Tuesday, 18 December 2012

Ideologi ‘Malaysian Malaysia’ DAP retorik semata-mata, kata Tunku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata parti tersebut masih belum bersedia menerima orang Melayu dan menafikan beliau menjadi punca kekalahan calon-calon Melayu dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hujung minggu lalu.

Menurut Tunku Abdul Aziz, ideologi ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan DAP hanyalah retorik semata-mata.

“DAP masih belum bersedia untuk terima Melayu dalam kepimpinan parti mereka. Apa yang dikatakan hanya cakap-cakap kosong sahaja.

“Tidak perlu tipu orang lagi khususnya orang Melayu. Orang Melayu tidak bodoh.  Memang tidak ada Malaysian Malaysia itu,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Beliau menafikan kenyataan Zulkifli Mohd Noor dirinya menjadi punca kekalahan calon-calon Melayu dalam pemilihan CEC.


Jarumemas: Tidak menyokong sama sekali Malaysian Malaysia. Apa lagi yang tak cukup di Malaysia ini? Selama ini kita saling berkongsi kekayaan dan kesejahteraan negara. Semua pihak dapat hak masing-masing dengan adil. Hanya dasar komunis saja yang menyamaratakan segala-galanya. Malaysian Malaysia bukan begitu ke?

Putrajaya pertimbang bekukan AES kerana bertindih dengan sistem saman polis

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Putrajaya mempertimbangkan untuk membekukan pelaksanaan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya, menurut sumber.

Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.

Pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang hadlaju, berkata mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek denda dua kali bagi pemandu ingkar.

“Kerajaan sedang mempertimbangkan membekukan pelaksanaan AES disebabkan pertindihan sistem saman. Ini akan menyebabkan kesusahan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Berita lanjut....

Jarumemas: Sambut baik langkah ini. Tetapi pengguna jangan pula masih tidak berhemah dalam pemanduan mereka.

Monday, 17 December 2012

Pang Chau jangan jadi kadak rukas junjung — Mohd Sayuti Omar

17 DIS — Tindakan dan cara Hu Pang Chau berperanan sebagai pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pusat PAS (DHPPP) dengan menimbulkan isu-isu kurang wajar dalam usaha membela masyarakat Cina di Kelantan saya merasakan ia seperti lebih hingus dari hidung.

Pang Chau tidak perlu merasakan dia penting dan perlu meletakkan diri sebagai penanggungjawab utama mengenai nasib orang Cina di Kelantan. Nasi orang Cina di Kelantan sudah terbela sejak lama dulu, sebelum Pang Chau bertindak menyokong PAS lagi.

Sewaktu dia aktif dalam parti politik yang berkawan dengan Umno menerusi BN, PAS sudah pun berlaku adil ke atas orang Cina. PAS memerintah Kelantan bukan saja dalam tempoh 22 tahun ini tetapi sejak tahun 1959 hingga 1978 lagi selama 18 tahun.

Dalam tempoh 40 tahun itu belum ada orang Cina teraniaya di Kelantan. Makanya Pang Chau tidak boleh mendabik dada kononnya dia adalah hero kepada orang Cina. Bahkan beberapa orang Cina Kelantan telah mencipta nama di peringkat pusat sampai ada yang menjadi menteri.

Itu menteri Pelancungan, Yen Yen adalah Cina Kelantan dan mendapat biasiwa dari Kerajaan Kelantan. Pang Chau kenal ingat dan baca sejarah ini. Kalau nasib Cina terabai dan tidak dipedulikan masakan Yen Yen mendapat biasiswa semasa menuntut di Universiti Malaya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Lebih sudu dari kuah.

Melayu DAP melukut tepian gantang — Anuar Mohd Nor

17 DIS — Melayu DAP dapat apa? Akhirnya ruangan Melayu dalam DAP ditutup sama sekali.
Benar mereka memilih tetapi pemilihan egois Cina dalam DAP masih tidak dapat menerima Melayu sebagai kepimpinan tertinggi mereka.

Apa yang perlu kita katakan adalah akar umbi DAP adalah egois Cina dan tidak akan memberi ruangan untuk kepimpinan Melayu.

Mungkin kita tidak sedar — inilah sebenarnya yang selalu kita katakan — adakah kita mempunyai tempat sekiranya Pakatan Rakyat yang mempunyai pendekatan liberalisme baik dalam agama — mahupun kononnya demokratik menolak politik perkauman tetapi tidak menunjukkan ciri-ciri terbebas dari politik perkauman.

Dalam pada itu dengan sikap perkauman yang egois dan menutup ruangan kepimpinan Melayu dalam DAP — Melayu dalam DAP hanya melukut tepian gantang.

Apa harus kita pesan kepada Melayu yang menyokong perjuangan DAP sehingga ada yang bercita-cita mahu menyertai DAP untuk mendapat tempat bertanding PRU 13 sahaja.

Sekali lagi melukut Melayu di tepian gantang atau dalam perasaan jujur — dipinggirkan oleh ahli Cina DAP.
Hari ini Melayu seperti Ahmad Ton, Ariffin Omar, Sulaiman Syed Ibrahim, Tengku Zulpuri dan Zairil Khir Johari — adalah kepimpinan Melayu DAP yang melukut dan melutut — mengadu nasib kepada ahli DAP yang cauvinis itu.

Lenyaplah mereka, Melayu yang kononnya menghargai perjuangan parti Cina yang bongkak dalam memperjuangkan apa yang dikatakan keadilan dan demokrasi.

Jujur — Melayu dalam DAP hanya umpama lipas dan nyamuk kecil yang tidak ada makna pada ahli DAP kecuali mereka terpengaruh bahawa mereka hebat.

Inilah contoh Melayu yang kononnya nampak DAP memperjuangkan demokrasi dan keadilan tapi pincang begitu sahaja oleh hulubalang Umno. — umno-reform2.com

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Sedar-sedarlah diri orang Melayu dalam DAP. Bawalah muhasabah diri dan renungkanlah apa yang telah anda dapati bersekongkol dengan DAP. Bangunlah perjuangkan nasib orang Melayu keseluruhannya. 

PAS: Tiada kerusi tambahan bagi DAP di Selangor

SHAH ALAM, 16 Dis – PAS Selangor bertegas tiada kerusi tambahan di negeri ini yang akan diberikan kepada DAP, kata timbalan pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad.

Menurutnya, Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini sudah berbincang dan mendapat keputusan sebulat suara mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh setiap parti dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang.

“Pembahagian kerusi untuk PRU 13 di negeri ini sudah 99 peratus selesai, kerusi di tempat lama tidak banyak perubahan dan kekalkan status quo macam dulu.

“Sekarang tinggal enam minggu lagi, kami fokus untuk menang, bukan waktu untuk bergaduh sesama calon merebut kerusi,” kata ahli dewan undangan negeri (Adun) Cempaka itu dipetik dari Sinar Harian Online.


Jarumemas: Pas nak balas dendam ke dengan DAP? Jangan jadi si Luncai yang terjun dengan labu-labunya....

Untuk faham ekonomi, tanya suri rumah

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Siapa yang lebih baik daripada separuh pasangan wanita untuk mengetahui turun naiknya ekonomi?

Mungkin majoriti suami adalah mereka yang menanggung beban kewangan namun isteri dan ibu yang merasakannya sebelum pasangan mereka. Mereka menguruskan yuran sekolah, barangan keperluan harian, gaji pembantu rumah, dan serta-merta mengetahui bila caj elektrik naik.

The Malaysian Insider menjalankan kaji selidik rawak dalam kalangan kenalan dan rakan-rakan, berumur antara 30-40, dan berpendidikan, dan sama ada bekerja dari rumah.

Belanjawan adalah pertarungan berterusan walaupun sesetengahnya datang daripada keluarga kelas pertengahan tinggi. Sesetengahnya merupakan golongan profesional, bekerja sendiri, mahupun suri rumah sepenuh masa.

Perkara pertama yang menjelma di minda adalah kualiti dan kos pendidikan di negara ini. Mereka semua mengakui pendidikan yang berkemampuan adalah dengan menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan, namun aktiviti selepas sekolah dan tuisyen boleh menyusutkan poket. Mesti akan ada yang perlu dibayar, dan atas harga apa apabila mereka merasakan sistem pendidikan telah jatuh dengan drastik daripada persekolahan mereka?


Jarumemas: Menarik untuk difikirkan dan diberikan perhatian selanjutnya oleh pihak berkenaan.

Kerajaan Selangor kaji semula kenaikan cukai pintu

SHAH ALAM, 16 Dis — Kerajaan Selangor akan mengkaji semula kenaikan kadar cukai pintu terhadap penduduk Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang, yang didakwa membebankan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya akan berbincang dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung perkara itu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

“Namun, kita akan berbincang dengan MBSA dalam waktu terdekat bagi meneliti perkara ini... perkara yang difikirkan perlu dibuat, kita akan laksanakan supaya kadar itu dilihat tidak membebankan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis untuk golongan belia di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, pihaknya perlu membuat penilaian berdasarkan prosedur mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Langkah itu perlu agar ia juga tidak memberi masalah kepada MBSA dalam memberi penilaian semula terhadap cukai berkenaan,” katanya.

Semalam, Pengerusi MCA Bahagian Subang Lee Wei Kiat berkata kenaikan kadar cukai sehingga 10 kali ganda terhadap penduduk di dua kawasan itu adalah keterlaluan dan meminta ia ditarik balik.

Lee berkata rata-rata penduduk turut mempersoal rasional di sebalik kenaikan itu sedangkan perkhidmatan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) didakwa tidak memuaskan. — Bernama

Jarumemas: Kerana kepentingan politik ke baru nak kaji?