Thursday, 20 June 2013

Dr Mahathir regrets Internet freedom

Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for Internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in the 13th general election.
The former prime minister said if he had the opportunity to do so again he would reconsider his decision to grant absolute freedom for the Internet when setting up the Multimedia Super Corridor (MSC) in 1996.
"When I headed the MSC, I was asked by an American woman whether we would block the Internet.
"I told her no, we will be very free... but now I will think twice about it," Dr Mahathir said at the closing of the CEO Forum 2013 at the Berjaya Times Square in Kuala Lumpur today.
Jarumemas: No one is perfect. His mistake is  very nominal compared to the changes to boost the  country is superb. 

Aedes mengganas


Kuala Lumpur: Ancaman nyamuk aedes makin meningkat dengan 11,485 kes denggi dilaporkan dari Januari hingga Ahad lalu membabitkan 23 kematian, iaitu pertambahan empat peratus berbanding 11,063 kes dengan 22 kematian bagi tempoh sama tahun lalu. 


Daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi membabitkan 4,999 kes dengan lima kematian, diikuti Johor, 1,421 kes dengan tujuh kematian dan Perak 857 kes.



Berdasarkan analisis 2003-2012, Kementerian Kesihatan merekodkan 876 kematian akibat denggi dengan rekod tertinggi pada 2010 membabitkan 134 kematian. 


Jarumemas: Sikap masyarakat kita yang kebanyakannya pengotor dan ambil mudah menyebabkan aedes sukar untuk dihapuskan. 

'Kaji semula akta perhimpunan aman'


Alor Setar: Kerajaan diminta mengkaji semula Akta Perhimpunan Aman 2012 supaya memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap tindakan penganjuran perhimpunan haram, termasuk Blackout 505 anjuran pembangkang. 

Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, Tan Keng Liang, berkata peruntukan hukuman lebih berat mengikut akta berkenaan disifatkan penting berikutan tindakan penganjur perhimpunan itu yang didakwa tidak gentar, selain berasa seolah-olah ‘kebal’ terhadap undang-undang. 


Beliau berkata, sehingga kini mengikut akta itu, hukuman yang dikenakan membabitkan denda berjumlah RM10,000 hingga RM20,000 dan ia ternyata tidak mampu menghentikan pembangkang daripada menganjurkan perhimpunan berkenaan. 


Jarumemas: Tindakan perlu diambil bukan setakat mengkaji dan ditambah sana sini. Akta sudah diperakukan oleh itu pelaksanaan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan. 

Kakitangan awam naik gaji 1 Julai


Kuala Lumpur: Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan.

Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini. 


Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan. 


Turut layak pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi kerajaan, pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, pegawai yang bercuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji serta pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.

Sumber: Berita Harian

Jarumemas: Selalunya  bila kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji, harga barang pun sama naik. Sama juga bila  dapat bonus, mulalah macam2  barangan dan perkhidmatan nak dinaikkan harga. Tetapi pihak swasta yang dapat bonus sampai 6 bulan gaji pun tak bising nak naikkan harga barangan dan perkhidmatan. 

Jerebu di Johor kian buruk


Johor Bahru: Keadaan jerebu yang semakin buruk di sekitar negeri ini menyebabkan sebahagian orang ramai yang banyak melakukan kerja luar dan di lapangan kini terjejas sehingga terpaksa menghentikan sementara tugas mereka. 

Selain itu, penjualan penutup hidung dan mulut di beberapa kawasan di negeri ini meningkat sehingga 100 peratus apabila beberapa farmasi serta kedai ubat kehabisan stok. 

Tinjauan BH di kawasan Gelang Patah, Nusajaya dan Muar yang teruk terjejas dengan jerebu mendapati orang ramai serta pekerja di kawasan berkenaan mulai memakai penutup hidung dan mulut. 



Malah, jarak penglihatan semakin terhad berbanding sebelum ini menyebabkan beberapa petugas termasuk pihak berkuasa di kawasan perairan kini terpaksa menghentikan sementara operasi rondaan.

Sumber: Berita Harian

Jarumemas: Rasanya jerebu ni makin teruk saban tahun. Pihak menteri janganlah hanya sibuk bermesyuarat untuk mengatasinya tetapi tindakan tiada. Jiran negara kita masih tetap membuat pembakaran terbuka. 

Wednesday, 19 June 2013

Rumah mampu milik jadi mahal?

SEORANG peserta dari Filipina dalam forum Projek Perumahan Mampu Milik Ke-4 di ibu negara baru-baru ini telah bangun bertanyakan soalan yang sebenarnya menjadi pertanyaan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau bertanyakan mengapa berlakunya masalah pemilikan rumah mampu milik di Malaysia, adakah perkara itu berpunca daripada kurang kesedaran mengenai pemilikan rumah, ketiadaan subsidi daripada kerajaan atau Malaysia tidak mempunyai syarikat pemaju yang mencukupi?


Salah seorang yang berada di pentas forum berkenaan adalah Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Prof. Datuk Dr. Kamarul Salleh, yang dengan tenang mencatatkan pertanyaan peserta dari Filipina itu dan memberikan penjelasan.


Beliau yang kemudian ditemui pemberita untuk penjelasan lanjut, memberitahu, masalah jurang besar antara penawaran dan permintaan rumah mampu milik melibatkan beberapa faktor lain sehingga menyebabkan harga pasaran rumah pada hari ini melambung begitu tinggi.Antaranya, trend pasaran hartanah yang dipengaruhi dengan polisi membenarkan warga asing memiliki hartanah bernilai RM500,000 sehingga menyebabkan pemaju lebih yakin untuk membina rumah mewah yang sebelum ini hanya disasarkan kepada golongan berpendapatan tinggi di Malaysia.

Selain itu, kekurangan projek pembinaan rumah mampu milik secara besar-besaran juga berlaku kerana kenaikan harga bahan binaan sebagaimana yang dilihat semasa krisis kenaikan harga minyak dunia pada tahun 2008.

"Bagaimanapun, keadaan yang berlaku sekarang adalah tidak seimbang, kenaikan tahunan pendapatan rakyat Malaysia masih kecil tetapi harga rumah telah naik dengan begitu tinggi dan cukup dahsyat," katanya.
Masalah kenaikan mendadak harga rumah di negara ini begitu serius sehingga walaupun had pinjaman perumahan dinaikkan, golongan berpendapatan sederhana tetap tidak mampu memiliki hartanah itu.



Sumber: Utusan Malaysia

Jarumemas: Ada rakyat yang berpendapat bahawa pihak pemaju lebih mementingkan laba daripada memeikirkan kebajikan rakyat negara sendiri. Pemaju lebih suka membina rumah untuk orang luar negara kerana pulangannya  berlipat kali ganda, sedangkan rakyat sendiri menggigit jari melihat rumah orang kaya luar negara yang dibeli di Malaysia. 

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

LANGKAH Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mengkaji semula status lesen penjaja yang dimiliki warga asing di sekitar ibu negara amat perlu ketika kehadiran mereka jelas terlalu ramai. Lesen-lesen terbabit dipercayai diperoleh daripada pemilik peniaga tempatan, sedangkan pihak berkuasa tidak mengeluarkan lesen untuk mereka.

Jika kita melangkah ke Chow Kit dan Petaling Street misalnya, suasana ‘kawasan perniagaan asing’ cukup dirasai, dan tidak keterlaluan seolah-oleh kita berada di luar negara.

Oleh itu suasana tersebut perlu diubah. Ia demi memastikan perniagaan kategori itu dapat diisi oleh penduduk tempatan.

Ini bermakna pihak berkuasa perlu meneliti syarat pemilikan lesen supaya ia tidak disalahgunakan sehingga boleh bertukar tengan kepada orang asing. Kita percaya langkah menjual lesen perniagaan kepada orang asing adalah kaedah mudah untuk membuat untung singkat tetapi dalam jangka masa panjang ia menjejaskan banyak perkara termasuklah peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Peranan persatuan penjaja dan peniaga kecil cukup penting dalam memastikan soal pemilikan lesen niaga tidak disalahgunakan. Malahan persatuan-persatuan itu perlu membantu pihak berkuasa membanteras penyalahgunaan lesen tersebut.

Apa yang berlaku di ibu negara itu, perlu menjadi iktibar di bandar-bandar lain di seluruh negara. Tindakan serupa perlu dilakukan walaupun masalah itu mungkin belum serius kerana ia mungkin sukar diatasi jika keadaan sudah berleluasa.

Biarlah lesen perniagaan kecil dan penjaja benar-benar diberikan kepada warga tempatan untuk mencari rezeki secara betul, bukannya untuk mengaut untung singkat.

AWANG - Sokong.



Sumber: Utusan Malaysia

Jarumemas: Kebanyakan rakyat kita suka mengali-babakan perniagaan mereka. Yang kaya raya  'ali baba'. Sebenarnya kita yang mengayakan mereka sedangkan kita hanya makan tulang sahaja.