Tuesday, 6 November 2012

Anwar: PR belum bincang Hadi ke Pekan, cabar Najib bertanding di Maran

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) belum memutuskan untuk meletakkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Parlimen Pekan.

Anwar yang ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini bagaimanapun mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikuti langkah Abdul Hadi, untuk menyatakan kesediaan bertanding di Parlimen Marang, yang kini milik Abdul Hadi.

“Kami belum membincangkan perkara itu ... Hadi kata beliau akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi tunggu keputusan parti.

“Tapi kita ada kekuatan di sana (Pekan), pada tahun 1999, Najib pernah hampir tewas ... jika benar beliau yakin, beliau perlu nytakan kesediaan untuk bertanding di Parlimen Marang,” katanya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Anwar sendiri yang patut bertanding di Pekan tentang Datuk Seri Najib.

Monday, 5 November 2012

Adakah graduan Malaysia ditakdirkan untuk kesederhanaan?

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Hampir semua orang mengadu tentang mereka: mahu gaji tinggi tetapi tidak bersedia untuk bekerja keras. Mahukan kemasyhuran segera tetapi sedikit bahan untuk ditunjukkan.

Menjadi terkenal untuk bakat yang sangat sedikit. Menuntut keseimbangan kerja-kehidupan hanya supaya mereka boleh melakukan perjumpaan sosial selepas jam 5 petang, atau bersama dengan lelaki / wanita mereka.

Melibatkan ibu bapa mereka dalam masalah; ibu bapa menghubungi majikan untuk menuntut mengapa permintaan anak mereka tidak dipenuhi.

Tiada seorang pun daripada mereka mahu bekerja di medan pertempuran - kehidupan adalah terlalu singkat untuk bekerja keras. Sekarang Putrajaya menyediakan dana untuk menjadikan penganggur layak untuk diambil bekerja.

berita lanjut....

Jarumemas: Anak-anak Malaysia dah biasa hidup senang malas nak usaha lebih sikit Ini kerana sejak negara maju mereka menjadi insan yang PEMALAS!!!

Keluarga khuatir Ahmad di bawa menghadap Sultan Johor

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Keluarga Ahmad Abd Jalil, remaja yang ditahan Jumaat lalu oleh pihak polis kerana didakwa menghina Sultan Johor, merayu agar anak mereka tidak di bawa kepada pihak istana untuk permohonan maaf.

Keluarga remaja berkenaan khuatir Ahmad akan di bawa menghadap Sultan untuk permohonan maaf atas kenyataannya, menyuarakan kerisauan terhadap keselamatan anak mereka yang berusi 27 tahun itu jika di bawa ke istana.

Menurut SMS daripada kakak Ahmad kepada salah seorang peguam mereka malam tadi, polis berkata kepada ibunya “jika istana panggil, mereka (polis) akan membawa Ahmad menghadap Sultan”.

“Jika mereka mahu permohonan maaf, bawa dia ke mahkamah,” kata bapa Ahmad, Abd Jalil Abd Rahman, kepada The Malaysian Insider hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Berani kerana benar, takut kerana salah.

DAP akui sukar bagi Pakatan untuk pertahankan Selangor

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pemimpin DAP menjangkakan saingan sengit untuk mereka di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, dan mengakui kempen perkauman yang dilaksanakan pembangkang Barisan Nasional (BN) mendapat tarikan masyarakat Melayu di luar bandar.

Sentimen berkenaan ditunjukkan ketika Konvensyen DAP Selangor hari ini, apabila selain meniupkan keyakinan mereka akan kekal berkuasa, pemimpin DAP turut menyeru ahlinya untuk bekerja keras, dan bukan hanya berdiam diri.

Berbeza daripada kebiasaannya, tema mengkritik BN dalam setiap majlis Pakatan Rakyat (PR), suasana di Kompleks Sukan Kelana Jaya semalam dilihat lebih menjurus kepada pemimpin menyeru ahlinya untuk bersedia menghadapi pertempuran politik paling sengit dalam sejarah Malaysia.

Berita lanjut....

Jarumemas: Hanya Allah saja yang tahu.

Umno: Karier politik Hadi akan tamat jika bertanding di Pekan



KUALA LUMPUR, 4 Nov — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang umpama "membunuh karier politiknya" jika mengambil pendirian untuk bertanding menentang pemilik kerusi Parlimen Pekan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin Umno.

Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan yang dihubungi The Malaysian Insider membayangkan Hadi akan menamatkan kariernya dalam politik dengan cara yang "amat memalukan" jika memilih Pekan sebagai lokasi untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Sebagai presiden parti, jika benar mahu bersara, pilih cara yang lebih baik ... bukan bersara dengan kekalahan.

"

Berita lanjut....

Jarumemas: Bertanding secara sihat jangan sampai memecahbelahkan pengundi dengan perasaan hasad dengki dan iri hati.

Friday, 2 November 2012

Jangan Percaya Fitnah Pembangkang Yang Tidak Nampak Kebaikan BN, Kata Jainab


KOTA KINABALU,-- Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Jainab Ahmad membidas sikap pemimpin pembangkang yang lebih gemar menyebar fitnah bagi memburukkan kerajaan meskipun mereka sedar pencapaian kerajaan sedia ada cukup membanggakan.

Beliau berkata parti pembangkang kini kelihatan seolah-olah tidak dapat membezakan "apakah yang baik dan tidak baik" khususnya yang dilakukan atau dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Setiap hari mereka menjaja keburukan dan kelemahan kerajaan kepada rakyat bagi menanam kebencian sedangkan kerajaan BN bersungguh-sungguh menolong dan memperbaiki kehidupan rakyat.

"Keadaan ini amat mengecewakan kerana ketika kerajaan BN bekerja keras membela nasib rakyat, pembangkang pula bekerja keras memutar belit fakta untuk menfitnah kerajaan," katanya ketika berucap sempena Program Salam Sayang Wanita UMNO Sepanggar di Sepanggar di sini pada Jumaat.

Jainab berkata parti pembangkang hanya pandai mengkritik tetapi pada masa yang sama gagal membawa idea baharu untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dalam semua aspek termasuk aspek ekonomi dan sosial.

Sumber: Malaysia Chronicles

Jarumemas: Sesungguhnya fitnah itu lebih buruk dari membunuh. 

Ketua Menteri digesa kemuka jawapan dalam tempoh 24 jam


GEORGE TOWN - Wakil rakyat pembangkang Pulau Pinang hari ini mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengemukakan jawapan bagi kesemua soalan lisan dan bertulis dalam tempoh 24 jam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, Ketua Menteri hanya menjawab satu daripada 30 soalan yang dikemukakannya.

Beliau berkata, semua transkrip jawapan sepatutnya diletakkan di atas meja setiap wakil rakyat selepas soalan lisan dibacakan, dan kegagalan berbuat demikian menunjukkan pengurusan kerajaan negeri tidak cekap.

"Minggu depan sudah ada sesi perbahasan. Kami perlu maklumat dalam jawapan itu, takkanlah kita nak berbahas secara rambang kerana ini akan menjejaskan kualiti debat," katanya kepada pemberita.

Arif berkata jika Ketua Menteri tidak mengemukakan jawapan dalam tempoh yang ditetapkan, ini bermakna beliau mengaku kerajaan negeri lemah dan tiada integriti.

Sumber: Malaysia Chronicles

Jarumemas: Jawab jangan tak jawab Guan Eng.