Wednesday, 17 October 2012
Pembela mahu pihak berkuasa siasat gerakan jadikan Kristian sebagai agama rasmi
KUALA LUMPUR, 16 Okt — Gabungan Pembela Islam (Pembela) hari ini mahu pihak berkuasa untuk menyiasat gerakan yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.
Menurut pengerusinya, Aminuddin Yahaya, penegasan sikap terhadap pendirian terdahulu PEMBELA mengenai beberapa dakwaan yang wujud mengenai usaha untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia, serta memastikan Perdana Menteri Malaysia adalah daripada kalangan penganut Kristian.
"PEMBELA menegaskan sikap bertanggungjawab untuk mempertahankan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, serta menolak pendirian tidak bertanggungjawab dan sikap sinikal sesetengah ahli politik Muslim dan bukan Muslim, yang memandang remeh isu sebegini, serta melabelkan NGO Islam dan umatnya sebagai mempunyai ‘siege mentality’ (mentaliti terkepung).
"PEMBELA bertegas dan berpandangan bahawa sebarang dakwaan berkenaan usaha mencabar kedudukan Islam perlu ditanggapi secara serius dan tidak boleh dituduh sebagai bersekongkol dengan mana-mana pendirian politik kepartian yang sempit.
Berita lanjut...
Jarumemas: Ya Allah tetapkanlah aqidah kami!!
Kerajaan belum bersedia beri pengajian tinggi secara percuma
KUALA LUMPUR, 16 Okt — Kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi secara percuma kerana bimbang terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata pelaksanaan pengajian tinggi percuma akan melibatkan implikasi yang memerlukan pertimbangan rasional agar tindakan itu tidak menjejas hala tuju negara dalam mencapai status negara maju menjelang 2020.
Selain itu, katanya, pengajian tinggi percuma tidak boleh dilaksanakan ke atas institut pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana ia merupakan entiti perniagaan yang berasaskan keuntungan.
"Situasi ini akan menyebabkan tumpuan masyarakat beralih kepada institut pengajian tinggi awam (IPTA) manakala kualiti pengajian tinggi negara juga akan jatuh kerana faktor percuma menghilangkan nilai sebenar ilmu dan sikap kebertanggungjawaban pelajar," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Berita lanjut...
Jarumemas: Teringin nak sambung belajar tetapi rumah kata pergi kubur kata mari...
Tiada masalah PM bertemu Soros, kata Soi Lek
KUALA LUMPUR, 16 Okt — Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pertemuan antara perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dengan George Soros bukan menjadi satu kesalahan dan menjelaskan konteks pertemuan antara kedua-dua pihak adalah berbeza sama sekali dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mendapatkan dana daripada penyangak mata wang asing terbabit.
Chua juga menjelaskan para pemimpin utama negara banyak mengadakan pertemuan dengan pemimpin besar dunia bagi tujuan diplomatik dan perhubungan dua hala sambil menyifatkan ia adalah perkara yang biasa dilakukan oleh mana-mana pemimpin.
"Sebagai seorang pemimpin agung, dia (Najib) berjumpa dengan banyak orang.
Berita selanjutnya....
Jarumemas: Teringin nak bertemu dengan Tun Mahathir.
Tanjong: Paling kecil tetapi paling panas di Pulau Pinang
GEORGETOWN, 17 Okt — Tanjong adalah di kawasan parlimen terkecil di negeri ini dengan hanya 53,188 orang pengundi di kawasan tersebut akan tetapi ia juga merupakan salah satu kerusi “panas” dalam mana-mana pilihan raya.
Dari kesibukan bandar George Town ke jeti yang mempunyai sejarah puak, kerusi parlimen terdiri daripada kedua-dua penduduk bandar moden dan kampung masih berakar dengan adat lama, tradisi dan kepercayaan.
Berita seterusnya...
Jarumemas: Masih tertunggu-tunggu bila DS Najib nak umumkan tarikh pilihan raya umum.
Friday, 12 October 2012
PKR gesa Najib penjelaskan dakwaan jumpa Soros pada 2010
KUALA LUMPUR, 11 Okt — Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, menggesa perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan ekoran pendedahan perjumpaan sulit beliau dengan spekulator mata wang asing George Soros pada tahun 2010.
Gesaan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu semasa sesi perbahasan di parlimen petang tadi.
“Najib seperti Mahathir juga pernah mengadakan perjumpaan sulit dengan Soros,” kata Chua (foto fail).
“Saya berharap PM dapat berikan bukti atas dakwaan pertemuan sulit antaranya dengan Soros pada 2010. Saya mohon penjelasan.”
Pendedahan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Subang, R. Sivarasa, minggu lepas semasa perdebatan dengan ketua penerangan Perkasa, Ruslam Kassim.
Berita lanjut....
Jarumemas: Jangan dijolok sarang tebuan..
Kilang-kilang mula membuang pekerja, menjelang pelaksanaan gaji minimum
KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pengeluar di Malaysia menggugurkan pekerja disebabkan oleh ketidakpastian terhadap ekonomi global dan menjelang permulaan gaji minimum yang akan berlaku tahun depan, kata RHB Research Institute.
RHB berkata dalam satu laporan semalam bahawa sejajar dengan kelembapan dalam jualan, pengeluar memberhentikan 4,609 pekerja pada bulan Ogos berbanding dengan pengambilan 441 pekerja pada bulan Julai. Kadar pengangguran adalah 3.1 peratus pada Julai dengan dianggarkan dua juta pekerja asing bekerja di negara ini.
“Sejajar dengan kelembapan di jualan YoY (tahun ke tahun), pengeluar berhati-hati dan mereka memberhentikan beberapa pekerja pada bulan Ogos,” kata RHB. “Ini adalah kerana kelemahan dalam ekonomi global dan diburukkan lagi oleh pelaksanaan dasar gaji minimum yang akan bermula pada awal tahun 2013.”
Firma penyelidikan itu memberi amaran bahawa pengeluar boleh membuang lebih banyak pekerja jika keadaan ekonomi merosot sebagai peningkatan produktiviti yang diukur daripada jualan setiap pekerja — perlahan kepada 0.7 peratus pada bulan Ogos daripada 4.3 peratus pada Julai dan 5.8 peratus pada Jun.
Berita lanjut....
Jarumemas: Jgn sampai ayam dikepuk mati kelaparan, itik di kolam mati kehausan!!
Friday, 5 October 2012
Zalim !!! Pakatan Haram Selangor Merampas Tanah Yayasan basmi Kemiskinan
Sesungguhnya, tidak ada yang lebih zalim dari merampas tanah rakyat miskin. Dan inilah yang dilakukan oleh kerajaan PR Selangor yang kononnya berjuang untuk rakyat di mana Menteri Besarnya begitu tega ingin merampas tanah yang dimiliki oleh syarikat Permodalan YBK (PYBK), iaitu anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor. Seluas 218 ekar daripada tanah tersebut telah dicadangkan sebagai tapak Projek UiTM.
Alasan Kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah milik syarikat tersebut ialah kerana kononnya telah tidak membayar cukai tanah.
Namun keputusan mahkamah yang memihak kepada PYBK semalam membuktikan bahawa cukai tanah sebanyak RM1.280 juta telah dibayar pada 31.8.2009 (‘bayaran pertama”) sebagai memenuhi syarat permohonan Kebenaran Merancang kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Dan cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta pula dibayar pada 1.2.2010 melalui Yayasan Melaka (“bayaran kedua”).
Sumber: Blog Unit Media Baru
Jarumemas: Mereka inikah yang hendak dijadikan pemimpin?
Subscribe to:
Posts (Atom)