Monday, 21 January 2013

Aziz Bari: BN, Raja-raja perlu minta penjelasan Dr M

Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ketika pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.

Katanya, parti BN dan Majlis Raja-Raja perlu meminta penjelasan Mahathir kerana cadangan tersebut  bermaksud bahawa golongan terbabit menerima kerakyatan itu dengan cara tidak sah.

"Lucu sekali, Mahathir, dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri bagaimanapun menyusahkan Umno.

"Bila dia kata Tunku melakukan jenayah yang sama, dia sebenarnya menjejaskan konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India.

“Umno, MCA dan MIC tidak harus berdiam diri. Mereka perlu nyatakan pendirian. Mahathir  secara tidak langsung menyatakan bahawa orang Cina dan India mendapat kerakyatan secara tidak bermoral dan tidak sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jarumemas: Rasanya kenyataan Tun telah disalahtafsirkan.

Pairin: Beri ruang prosiding RCI sebelum buat penilaian

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta semua pihak memberi ruang kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menjalankan tugas menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah sebelum membuat penilaian.

Ini katanya bagi memastikan prosiding berjalan lancar mengikut terma yang ditetapkan kerajaan.

"Menurut amalan biasa, maklumat data haruslah dari saksi-saksi, selepas itu baru kita lihat apakah yang semua telah dikeluarkan, baru kita akan buat penilaian yang lebih bijak daripada sekarang," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah, mengulas mengenai RCI yang mengakhiri pendengaran awam pertamanya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat lepas.

Lanjut....

Jarumemas: Tanganilah masalah pendatang asing tanpa izin ini secara tuntas kerana masalah ini sudah menjadi duri dalam daging pada rakyat tempatan.

Kenyataan rasis Dr M bakal hancurkan BN, kata anak Samy Vellu

KUALA LUMPUR, 20 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur perkauman kerana ia bakal memusnahkan imej Barisan Nasional (BN) yang cuba dipulihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pengarah Strategik MIC S Vell Paari.

Anak kepada bekas menteri Kabinet Datuk Seri S Samy Vellu itu menegaskan, tindakan bekas perdana menteri itu mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman hanya akan memberikan kesan negatif kepada pentadbiran Najib kerana kenataan-kenyataan Dr Mahathir akan menjadi “back-fire” kepada BN.

“Kenyataan Dr Mahathir yang bersifat perkauman akan hanya menjadi ‘back-fire’ buat BN, beliau langsung tidak membantu (BN),” kata Vell Pari  apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Lanjut....

Jarumemas: Jangan jadi seperti melepaskan anjing tersepit.

Monday, 14 January 2013

Himpunan polis buka kertas siasatan berhubung langgar syarat

KUALA LUMPUR, 13 Jan —Polis hari ini membuka kertas siasatan berhubung pelanggaran tiga syarat perhimpunan yang berlangsung di Stadium Merdeka, di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis akan menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta memanggil beberapa individu. 

Melalui rakaman CCTV, polis ada bukti penganjur melanggar syarat yang ditetapkan, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini. 

Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang. Syarat terbabit adalah antara 27 yang dipersetujui penganjur dan polis, mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012. Mengulas lanjut, Zainuddin berkata rakaman CCTV antara lain menunjukkan ada ibu bapa membawa anak-anak kecil ke perhimpunan itu yang dianggar polis disertai 45,000 orang. 

Sementara itu, pemilik stadium, Merdeka Heritage Trust ketika dihubungi Bernama, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung keadaan stadium selepas perhimpuan semalam tidak lama lagi. Merdeka Heritage Trust merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad. — Bernama

Jarumemas: Kesal kanak-kanak dijadikan perisai demi nafsu amarah!!!

Perebutan undi tentera untuk PRU 13

KUALA LUMPUR, 14 Jan — PKR merancang untuk mendapatkan 250,000 undi dari kem tentera dan berek polis seluruh negara yang selalunya mengundi untuk Barisan Nasional (BN), melihat kepada demografi sebagai kunci kemungkinan untuk menang dalam pilihan raya 2013. 

Pakatan Rakyat (PR) berharap dapat menggunakan isu terkini unit beruniform tersebut untuk “mendidik” pihak tentera mengenai perkara yang memberi impak kepada mereka, seperti perjanjian kontroversi kerajaan mengenai ketenteraan dan yang terbaru, apabila dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digunakan untuk membeli syarikat penjual permaidani Deepak Jaikishan.

“Isu yang kini melibatkan Deepak dan LTAT, saya percaya ia harus disuarakan dengan lantang supaya tentera dapat memahami apa yang kerajaan buat dengan wang mereka,” kata ketua strategi pilihan raya PKR Mohamed Azmin Ali kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara.

Beliau berkata, tidak mustahil untuk PKR melancarkan kempennya ke balai polis, kem tentera laut atau mana-mana kem, tetapi menjelaskan akhirnya parti tersebut mempunyai beberapa ahli dari pegawai tentera dari pelbagai pangkat.


Jarumemas: Desperado!!!

DAP jangka Parlimen bubar lepas Tahun Baru Cina

DAP menjangka Parlimen akan dibubarkan dalam tempoh selepas sambutan Tahun Baru Cina dan selepas penggal DUN Negeri Sembilan berakhir pada 27 Mac.

MP DAP Liew Chin Tong dalam tulisannya di Facebook menjangka, pembubaran itu akan berlaku di antara 25 Februari dan 27 Mac.

"25 Februari kerana 24 Februari adalah hari terakhir Tahun Baru Cina. Parti komponen BN alami kesukaran ketika Parlimen dibubarkan pada hari ketujuh Tahun Baru Cina, iaitu 13 Februari 2008. Najib cenderung untuk mengelakkan perkara itu.

"Ada  juga cakap-cakap yang mengatakan bahawa hari membuang undi di luar (tempoh) cuti sekolah di akhir Mac untuk mengelakkan penduduk bandar pulang ke kampung untuk mengundi," katanya dalam tulisan itu.

Jangkaan Liew mungkin tidak jauh tersasar memandangkan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada minggu lalu turut menimbulkan mengenai tarikh pembubaran berkenaan.


Jarumemas: Buang undi di mana ya?

PAS: Terjemah 'God' kepada 'Allah' bawa kekeliruan

Majlis Syura Ulama PAS memutuskan untuk mencegah penggunaan kalimah 'Allah' sebagai terjemahan kepada perkataan 'God' atau 'Lord' dari kitab agama bukan Islam.

Satu kenyataan PAS menyebut, perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat majlis berkenaan yang dipengerusikan mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam tadi.

"...Menterjemah kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan 'Allah' tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salahguna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kenyataan itu dipetik.

Lanjut....

Jarumemas: Dah beralih pulak eknayataan Nik Aziz?