Wednesday, 11 December 2013

Taib Ramal Sarawak Muncul Negeri Termaju Di Malaysia

KUCHING, 10 Dis (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud Selasa meramalkan Sarawak akan melonjak menjadi negeri termaju di negara ini daripada tempat ketiga ketika ini apabila program Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dilaksanakan sepenuhnya.

Keyakinan beliau Sarawak akan mencapai status itu menjelang 2030 adalah berasaskan semangat setiakawan yang terjalin di antara kepimpinan tertinggi negeri dengan penjawat awam serta dedikasi perkhidmatan awam peringkat negeri dan persekutuan dalam memberi fokus terhadap program pembangunan negara.

"Bukan kerana kita bernasib baik, tetapi kerana kita telah belajar melalui khidmat dan pendedahan yang begitu lama tentang cara menyesuaikan program pembangunan dengan kepakaran kita dan hal-ehwal setempat dalam mengajak rakyat mengambil bahagian mempercepatkan langkah pembangunan di negara kita,"katanya.

Taib berkata demikian ketika merasmikan Hari Perkhidmatan Awam 2013 dan pelancaran kiosk e-kerajaan pertama di Plaza Merdeka di Kuching. Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Ghani dan Setiausaha Persekutuan Datuk Md Yahaya Basimin.


Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Semoga ia menjadi kenyataan. Ini akan dapat meningkatkan ekonomi negara dan Sarawak khususnya. 

Jalur Gemilang Mula Berkibar Di Stadium Tertutup Nasional Thuwunna, Yangon

YANGON, 10 Dis (Bernama) -- Jalur Gemilang bersama-sama bendera 11 negara anggota ASEAN lain dinaikkan pada satu majlis ringkas sempena temasya Sukan SEA ke-27 Myanmar di sini, Selasa.

Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia, Md Saadon A.Shukor juga hadir pada majlis ringkas yang diadakan di Thuwunna National Indoor Stadium, Yangon sebagai tanda simbolik bahawa semua atlet bersedia untuk memulakan saingan pada temasya dwitahunan tersebut.

Majlis bermula dengan acara menaikkan bendera negara anggota bermula dengan Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.

Sebanyak tujuh acara akan berlangsung di Yangon iaitu bola sepak, hoki, gusti, kempo, angkat berat, menembak, dan bina badan.

Kontinjen negara mengambil bahagian dalam empat acara iaitu hoki, angkat berat, menembak dan bina badan.

Sumber: BERNAMA


Jarumemas: Semoga  atlet negara dapat membawa balik sebanyak mungkin pingat  untuk negara. Negara telah membelanjakan jutaan ringgit untuk anda dari pelbagai aspek dan sewajarnya anda menjulang nama negara. 

Pegawai Awam Wanita PDRM Meninggal Dunia Akibat Wabak Influenza A

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Seorang pegawai awam wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, disahkan meninggal dunia Selasa akibat dijangkiti selesema, Influenza A.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mangsa didapati dijangkiti virus itu selepas menghadiri majlis Perjumpaan Pegawai Awam PDRM bersama KPN di Melaka, Khamis lepas.

Pegawai awam berusia 48 tahun itu meninggal dunia di Hospital Melaka, kira-kira jam 11.10 pagi.

"Kita percaya wabak ini bermula daripada salah seorang kakitangan yang datang dari Kedah menghadiri majlis berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Balai League Table 2013 di ibu negara.

Khalid menggesa kira-kira 300 orang pegawai awam PDRM yang menghadiri majlis itu agar menjalani saringan kesihatan segera.


Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Diharapkan semua yang terbabit perlu mendapatkan rawatan segera. 

Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat, Pahang Menurun

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Terengganu Rabu pagi terus meningkat manakala di Pahang berkurangan berbanding Selasa malam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 15,677 orang daripada 3,733 keluarga berbanding 14,643 orang daripada 3,480 keluarga sebelumnya.

Di Dungun, angka mangsa banjir meningkat hampir 600 orang iaitu 3,288 orang (807 keluarga) berbanding 2,789 orang (701 keluarga) malam tadi manakala jumlah di Kemaman turut meningkat kepada 1,351 orang (384 keluarga) daripada 790 orang (245 keluarga) pada tempoh yang sama.

Di Marang pula, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 42 orang (10 keluarga) berbanding 21 orang (empat keluarga) manakala di Setiu jumlah mangsa banjir menurun kepada 134 (46 keluarga) berbanding 149 orang (43 keluarga) malam.

Sebanyak 88 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu 22 di Dungun, 27 di Hulu Terengganu, 30 di Kemaman, lima di Marang dan empat di Setiu.


Lagi....www.bernama.com

Jarumemas: Semoga semua mangsa bersabar dengan ujian Allah ini. Utamakan keselamatan diri dan keluarga dan patuhi arahan pihak berkuasa setiap masa. 

Gelanggang PRU14 adalah siapa lebih Islamik, kata penganalisis

Gelanggang sebenar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah bagi memperlihatkan siapa lebih Islamik di mata rakyat berikutan kecenderungan rakyat khasnya orang Melayu mendekati Islam di negara ini.
Atas alasan itu, Umno didakwa sedang berusaha untuk menjadi lebih Islamik berbanding PAS bagi membolehkannya merebut sokongan pengundi Islam menjelang pilihan raya tersebut.
"Bagi saya gelanggang sebenar PRU14 adalah siapa lebih Islamik. Sudah lama saya perhatikan hal ini," kata strategis PAS, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Jarumemas: Kenapa ia perlu dipolitikkan? Rakyat sudah muak dan jelak dengan setiap perkara yang remeh temeh hendak dipolitikkan. Semuanya hendakkan nama dan pangkat....Sudah, sudahlah tu...kami dah jelak!!!!

Monday, 9 December 2013

'Songket dedah pemakainya dara atau janda...'


Perwakilan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mencuit hati hadirin sewaktu perbahasan usul agama di Perhimpunan Agung Umno 2013 pagi ini.

Arifin menceritakan tentang adat pakaian Melayu yang mempunyai maksud tersirat.

Beliau memberi contoh pakaian tradisi seperti baju kurung, baju melayu dan kain songket.

Menurut beliau, baju kurung dinamakan sedemikian kerana ia 'mengurung' pemakainya supaya bertepatan dengan syariat Islam.

"Kalau pakai samping pula, jika sampingnya atas lutut kalau bujang, bila sudah kawin samping bawah lutut. Jika Ulama, satu pelempang bawah lutut, jika dia orang bergelar (kenamaan) tiga pelempang bawah lutut," kata beliau.

Beliau menambah cara wanita memakai songket turut mencerminkan status pemakainya.

"Songket kalau wanita pakai, kepala kain di hadapan, dia seorang perempuan bujang, kalau kepala songket di belakang, seorang wanita berkahwin, sebelah kanan orang bergelar, kiri seorang janda," tambahnya, menyebabkan Pengerusi Tetap, Tan Sri Amiruddin Badalrudin tergelak besar.

Justeru, Arifin yang juga ADUN Membakut itu memohon petua dan adat Melayu yang unik ini didokumentasikan dan diajar kepada semua orang Melayu dunia pascamoden negara ini.

Beliau turut mencadangkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menghadapi saat sukar diperkasakan, kerana badan itu menjaga Bahasa Melayu yang penting dalam warisan orang Melayu.

"Saya minta timbalan  presiden untuk bantu penerbitan satu buku yang mengandungi 50,000 kata bidalan dan hikmat orang-orang Melayu. Boleh dibuat di DBP kerana sebelum ini 60 karyawan menarik hak mereka dari DBP kerana berasa kurang yakin dengan mereka."


Jarumemas: Teman sendiri pun tidak tahu bab ini....

PAS: Mat Sabu wajar bertindak pada Zahid


Beberapa pemimpin PAS menyokong Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu wajar bertindak termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyebut "orang nombor dua" PAS berfahaman Syiah.

Pemimpin PAS itu berpendapat kenyataan Zahid itu satu serangan terbuka dan bersifat peribadi sekaligus memburukkan imej PAS.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Mohamad wajar mengambil tindakan terhadap Zahid dan menegaskan parti itu tidak pernah menerima sebarang laporan mengenai ajaran Syiah yang diamalkan oleh pemimpin mereka termasuk Mohamad.

"Itu adakah serangan peribadi, Mat Sabu perlu buat sesuatu. Kita tidak akan masuk campur. Wajar Mat Sabu bertindak terhadap menteri itu.


Jarumemas: Berani kerana benar....