Thursday, 6 September 2012
Bapa Pada Budak Tunjuk Punggung, Memohon Maaf Pada PM dan Isteri!!
Kesian, anak punya pasal, bapa pulak yang malu kena minta maaf. Memang takdak otak langsung si anak tu.
"Mewakili anak saya, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas perlakuan anak saya itu," demikian rayuan A Rahman Abdullah, 53, bapa kepada salah seorang pelajar kolej swasta yang diambil keterangannya oleh polis berhubung kejadian menayang punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, Khamis lalu.
Menurut A Rahman, dia amat menyesali tindakan yang dilakukan anaknya dan masih terkejut dengan apa yang telah berlaku.
"Saya terkejut sewaktu mendapat perkhabaran ini. Setahu saya, anak saya langsung tidak terlibat dalam mana-mana parti politik serta tergolong dalam kalangan pelajar yang rajin.
"Bagaimanapun saya percaya dia terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya atau mungkin dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya dia lebih menumpukan masanya pada pelajaran," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Menurut A Rahman, pihak polis juga telah memaklumkan yang anaknya dibebaskan kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Sehubungan itu, dia turut menasihatkan anak muda lain agar tidak mudah terpengaruh dengan rakan atau mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam mahupun masa depan sendiri.
"Saya berdoa agar anak saya segera insaf dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut," katanya.-SinarHarian
Dah la kena tangkap, kena buang kolej pulak tu.. disebabkan kebodohan yang melampau, budak punggung ni dah mengelapkan masa depanya.
Sokong Pakatan memang gelap masa depan!!
Sumber: Blog Kedah Ke KL
Jarumemas: Kerana pulut santan binasa, kerana badan keluarga sengsara.
DPM: New history syllabus for secondary schools in the works
KUALA LUMPUR (Sept 6, 2012): A new history syllabus is being drawn up for secondary school students in an effort to produce citizens with a high level of patriotism, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, who is also Education Minister, said this would be carried out based on the views put forward by the Special Committee studying the history syllabus and and textbooks for secondary schools.
"The government is paying special attention to the content of the history subject in schools. We have received the report (of the special committee). God willing, we will implement (the recommendations)," he said when opening the 57th Annual Meeting of the Malaysian Historical Society (MHS) at Wisma Sejarah, here, today.
The special committee which was set up in May 2011, comprises 10 history experts and is chaired by former Deputy Director-General of Education Tan Sri Omar Mohd Hashim, who is also the executive chairman of MHS.
The special committee will review the history syllabus and textbooks for secondary schools to ensure that the content is able to instill national pride and love for the country among students. – Bernama
Jarumemas: Love history subject since primary school.
Kerajaan baru boleh tukar bendera, kata persatuan sejarah
KUALA LUMPUR, 6 Sept — Bendera negara boleh ditukar jika kerajaan mahukan, kata pengerusi eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (MHS), Tan Sri Omar Hashim hari ini.
“Kerajaan baru biasanya akan menukar bendera seperti yang kita saksikan di Libya dan Iraq.
“Jadi, jika berlakunya pertukaran kerajaan, mereka boleh menukar bendera,” kata Omar.
Beliau menambah, walaupun bendera Malaysia pada hari ini dipilih kekal sebagai simbol kerajaan, ia sepatutnya dihormati dan menjadi satu-satunya bendera ketika sambutan Hari Kebangsaan.
Pengerusi persatuan itu memberi respon ketika ditanya oleh pemberita berkenaan kemunculan semula bendera kontraversi 'Sang Saka Malaya' sewaktu sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka minggu lalu.
Berita lanjut...
Jarumemas: Masih sayang Jalur Gemilang
German Embassy admits to funding Suaram
(Bernama) - The German Embassy here has admitted contributing funds to Suara Inisiatif Sdn Bhd, a company linked to Suara Rakyat Malaysia (Suaram), a non-governmental organisation (NGO).
Its ambassador to Malaysia, Dr Guenter Georg Gruber, said the embassy funded project-specific initiatives.
"The project with Suaram was in 2010, which we had evaluated," he said, adding that he could not recall what the project was, and that "the amount (of funds) was limited".
He told reporters this after witnessing the signing of a memorandum of understanding between Universiti Malaysia Pahang and two German companies here today.
The initial investigation by the Companies Commission of Malaysia (CCM) revealed the existence of fund transactions between Suara Inisiatif, which was registered under the Companies Act 1965, and Suaram.
CCM has been criticised by several NGOs for allegedly failing to act against Suaram which admitted to receiving funds from foreign countries, among others.
The criticism followed reports that Suaram was not an NGO, but a company, namely Suara Inisiatif Sdn Bhd.
Asked whether the embassy would fund other Suaram projects, the envoy said the mission would look at any proposal "that is in accordance to our values".
"We also supported the Bar Council over the rights of indigenous people. We do it all the time. This is close to our value system," he added.
Jarumemas: Is it worth?
Tuesday, 4 September 2012
Sang Saka warna bendera Nusantara, turut digunakan Umno - Hishamudin Rais
KUALA LUMPUR, — Jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, hari ini mempertahankan bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan oleh sekumpulan anak muda pada malam ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu.
Menurut beliau yang juga pengarah filem itu, Sang Saka Malaya adalah warna bendera kepulauan Nusantara yang meliputi Indonesia, Singapura dan Malaysia.
“Sang Saka adalah sejarah bangsa, dari zaman kerajaan Langsakuka, Gangga Negara, Sri Vijaya inilah warnanya,” kata beliau ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
“Merah putih adalah motif nusantara.
“Motif Melayu Raya, kerana itu bendera Umno, PAS, Singapura dan Indonesia semuanya menggunakan Sang Saka.”
Berita lanjut...
Jarumemas: Usah dipertikaikan, setia pada yang ada.
Kg Baru: 'Sampai bila-bila ia akan kekal di rumah kami' AMK nafi mahu ganti Jalur Gemilang
KUALA LUMPUR- Jika sesiapa pergi ke Kampung Baru, Kuala Lumpur, sudah tentu akan terlihat kain-kain rentang yang digantung di rumah-rumah penduduknya.
Bukan satu atau dua buah rumah berbuat demikian, tetapi banyak rumah yang mempunyai kain-kain rentang ini.
Bahkan, yang lebih menariknya bukan rumah-rumah kecil atau setinggan tetapi di rumah-rumah yang kelihatan moden dan besar di perkampungan Melayu tengah bandar ini.
Mereka terus berbuat demikain meskipun Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 sudah diluluskan di Dewan Negara pada Disember tahun lalu.
Yang pasti mereka tetap konsisten membantah akta tersebut
Kain rentang ini digantung di hadapan rumah masing-masing yang dilakukan sejak cadangan pindaan akta tersebut mula diutarakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Berita lanjut...
Jarumemas: Jalur Gemilang maruah negara.
Anwar pertahan pengibaran bendera Sang Saka Malaya
KUALA LUMPUR — Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan beberapa pemuda yang mengibarkan Sang Saka Malaya dan bukan bendera kebangsaan, Jalur Gemilang, semasa malam ambang Kemerdekaan baru-baru ini.
Ketua umum PKR berpendapat bahawa Sang Saka Malaya merupakan sebahagian dari sejarah negara.
Pemimpin dari Barisan Nasional (BN) telah menuduh Pakatan Rakyat (PR) cuba untuk menukar bendera kebangsaan, di mana PR menafikan.
“Sang Saka (Malaya), mengikut interpretasi anak muda, haruslah diperkenalkan kerana ini juga salah satu bendera yang diperkenalkan oleh pejuang-pejuang bangsa,” kata Anwar kepada wartawan.
“Apa salahnya generasi muda mengetahui tentang sejarah, tentang Sang Saka?”
Dia juga berkata bendera Umno juga nama asalnya ialah Sang Saka Bangsa.
Seorang blogger telah mengaku mengibarkan bendera “alternatif” di Dataran Merdeka pada Khamis lalu, tetapi berkata mahu memperkenalkan kepada awam tentang sejarah negara.
--The Malaysian Insider
Jarumemas: Membujur lalu melintang patah, apa saja asalkan matlamat menghalalkan cara.
Subscribe to:
Posts (Atom)