Monday, 9 December 2013

KJ: Rakyat disuruh ikat perut, tapi laporan audit...


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sekali lagi mengingatkan kepentingan menarik sokongan anak muda.

Khairy berkata walaupun Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun ini berjaya meletakkan golongan mahasiswa untuk bersama dalam pentas perbahasan, golongan itu hanya sebahagian dari keseluruhan anak muda.

Beliau turut mahu Umno mula mendekati anak muda seawal usia 17 atau 18 tahun bagi memikat hati mereka dalam perjuangan parti.

"Sebahagian besar anak muda tidak sampai ke menara gading.

"Kalau tak didekati dari sekolah, kita ketinggalan dalam blok yang besar," kata beliau dalam ucapan penggulungan PAU ke-67 hari ini.

Khairy juga menyentuh isu paling penting anak muda iaitu kos hidup yang semakin tinggi.

Beliau berkata kira-kira 75 peratus anak muda khususnya di bandar berpendapatan kurang RM3,000 tidak mampu mempunyai simpanan.


Jarumemas: Memang benar. Terlalu banyak ketirisan yang berlaku yang perlu ditangani segera agar tidak menjadi api dalam sekam yang memusnahkan negara dari dalam. 

Bantuan lewat kerana jumlah mangsa naik mendadak


Peningkatan mendadak jumlah mangsa banjir dan masalah laluan penghantaran dikesan sebagai punca bekalan keperluan asas lewat sampai kepada mangsa di pusat pemindahan. 

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata bekalan keperluan lewat sampai kepada mangsa ketika banjir mula melanda bukan disebabkan kehabisan bekalan.

"Contohnya laporan yang diterima ada 500 orang di pusat pemindahan, kita bekalkan makanan bagi 500 orang selama tiga hari, tapi dalam masa dua jam bilangan itu bertambah secara mendadak menjadi 1,500 orang, dengan itu maknanya makanan yang dimasak untuk 500 orang sudah jadi tidak cukup.

"Kita juga menghadapi kesukaran menghantar tambahan makanan ekoran laluan yang berselerak dengan kenderaan di tepi jalan yang menghalang lori membawa bantuan ke pusat pemindahan dengan pantas," katanya kepada Bernama ketika meninjau pusat pemindahan banjir di Wisma Belia di Kuantan, malam tadi.


Jarumemas: Perkara ini pun telah dijadikan isu oleh mereka yang suka menangguk di air keruh. 

Wee: Biarlah MCA bantu Umno


Calon bagi jawatan timbalan presiden MCA Datuk Wee Ka Siong berkata, beliau percaya bahawa sasaran jangka pendek partinya buat masa ini adalah untuk meyakinkan Umno bahawa politik bukanlah mainan campur-tolak.

Wee dalam satu wawancara dengan Malaysiakini berkata, sekiranya Umno memberi lebih banyak kuasa kepada MCA, ia akan meraih lebih banyak sokongan dari masyarakat Cina yang akan memberi keuntungan kepada kedua-dua parti dan juga BN.

Beliau menjelaskan Umno kehilangan beberapa kerusi dengan perbezaan hanya 1,000 undi. Katanya, peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada BN tentunya akan memberi kemenangan kepada parti itu.

"Jika BN boleh berkongsi sokongan Cina sebanyak 10 perauts dalam pilihan raya umum akan datang, BN akan merampas semula beberapa kerusi,” katanya yang menambah, ia tidak akan menyebabkan Umno kehilangan sokongan di kubu kuatnya.


Jarumemas: Bersatu kita  teguh, bercerai kita roboh. Kalau perumpamaan ini dipakai dan dilaksanakan sudah pasti tangan-tangan luar yang cuba meruntuhkan keamanan dan keharmonian negara akan gagal. 

Zahid: Saya tak sebut nama Mat Sabu


Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar “orang nombor dua” PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah.

“Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua',” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad.

Wartawan seterusnya meminta penjelasan lanjut daripada Ahmad Zahid memandangkan Mohamad Sabu, yang baru dipilih semula sebagai timbalan presiden PAS, dikenali umum sebagai orang nombor dua parti Islam itu.


Jarumemas: Dah terang fahaman Syiah itu salah, tetapi mengapa ada pemimipin kanan Pas yang masih diterima? 

JPA Putrajaya Lancar JPA4U Sumbang Keperluan Untuk Mangsa Banjir

PUTRAJAYA, 9 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya hari ini melancarkan JPA4U dengan tugasan pertama memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata JPA4U setakat ini dianggotai kira-kira 300 penjawat awam dan mereka memberi bantuan termasuk makanan, pakaian dan barangan keperluan asas.

"Hari ini kira-kira 30 sukarelawan JPA4U menghantar bantuan tersebut yang bernilai RM5,000 hasil derma anggota JPA di Putrajaya sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan JPA4U di sini Isnin.

Beliau berkata sebelum ini melalui gerakan awal JPA4U, bantuan makanan mula diagihkan kepada 250 buah keluarga di bandar Kemaman pada Rabu lepas.

Katanya pengumpulan dana mahupun barangan keperluan akan dilakukan secara berterusan bagi membantu mangsa banjir meneruskan kehidupan di pusat penempatan sementara.

Justeru beliau meminta semua ketua jabatan supaya menggalakkan sumbangan daripada kakitangan masing-masing.

"Sudah tentu jika banjir ini surut dan mangsa kembali ke rumah masing-masing, sumbangan seperti peralatan pesekolahan bagi anak-anak menjadi keutamaan selain keperluan lain," katanya.

Sumber:  BERNAMA

Jarumemas: Tangan yang memberi lebih daridari tangan yang menerima. 

Mangsa Banjir Di Pahang, Kelantan Menurun Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di Pahang dan Kelantan menurun pagi ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik namun keadaan tidak berubah bagi mangsa banjir di Terengganu.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh negeri ini berkurangan kepada 33,952 orang berbanding 35,502 orang malam tadi.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sehingga 9 pagi ini, kesemua mangsa daripada 10,328 keluarga itu ditempatkan di 141 pusat pemindahan dari 118 penempatan di sembilan daerah yang terjejas banjir.

"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 27,700 orang di 35 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.


Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Alhamdulillah semoga ALlah memberi kesabaran dan rahmatNya kepada semua mangsa dan para petugas yang membantu. 

SOP Lama Bantuan Kepada Mangsa Banjir Dikaji Semula - Ahmad Shabery

KEMAMAN, 9 Dis (Bernama) -- Beberapa prosedur operasi standard (SOP) lama membabitkan kemudahan yang disediakan kepada mangsa banjir akan dibentangkan kepada Kabinet untuk diteliti, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata SOP lama seperti penyediaan tikar kepada mangsa di pusat pemindahan perlu digantikan dengan pengagihan tilam nipis atau beg tidur pada masa hadapan bagi memastikan keselesaan mangsa yang ditempatkan di situ.

"Saya tak nafikan ada perkara yang boleh dipertingkatkan pada masa hadapan seperti sediakan tilam nipis yang boleh digulung, toto dan beg tidur dilihat amat praktikal dalam menggantikan SOP lama yang memberikan tikar kepada mangsa di pusat pemindahan.

"Selain itu, penyediaan khemah di pusat pemindahan juga kita akan teliti dan kaji. Kita bukan tolak cadangan ini, kita boleh pertimbangkan untuk dipraktikkan pada masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Rendah Sultan Ismail di sini Isnin.

Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Buatlah yang terbaik agar semua pihak mendapat manfaatnya.