Monday, 17 December 2012

Pak Lah: Melayu boleh berjaya tanpa perniagaan haram

SUBANG JAYA, 16 Dis ― Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menepis dakwaan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mengatakan larangan dalam Islam menghalang kejayaan Melayu, sebaliknya beliau menegaskan agama bukanlah penghalang kepada kejayaan individu.

Veteran Umno yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah itu menjelaskan pembaharuan dilaksanakannya terhadap Islam ketika pemerintahannya, dilihat sedih dengan tindakan Datuk Ibrahim Ali menggunakan agama bagi mengukuhkan tindakan affirmatif.

Ibrahim sebelum ini pernah berada di dalam Ahli Majlis Tertinggi Umno bersama Pak Lah, namun dipecat pada November 2003 dan keahliannya dilucutkan.

“Apa lah, itu yang dia nak ambil jadi satu hujah pula.

“Kita jangan katakan kalau itu maka kita tak boleh berniaga ... Tak bermakna kita tak boleh jadi usahawan.

Berita lanjut....

Jarumemas: Persoalannya  ingatlah Allah kerana setiap perbuatan kita akan dilihatNya.

Anwar sandarkan sokongan kepada DAP di P. Pinang menjelang PRU

NIBONG TEBAL, 16 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyandarkan sokongannya kepada DAP untuk terus memimpin Pulau Pinang menjelang pilihan raya umum (PRU) walaupun tidak disenangi oleh penduduk Melayu tempatan, sambil berkata beliau lebih rela menjadi “alat Cina” DAP daripada bekerja dengan MCA.

Perkara tersebut dinyatakan Anwar dalam sebuah ceramah besar semalam di negeri kepulauan tersebut selepas Barisan Nasional (BN) mendapat kembali keyakinan memenangi semula 17 kerusi dewan undangan negeri (Dun) dan peluang sama rata di lima negeri lain milik Pakatan Rakyat (PR).

Umno dan BN ketika ini memiliki 11 kerusi manakala selebihnya daripada 40 kerusi Dun adalah milik PR.
“Mereka boleh kata Anwar telah jadi alat Cina. Jadi apa masalahnya?

“Lebih bagus saya baik dengan Lim, yang jauh lebih baik daripada Chua tetapi jika kamu mahu memilih Chua, silalah teruskan. Saya lebih rela memilih pemimpin Cina dalam PKR dan DAP,” kata Anwar kepada ribuan yang merujuk kepada rakannya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan musuh mereka presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.


Jarumemas: Mengapa suka memperalat dan diperalatkan? Janganlah kerana kepentingan diri maka sanggup negara dan maruah orang Melayu digadai....

BN, PR sepakat lupakan tragedi 13 Mei

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Pemimpin politik daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) hari ini sepakat untuk melupakan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Mereka malah menegur Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana itu hanya akan menyebabkan hubungan antara kaum di negara ini terganggu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, pemimpin kedua-dua parti politik tersebut menasihati Ibrahim agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ia bakal mengguris perasaan sesetengah kaum.

“Kadangkala, sahabat saya Ibrahim Ali, beliau ketinggalan ... Seperti tertinggal daripada dunia moden,” kata Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung, kepada The Malaysian Insider.

Berita lanjut....

Jarumemas: Semasa tregedi 13 Mei 1969, teman cukup takut. Bimbang akan keselamatan arwah ayah yang terpaksa pergi bekerja dengan mengayuh basikal. Masih teringat arwah ayah letak parang panjang bawah katil. Nak keluar ke laman rumah pun tak berani pada masa itu.

DAP lantik dua pemimpin Melayu anggotai CEC

GEORGE TOWN, 16 Dis — Dua pemimpin Melayu dilantik secara terussebagai anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) hari ini walaupun tiada seorang daripada enam calon berjaya menang.

Senator Dr Ariffin SM Omar dan pendatang baru Zairil Khir Johari  antara 10 orang yang dilantik secara terus ke dalam jawatankuasa tertinggi itu.

Semasa mengumumkan barisan CEC yang baru tersebut, yang kebanyakkan hampir sama seperti terdahulu, setiausaha agung Lim Guan Eng berkata kesemua 20 ahli sepakat dalam perlantikkan kepimpinan jawatankuasa pagi tadi.

Lima ahli lain yang dilantik terus ke dalam CEC adalah Dr Tan Seng Giaw, Dr P Ramasamy, Jimmy Wong Sze Phin, Dr John Brian Anthony, Dr Edwin Bosi, Leong Nga Nga, V.Sivakumar dan Thomas Su Keong Siong.


Jarumemas: Melayu masih tak nampak lagi ke apa yang DAP buat? Masih nak sekongkol lagi?

Friday, 14 December 2012

Perubahan tidak akan jadikan anda kurang ciri kemelayuan — Tun Mahathir

PUTRAJAYA, 12 Dis — Orang Melayu di negara ini perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan memberi penekanan terhadap sistem nilai kerja keras, jujur dan disiplin sebagai kunci untuk berjaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu mengaku selama menjadi perdana menteri bagi tempoh 22 tahun, beliau telah gagal untuk menukar cara berfikir orang Melayu
“Mengubah karakter orang Melayu adalah tugas yang amat sukar.

Bagaimanapun, saya tidak gagal 100 peratus. Saya tetap berjaya mengubah cara berfikir, banyak juga orang Melayu kini sudah berjaya.

“Saya percaya kejayaan atau kegagalan seseorang itu, masyarakat dan negara adalah bersandarkan kepada sistem nilai.

Jika sistem nilai sesebuah masyarakat itu mengutamakan kerja keras, jujur dan disiplin, dengan itu, ini adalah tiga perkara yang akan menjadikan anda berjaya.


“Sebab itu kenapa, saya cuba menjelaskan kenapa anda perlu berubah, dan ini tidak akan menjadikan anda kurang ciri keMelayuan, hanya kerana anda bekerja keras, bersikap jujur dan berdisiplin,” katanya pada Siri Syarahan Perdana ke-15 bertajuk ‘Masa Depan Tindakan Afirmatif’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sehinggalah orang itu mengubah nasibnya sendiri.

Ahli MPR Indonesia akan hantar surat bantahan kepada Najib berhubung penghinaan terhadap Habibie

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), sebuah badan perundangan Indonesia akan menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengkritik kenyataan bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin kerana menggelar bekas presiden mereka, B.J. Habibie sebagai “anjing imperialis”.

Perwakilan MPR mengambil sikap tegas di atas kenyataan Zainuddin, yang menambahkan ketegangan di antara kedua-dua negara.

Speaker MPR, Pramono Anung dilaporkan oleh Jakarta Globe hari ini bahawa bekas menteri penerangan itu harus mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan baik dan penuh kesopanan.

Beliau juga memberi amaran kenyataan sedemikian mungkin menjejaskan hubungan Kuala Lumpur-Jakarta.
“Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia, kita membantah kenyataannya.

Berita lanjut...

Jarumemas: Budi bahasa tidak boleh dijual beli....

Tengku Razaleigh serah pencalonannya kepada pucuk pimpinan BN

GUA MUSANG, 13 Dis — Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengambil pendirian menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau berkata pucuk pimpinan di Kuala Lumpur sahaja yang boleh membuat sebarang keputusan tetapi walau apapun keputusan, beliau tetap akan bekerja kuat sepanjang masa untuk menentukan kemenangan BN.

“Saya tidak mempunyai kuasa bagi menentukan soal calon termasuk diri saya dan terserahlah kepada pucuk pimpinan atasan yang membuat keputusannya bagi menghadapi PRU-13 nanti,” kata Tengku Razaleigh  ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Pengundi Wanita di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini, hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas...yang tua dihormati, yang  muda disayangi.