GEORGE TOWN, 13 Dec — Perwakilan DAP digesa mengundi sekurang-kurangnya
lima calon Melayu ketika Kongres Nasional DAP hujung minggu ini.
"Sejumlah lapan calon dijangka bertanding dalam pemilihan parti
hujung minggu ini .. jadi kami mengharapkan perwakilan akan mengundi
sekurang-kurangnya lima calon Melayu untuk jawatan di peringkat
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP," kata Presiden Kongres
Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak.
Jelas beliau, CEC perlu mempunyai sejumlah wakil Melayu untuk
membuktikan kepada orang ramai bahawa parti berkenaan benar-benar sebuah
parti pelbagai kaum.
"Jika DAP mahu memastikan ia tidak dilabel sebagai parti anti Melayu,
perwakilan perlu memastikan calon Melayu dipilih ... bukan sekadar
dilantik selepas pemilihan parti, " katanya.
Rahmad berkata, DAP memerlukan ramai pemimpin Melayu dalam CEC,
tetapi bukannya seperti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dilantik
menganggotai CEC sebagai timbalan presiden, namun meninggalkan parti
tersebut.
"Kami tidak mahu Melayu yang tidak melaksanakan apa-apa unutuk Melayu
seperti Tunku Abdul Aziz, yang tidak memberikan apa-apa sumbangan
kepada komuniti Melayu selepas dilantik menyertai CEC," katanya lagi.
Berita lanjut....
Jarumemas: DAP memang rasis. Kalau ambil orang Melayu masuk dalam parti pun kesudahannya orang itu hanya jadi pak turut saja.
Friday, 14 December 2012
SKMM harus kemuka bidaan spektrum 4G, bukan hanya terus memilih Syed Mokhtar
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) seharusnya membuka bidaan terhadap spektrum 4G, dan bukannya
terus memilih untuk memenuhkan poket sesebuah syarikat, kata ahli
Parlimen pembangkang hari ini.
Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menegaskan di sini bahawa pengatur
sepatutnya mengemukakan bidaan spektrum 4G-LTE jalur lebar, daripada
terus memberikan kepada hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga turut menyindir Pengerusi
SKMM Datuk Mohd Sharil Tarmizi kerana mendakwa pemberian 40MHz kepada
syarikat Puncak, adalah untuk “memperkenalkan persaingan tambahan”,
berkata penjelasan beliau mencabar logik seperti lapan pemain sedia ada
dalam industri seharusnya mencukupi untuk menjana persekitaran yang
sangat kompetitif.
“Mengikut piawaian antarabangsa, lapan pemain adalah lebih daripada mencukupi untuk menjana persekitaran yang sangat kompetitif.
“Kebanyakan negara-negara maju lain jauh lebih kurang daripada lapan
pemain dalam industri, tetapi kekal sangat berdaya saing dan inovatif,”
katanya dalam satu kenyataan di sini.
Jarumemas: Dalam perniagaan siapa yang benar-benar menunjukkan kemampuan dan keikhlasanya akan mendapat peluang yang lebih besar. Teman percaya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang yang tulus, ikhlas dan tidak mengamalkan rasuah untuk mendapatkan satu-satu peluang perniagaan. Jadi, kenapa nak marah sangat bila beliau mendapat habuan yang lumayan kerana banyak pihak tahu siapa dan bagaimana beliau menguruskan perniagaannya.
SU Agung: PKR wajibkan calon, pimpinan gunakan Facebook, Twitter dalam retreat hari ini
PETALING JAYA, 13 Dis — PKR akan mewajibkan kesemua bakal calon dan
pemimpin parti tersebut untuk menggunakan media sosial seperti Facebook
dan Twitter dalam perjumpaan (retreat) yang diadakan selama dua hari bermula hari ini, kata setiausaha agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Langkah ini bertujuan agar pemimpin parti tersebut dapat berinteraksi dengan pengguna media sosial yang semakin meningkat terutamanya dikalangan anak- anak muda.
“Besok (hari ini) dalam retreat (perjumpaan) parti, kita akan menjadikan penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter sebagai satu kewajiban kepada semua pemimpin parti.
“Kerana, sama ada ianya pengundi bandar lebih-lebih lagi, semi urban, dan juga kawasan pendalaman, macam kawasan Machang umpamanya, 55,000 pengundi saya.
Berita lanjut....
Jarumemas: UMNO dan BN juga perlu berbuat perkara yang sama jika mahu menangi hati pengundi.

Ada rancangan untuk gulingkan saya, kata Karpal
KUALA LUMPUR, 14 Dis — Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mendakwa
terdapat rancangan untuk menggulingkan dirinya dalam konvensyen DAP ke
16 yang bermula hari ini.
“Saya juga mengetahui rancangan untuk menggulingkan saya.
“Tetapi saya tidak takut, saya telah membuktikan diri saya dan rekod saya bercakap untuk dirinya sendiri,” kata beliau dipetik dari Sinar Harian Online.
Berita lanjut....
Jarumemas: Datang tak dijemput, keluar bukan dihalau......

Lynas bakal hilang lesen jika tidak pindah sisa
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Pelombong Australia Lynas mungkin hilang Lesen
Operasi Sementara (TOL) jika gagal memindahkan semua sisa dan bahan
sampingan produk daripada penapisan nadir bumi kontroversi di Kuantan,
menurut Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).
Jurucakap daripada perundangan memberitahu The Malaysian Insider minggu ini bahawa kegagalan mematuhi syarat tersebut yang diikat secara sah mungkin memaksa AELB menggantung lesen mereka.
Semalam, Kabinet menyokong kenyataan kementerian yang dikeluarkan awal minggu ini yang menyuruh Lynas untuk memastikan semua sisa dan bahan sampingan produk dipindahkan keluar daripada negara ini.
Kenyataan dari Putrajaya itu dikeluarkan selepas pengerus eksekutif Lynas Nicholas Curtis berkata lesen operasi syarikat tersebut tidak memerlukan mereka menghantar keluar sebarang sisa di Malaysia daripada kilang di Kuantan, Pahang.
Curtis juga berkata Lynas akan meneruskan pelannya untuk membangunkan kemudahan pelupusan kekal (PDF) walaupun bahan merbahaya tersebut mendapat tentangan kuat.
Lynas kini dalam kedudukan sukar malahan Curtis juga berkata Malaysia melayan pelombong sebagai "bola sepak politik" memandangkan pilihan raya bakal diadakan tidak lama lagi.
Jurucakap tersebut juga memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka hanya berminat untuk mengetahui sisa tersebut dikeluarkan daripada loji di Kuantan dan tidak kisah tentang ke negara mana ia akan dieksport.
Berita lanjut....
Jarumemas: Teringat peristiwa Chernobyll...

Belia cenderung memilih parti berbilang kaum, tinjauan penyelidik
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Hasil kaji selidik oleh badan bukan kerajaan The
Asia Foundation (TAF) mendapati majoriti belia di Malaysia lebih
cenderung memilih parti berbilang kaum berbanding parti berteraskan kaum
ataupun agama.
Dalam pembentangan laporan "The Youth Factor 2012" hari ini, panel penyelidik membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan dari 13 April hingga 9 Jun 2012 tersebut dan melibatkan seramai 2,105 belia di seluruh negara secara bersemuka.
Kajian bersama Taylor Nelson Sofres Malaysia (TNS) itu dijalankan ke atas rakyat Malaysia berumur lingkungan 17 tahun hingga 35 tahun.
Dalam laporan tersebut, sebanyak 71 peratus belia di Malaysia memilih parti politik yang mewakil kepentingan semua kaum tanpa memilih agama, manakala 11 peratus belia memilih parti berasaskan kaum dan 14 peratus lagi memilih parti agama yang mereka anuti.
"Perkara ini sesuatu yang positif, ia memperlihatkan rakyat Malaysia khususnya belia telah bergerak ke arah perpaduan negara," kata Nur Azrina Azhar,35, salah seorang penyelidik apabila ditanya oleh The Malaysian Insider.
Berita lanjut...
Jarumemas: Pandangan orang muda zaman sekarang memang berbeza. Kita terpaksa menari mengikut rentak tarian mereka jika mahukan sokongan mereka.

Mustafa Ali akui insiden di Kelantan menjejaskan peluang Pakatan
KUALA LUMPUR, 14 Dis — Isu saman “kelakuan kurang sopan” ke atas
pasangan bukan Islam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan
berkemungkinan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan
raya umum (PRU) akan datang, kata Datuk Mustafa Ali.
Setiausaha agung PAS itu mengakui tempias akan dirasai oleh PR
menjelang pilihan raya umum ke (PRU) 13 yang akan berlangsung tidak lama
lagi.
“Saya tidak boleh kata langsung tidak memberikan kesan kepada pengundi bukan Islam,” kata Mustafa kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah. “Ia mungkin ada beri kesan.”

Jarumemas: Orang-orang tua dulu berpesan, jika hendak membuat sesuatu perkara, perlulah difikirkan semasak-masaknya sebelum bertindak kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah jadinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)