Tuesday, 28 August 2012
Mat Sabu: Akhbar Sin Chew salah lapor, saya tak sebut tentang hudud
KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan laporan muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memetik beliau sebagai berkata, PAS akan melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.
Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu menjelaskan, semasa wartawan Sin Chew Daily menghubungi beliau ...
Read More....
Jarumemas: Kalau tak sungguh orang tak kata...
Syawal dan hudud
28 OGOS — Saya mengambil masa yang panjang untuk menulis sesuatu tentang perkara serius kerana tidak mahu tersasar dari intipati tajuk. Saya lebih selesa tajuk santai sambil menceritakan keadaan dan peristiwa. Tajuk serius memerlukan pentakrifan dan pengkategorian yang jitu dan mantap manakala bersantai gambarannya adalah longgar dan bersahaja. Saya belum mencuba menulis dengan kombinasi kedua-dua cara serentak, pasti ia sesuatu yang menarik apabila pembaca mendapati dalam bersantai ada keseriusan dan dalam keseriusan ada santai.
Adakah harapan?
Saya mendapati ruang yang baik untuk saya menulis dengan cara santai dengan saya membicarakan persoalan hudud yang muncul di ambang Syawal. Apakah mesejnya bahawa hudud muncul di ambang Syawal dan pada penghujung umat Islam berpuasa di bulan Ramadan, Allah sahaja yang mengetahui, namun Syawal adalah bulan kemenangan, adakah ini membawa petanda bahawa isu hudud yang sekian lama dibahaskan di seluruh dunia Islam akan muncul di Malaysia dalam suasana penuh kemenangan, yakni orang ramai dapat menerimanya? Inilah yang menjadi persoalannya, dapatkah orang ramai menerimanya?
Nasha
Nama Ustaz Nasha bukanlah baru, tokoh ini muncul semasa Ustaz Fadhil Mohd Nor menjadi Presiden PAS malah disebut-sebut sebagai bakal kepimpinan PAS yang hebat. Kemunculannya di pesada parti PAS sebagai Setiausaha Agung dilihat sebagai satu karier politik yang ada potensi kerana jawatan itu adalah merupakan keutamaan Presiden untuk mencadangkan nama penjawat yang sesuai. Karier beliau terus meningkat dengan pencalonan sebagai Timbalan Presiden dan menang mengalahkan tokoh veteran PAS Ustaz Harun Taib. Dalam pemilihan baru-baru ini, Nasha kalah dengan ayam sabung PAS, Mohammad bin Sabu aka Mat Sabu. Kekalahan itu dilihat sebagai titik tolak hubungannya yang renggang dengan PAS.
Baca selanjutnya...
Jarumemas: Hanya jauhari yang kenal manikam
Lesson learned from the past
AUG 28 — In a few more days, we will celebrate our 55th year of being independent. National Day is the best day to reflect back on our journey as a nation.
First, there are no other days which are more significant in our nation’s rich history. Second, it reflects exactly another year of us being fully responsible for dictating the course of Malaysia. We have no one else to blame, as the power has been solely in our hands.
This day is also special for me personally. It used to be the only day in the year where my friends and I would get the chance to actually wave the “Jalur Gemilang” during the annual celebration in primary school. It was also the time of the year where my father insisted that our house showcased the “Jalur Gemilang”, though it was my younger brother’s duty to fix the flags due to his thinner physique.
From my primary school days, I also remember working with the entire school to produce a huge, extra-long “Jalur Gemilang” for this special day. Those were amazing moments.
I would limit my reflection this time on the political aspect of August 31. Many of us assumed last August that we would have seen the results of the hotly anticipated 13th general election by now. But most of us were wrong, and it now seems unlikely that the GE will be held in 2012.
Today, I don’t want to discuss assumptions on the outcome of this postponed election. What concerns me most is the effect of this delay. Datuk Seri Najib Razak has until April next year to call for election and both parties are now happy to use this time to strengthen their positions.
However, although both political sides benefit from this delay as they can reduce the cracks internally, this wait has increased the cracks between Malaysians as a country. The intensity and frequency of the fights in the political arena has increased as the year progresses, and has given all political parties something to work on to prove their worth.
Read more....
Jarumemas: Seeing is beleiving...
Friday, 17 August 2012
Pas perjuang negara Islam bukan dibimbangi DAP
KUALA TERENGGANU 16 Ogos - Pas memberi jaminan kepada DAP bahawa parti itu akan terus memperjuangkan kempen penubuhan negara kebajikan yang dibayangi Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan bukannya negara Islam yang dibimbangi DAP.
Namun, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik menegaskan, kempen untuk menegakkan negara berkebajikan yang dibayangi Islam itu adalah hak Pas dan DAP tidak sepatutnya campur tangan dalam perkara itu.
Malah, jelas beliau, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menentang negara Islam kerana perjuangan Pas adalah menubuhkan negara berkebajikan berasaskan Islam, bukannya negara Islam.
Beliau sebaliknya menempelak UMNO kerana kenyataan daripada pemimpin DAP itu kelihatan senada dengan perjuangan parti pemerintah itu yang didakwa menolak penubuhan negara Islam.
Sumber: Utusan
Jarumemas: Siakap senohong gelama ikan duri
Cakap bohong lama-lama mencuri.
Penjelasan Nasharudin
Sebaik tiba di tanah air dari Tanah Suci, Mekah semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengadakan sidang akhbar khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pada sidang akhbar itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka juga membidas Nasharudin berikutan kenyataan beliau yang menggesa Pas mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud. Berikut kenyataan penuh beliau:
Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah al-Mukaramah adalah dirujuk.
- Hudud
Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.
Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.
Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.
Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.
Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.
- Isu pertemuan di Mekah
Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu dzan (bersangka buruk), nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.
Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.
Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).
Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?
Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.
Sumber: Utusan
Jarumemas: Baca dengan teliti.
Nasha kecewa tak dapat jawatan, kata Khalid Samad
SHAH ALAM, - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, hari ini berkata, kenyataan yang dikeluarkan Nasharuddin Mat Isa berhubung PAS perlu keluar Pakatan Rakyat (PR) jika DAP terus menentang pelaksanaan hukum hudud adalah disebabkan rasa kecewa beliau yang gagal melihat parti Islam itu bergabung dengan Umno.
Menurut Khalid, bekas timbalan presiden PAS itu berkemungkinan mengharapkan impak yang besar daripada cadangan penggabungan PAS-Umno kerana beliau mungkin akan beroleh jawatan yang tinggi sekiranya penggabungan itu berjaya.
“Nasharuddin ini mungkin kecewa kerana PAS tidak mahu bergabung dengan Umno. Kalau penggabungan itu berjaya mungkin dia mengharapkan akan dapat menjawat jawatan tinggi, mungkin jawatan di Kabinet,” kata Khalid.
Tambah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor itu lagi, kenyataan Nasharuddin itu dilihat berkisar berkenaan hudud, dan beliau turut menggesa Nasha agar melihat kembali kepada kenyataan Umno yang turut menolak hudud sebelum ini.
“Dia kata PAS perlu keluar PR kerana DAP tak terima hudud, adakah Umno menerima hudud?” soal Khalid lagi.
“Nasharuddin sengaja menimbulkan isu ... dan mungkin itulah dia lihat (peluang) terlepas dan pada masa yang sama dia pun kecewa kerana dia kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden.
“Dan ini menyebabkan dia tidak seperti dulu dan dia memang nampak semakin rapat dengan pimpinan umno walaupun di parlimen,” jelas Khalid lagi.
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Mursyidul Am parti komponen PR itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ketika Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin juga gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dan tewas kepada Mohamad Sabu.
Nik Aziz juga sebelum ini berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.
Jelas Khalid lagi, keputusan sama ada nasib Nasharuddin bakal menjadi seperti Adun Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali juga tidak berasas, kerana dalam PAS, keputusan itu adalah hak individu.
“PAS bukan parti yang akan menentukan nasib sama ada nak pecat, lucut jawatan ahlinya, terpulang kepada mereka sendiri,” tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.
Dr Hasan Ali sebelum ini telah dipecat keanggotaan daripada PAS kerana dikatakan mempunyai matlamat yang berbeza dengan perjuangan parti.
Sumber:The Malaysian Insider
Jarumemas: Lain padang lain belalangnya.
MOOD RAYA
Hari ini tak ada mood nak masukkan blog kerana mood raya sedang melanda diri ini. Kepada teman-teman blogger Jarumemas minta maaf atas segala kesalahan mahupun dari segi kata-kata dan ungkapan atau nasihat yang tidak diundang.
Subscribe to:
Posts (Atom)