara hak keistimewaan kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera, dan Kabinet tidak berkuasa untuk memansuhkan AP, sebaliknya kuasa itu terletak di bawah bidang kuasa Yang di-pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

“AP ini adalah termasuk di dalam permit. Sama seperti tanah rezab Melayu, biasiswa, memegang jawatan dalam kerajaan dan sebagainya. Permit ini termasuk dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, dan Kabinet tidak mempunyai kuasa untuk memansuhkan AP.

“Hanya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sahaja yang berhak untuk memansuhkan AP ini,” katanya yang dihubungi The Malaysian Insider semalam.

Baca terus...

Jarumemas: Kalau pembangkang memerintah, jangankan Ap, tanah orang Melayu dan segala keistimewaan orang Melayu dan bumiputera akan tergadai kepada kaum lain dan orang asing. Sayangnya, ada orang Melayu sendiri yang tidak senang duduk, iri hati, hasad dengki dengan apa yang dimiliki oleh orang Melayu.

Undang-undang ‘fatwa’ Kedah tidak ikut prinsip Islam, kata Mufti Perlis

KUALA LUMPUR, 19 April — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata enakmen terbaru digubal kerajaan negeri Kedah yang akan menghalang cabaran mahkamah terhadap aspek keagamaan (fatwa) adalah bertentangan dengan prinsip Islam.

Juanda bertanya sama ada pentadbiran negeri pimpinan PAS Kedah mahu menjadi sebuah kerajaan teokrasi atau konsep negara berkebajikan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.

“Enakmen fatwa baru menunjukkan mereka sebenarnya menuju ke arah teokrasi dan bertujuan untuk memaksa penerimaan (orang ramai),” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Ini bertentangan dengan Islam,” katanya.

Beliau berkata Islam menerima dan menghormati perbezaan pandangan dari agama-agama lain.

Juanda berkata demikian sebagai respons mengenai Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 yang akan menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10), bagi memperjelas keahlian jawatankuasa fatwa serta menjadikan fatwa diputuskan oleh mufti atau jawatankuasa fatwa sebagai muktamad.

Pindaan itu diluluskan sebulat suara dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam.


Jarumemas tak berani nakl komen sebab  tidak arif  dengan undang-undang dan enakmen. Biarlah yang pakar menjawabnya.

SELANGOR TIDAK SERTAI PRU13

Ketua Pembangkang  menyatakan pada sesi sidang Parlimen  bahawa  pakatan pembangkang mencadangkan Selangor tidak bersama Pusat mengadakan pilihan raya serentak pada PRU13 selagi SPR gagal bersihkan senarai pendaftar pemilih. 

DAP desak Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dimansuhkan kerana takut ia digunakan sebagai senjata politik terhadap pembangkang.

Sumber: Sinar Harian

Jarumemas: Adakah Anwar merasakan bahawa Selangor akan jatuh ke tangan BN, maka beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian? DAP pula minta Seksyen 8A dimansuhkan. Kalau takut diambil tindakan menghasut janganlah keluarkan berita-berita fitnah dan  menghasut rakyat supaya menentang kerajaan yang ada.

 Perlukan SPR mengikut telunjuk mereka ini yang tidak sudah-sudah meminta yang bukan-bukan.  Kerajaan tidak perlu lagi melayan perangai bodoh sombong mereka ini yang cuba mengelirukan rakyat.  

Wednesday, 18 April 2012

SENANGNYA HIDUP…ANWAR CUBA 'LEPAS DIRI' DARI KEPUTUSAN LULUS PTPTN…

Kalau tidak tahu sangat jalan ceritanya…dengar komentar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai wawasan pembangkang tentang PTPTN semasa sidang akhbar di lobi parlimen Isnin memamg boleh ‘cair habis’
Sebab itu tidak hairanlah bagaimana segelintir mahasiswa sanggup berpanas berkhemah di Dataran Merdeka.

Soalnya siapa yang tidak mahu hidup free tidak payah bayar apa.Janji ini adalah gula-gula paling menawan hati. Line membelasah kerajaan kerana didakwa kedekut sangat nak bagi pendidikan percuma ini terus dibawa Anwar semasa dminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Ahad bahawa PTPTN diluluskan semasa beliau Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Anwar mengaku benar apa dikatakan oleh Dr Mahathir.

Namun dicelah itu beliau cuba ‘lepas diri’ dari dikaitkan dengan PTPTN. Faham-faham sajalah…pembangkang sekarang tentang jadi juara nak mansuh PTPTN untuk pancing undi menjelang PRU13.
Jadi Ketua Pembangkang itu cepat-cepat terus tolak bola itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya Najib yang waktu itu (1997 Menteri Pendidikan) yang bentangkan PTPTN. Yang tidak tahu apa-apa macam mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka itu pasti kata betulah ia buah tangan Najib bukan Anwar.

Namun mereka yang faham mengenai sistem berkerajaan tahu bahawa sesuatu keputusan kabinet dalam meluluskan sebarang kertas cadangan adalah collective decision. Apa lagi ketika itu beliau bukan menteri biasa tetapi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Jadi suaranya tentu besar jika tidak setuju dan bantah PTPTN. Jadi kenapa tidak? Jangan lupa Anwar juga pernah jadi Menteri Pendidikan. Cuba tanya apa yang beliau ada buat tentang ‘ kebebasan bersuara’ pelajar yang sekarang sibuk sangat nak AUKU dimansuh terus.

Sumber: Agendadaily

Jarumemas: Bukan isu ini sahaja yang Anwar cuba lepaskan tengkuk. Dulu semasa negara mengalami kemelesetan ekonomi pun dia kata Tun Mahathir yang silap. Malah, dituduh meliwat pun dia boleh kata macam-macam nak lepaskan diri. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui segala-galanya ya Anwar. Atas dunia, bolehlah mengelak, di akhirat nanti takut muflis!!!.....

KAMALANATHAN PERTAHAN DAKWAAN DR RAHMAN, SEDIA JADI SAKSI

Cerita beberapa ahli parlimen pembangkang didakwa biadap ketika majlis Pertabalan Yang Di Pertuan Agong, di Istana Negara, Rabu lalu masuk episod baru. Jika semalam Timbalan dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali serta Tian Chua dan ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bercerita seolah-olah mereka tidak buat salah seperti didakwa Dr Rahman Kadir. Selain mempertikai kewujudan doktor itu di balairong seri, mereka bertiga juga sepakat tuduh semua itu agenda UMNO dan Barisan Nasional. Namun, skrip mereka berbeza dengan apa didedahkan ahli parlimen BN Hulu Selangor, P.Kamalanathan yang turut hadir di majlis tersebut.

Bercakap kepada Agendadaily Selasa ekoran dari usaha Ahli Parlimen pembangkang nak melepas diri dari dakwaan itu, beliau tetap pertahan ada unsur-unsur kebenaran apa didedahkan Dr Rahman dalam blognya yang kemudian dilaporkan akhbar.

Menurut Kamalanathan, beliau duduk di barisan belakang ahli parlimen Gombak (Azmin)  dan Shah Alam (Khalid)  di Balai Rong Seri Istana Negara semasa majlis pertabalan itu. Katanya waktu insiden itu beliau mendengar ada perbualan dengan unsur perli dan ejekan terhadap Perdana Menteri dan timbalannya, TYT Melaka, Sultan Pahang, Sultan Selangor dan Sultan Perak.

Sumber: Agendadaily.com

Jarumemas: Orang Melayu sekarang semakin kurang ajar. Maam mana anak-anak sekarang tak kurang ajar kerana  orang tua masing-masing sudah hilang rasa hormatnya kepada orang yang lebih tua dan orang-orang besar.