Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun terdapat
perbezaan politik di Malaysia, ia tidak menjejas kestabilan dan
pembangunan negara.
Malah keadaan ini membenarkan kerajaan yang
dipilih membangunkan negara ini dalam tempoh 55 tahun sehingga lebih
baik dan mencapai kemajuan ekonomi menakjubkan berbanding negara yang
mencapai kemerdekaan sama dengan Malaysia, katanya.
"Walaupun
kita (kerajaan) marah kepada parti lawan (pembangkang) dan parti lawan
marah kepada kita, tapi ia tidak sampai tahap nak tembak bunuh. Itu
bukan budaya kita.
"Oleh itu, kita harus kekalkan. Kalau ada
masalah, kita berbincang dan berdebat dalam Parlimen," katanya pada
majlis makan malam merai tiga anggota Dewan Negara yang tamat tempoh
lantikan di Bangunan Parlimen malam ini.
Mereka ialah Dr
Ramakrishnan Suppiah (DAP), Dr Syed Husin Ali (PKR) dan Datuk Maijol
Mahap, bekas Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut
Bersatu (UPKO) yang mengumumkan keluar parti itu dan BN pada Ogos lepas
bagi menyertai pembangkang.
Mereka dilantik selama sepenggal, iaitu sejak 2009.
Dr
Mahathir juga berkata ini berbeza dengan beberapa negara lain yang
menyaksikan pergaduhan serta pembunuhan berlaku dalam Parlimen hanya
kerana perbezaan pendapat politik.
"Atas faktor itu, rakyat
Malaysia harus bersyukur dengan keamanan yang dikecapi dan perlu
mengekalkan momentum kedamaian itu," katanya.
Turut hadir isteri
Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Yang Dipertua Dewan Negara Tan
Sri Abu Zahar Ujang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar
Amin Mulia.
- Bernama
Jarumemas: Sewajarnya setiap kita memelihara keamanan dan kestabilan negara daripada runtuh kerana kalau runtuh kita juga yang rugi dan orang luar sudah pasti akan menangguk di air keruh.
Wednesday, 5 December 2012
Ketua bahagian kata Umno Subang tiada tanah
Ketua bahagian Umno Subang Datuk Muhammad Bushro Mat Johor tidak dapat
mengesahkan dakwaan DAP bahawa sebidang tanah milik Umno bahagian
tersebut – yang didakwa dibeli dengan harga murah pada tahun 2004 – kini
menjadi tapak sebuah kondominium.
Namun, Muhammad Bushro berkata, Umno bahagian itu tidak memiliki apa-apa tanah sejak beliau menjadi ketua bahagian pada 2008.
"Saya tak pasti sebab saya jadi ketua bahagian dari tahun 2008. Jadi, kalau mereka nak bawa saya ke Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor) pun bawalah," katanya ketika diminta mengulas dakwaan DAP itu.
Berita lanjut....
Jarumemas: Persoalannya mengapa pembangkang sibuk mendakwa UMNO itu dan ini sedangkan janji mereka kepada rakyat masih banyak yang belum tertunai.

Khidmat peguam percuma bantu pelabur emas Genneva
Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno menyediakan 10 peguam kepada 8,000
pelabur, yang membuat pelaburan emas mereka melalui Genneva Malaysia
Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia), untuk menuntut kembali pelaburan mereka
daripada syarikat terbabit.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno, Datuk Khairun Aseh berkata pihaknya menyediakan perkhidmatan itu secara percuma dan meminta pelabur terbabit tampil memberikan keterangan mereka.
Beliau berkata 8,000 pelabur itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu mereka yang telah membayar duit kepada syarikat itu tetapi belum mendapat emas dan mereka yang menyerahkan emas kepada syarikat itu tetapi belum menerima bayaran.
"Kita akan membuat tuntutan kepada syarikat terbabit dan bukannya kepada Bank Negara Malaysia (BNM). Ini adalah tindakan sivil agar para pelabur dapat menerima pelaburan mereka dengan segera," katanya kepada pemberita selepas sejam bertemu dengan pegawai Unit Siasatan Khas BNM, semalam.
Laporan awal perakaunan menunjukkan operasi Genneva Malaysia mengalami kerugian besar tahun ini dan mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.
Mengenai pertemuan beliau dengan BNM, Khairun berkata beliau diberitahu siasatan pihak berkuasa berjalan dengan lancar dan menafikan ada orang kenamaan yang cuba mengganggu siasatan itu.
- Bernama
Jarumemas: Alhamdulillah, sekurang-kurangnya membantu mereka yang dalam membantu kesusahan.

Tuesday, 4 December 2012
DAP kemuka bukti BN Selangor beli ‘tanah murah’, kaut untung
KUALA LUMPUR, 4 Dis – DAP Selangor hari ini mendedahkan Umno negeri
berkenaan menjual dua ekar tanah di Kelana Jaya untuk mengaut keuntungan
dan bukannya membangunkan pusat komuniti.
Tanah berkenaan adalah antara 24 bidang tanah yang didakwa Pakatan Rayat (PR) Selangor dijual kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) sewaktu negeri tersebut di bawah pemerintahan mereka.
Menurut Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, lot tanah di Kelana Jaya itu dijual kepada Umno Selangor pada kadar RM1 sekaki persegi atau sejumlah RM87,000, di bawah harga pasaran iaitu bernilai RM17.5 juta.
Ketika sidang media semasa lawatan ke tanah berkenaan, beliau berkata kepada pemberita, BN mempertahankan tindakan mereka dengan mengatakan tanah itu digunakan untuk tujuan kemasyarakatan dengan membina dewan serbaguna dan taman asuhan kanak-kanak untuk masyarakat setempat.
“Namun, apa yang berlaku, tanah yang dibeli Umno Selangor itu dijual kepada pemaju untuk didirikan kondominium kos sederhana,” katanya.
Berita lanjut...
Jarumemas: Pembangkang dah desperado, korek apa saja yang boleh bagi memburukkan UMNO dan BN.

Ramli Yusuff: Musa juga pernah salah guna kuasa semasa jadi KPN
KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan
kuasanya semasa memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan
bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah
melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya
Datuk Ramli Yusuff.
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan urusan polis.
“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.
“Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.
“Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan,” kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.
Berita lanjut....
Jarumemas: Politiking di mana-mana berlaku...

Polis sangkal dakwaan Nurul Izzah kerana nisbah sebenar 1:500
KUALA LUMPUR, 3 Dis — Jumlah anggota polis belum mencukupi dan
tindakan membeku pengambilan anggota baharu tidak boleh dilakukan kerana
akan menjejas perkhidmatannya kepada masyarakat.
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene berkata nisbah anggota kepada penduduk di negara ini adalah 1 untuk 500 dan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas jika pakatan pembangkang memerintah, mereka akan merancang membekukan pengambilan baharu anggota polis kerana mendakwa nisbah anggota polis dengan penduduk di negara ini melebihi statistik piawaian antarabangsa.
Berita lanjut.....
Jarumemas: Cuba alih isu...

Tender AES dibuat secara telus, kata Ketua Pengarah JPJ
KUALA LUMPUR, 4 Dis — Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menafikan dakwaan sesetengah pihak
perlantikan pembekal teknologi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
dilaksanakan tanpa mengikut tender dan dibuat secara
tergesa-gesa.
Menurutnya, AES merupakan teknologi terkini bagi mendapatkan gambaran serta membuat penilaian keberkesanan sistem ini di negara-negara yang melaksanakannya.
“Lawatan ke negara-negara tersebut telah dibuat oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada tahun 2005.
“Di antara negara yang dilawati adalah Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Perancis, United Kingdom dan Switzerland yang menggunakan teknologi AES, dan lawatan juga dilakukan ke negara China bagi meninjau dan menilai teknologi AES di negara tersebut,” kata Solah dalam satu kenyataan hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: AES buat pemandu memandu lebih berhemah, ya ke?

Subscribe to:
Posts (Atom)