Friday, 27 April 2012

DBKL locks down Dataran for 48 hours

Kuala Lumpur City Hall (DBKL) will enforce a 48 hour lock down on Dataran Merdeka from 6am tomorrow morning.

In a statement late this evening, Kuala Lumpur mayor Ahmad Fuad Ismail said restriction will be enforced based on Local Government (Dataran Merdeka) (Federal Territory of Kuala Lumpur) By-Laws 1992 and Section 65 of the Local Government Act 1976.

Ahmad Fuad (right) said the restriction will be lifted at 6am on Sunday morning. The short one-paragraph statement was issued late this evening. This comes just 24 hours after a meeting between Ahmad Fuad and Bersih 2.0's steering committee broke down .

Yesterday, Ahmad Fuad had urged Bersih to move its Bersih 3.0 rally  away from Dataran Merdeka, citing security concerns and public order. However, Bersih is adamant on holding the rally at Dataran Merdeka because it was too late to change venues as many of its supporters may not receive the instruction in time. 
Bersih co-chairperson Ambiga Sreenevasan said that there will be a bigger problem for the authorities if the group had to turn away people from Dataran Merdeka and re-direct them to Stadium Merdeka, which is about a kilometre away.

When informed about the matter, the student groups that are currently occupying Dataran Merdeka said they will not budge unless threatened.

Another group, Occupy Dataran, which has joined the student's sit-in - now in its 13th day - said they will convene a meeting a midnight before deciding on their next move.

Source: Malaysiakini

Jarumemas: This is because Ambiga (negeri folks said 'begar' which means a real stuborn person) still insisted Bersih 3 to be held in Dataran Merdeka. The KL folks will have to stay away from KL. I thought of going to a book fair in PWTC but have to postpone because the road around KL will be very badly jammed due to the closure.

50,000 mahasiswa akan sertai Bersih 3.0

Sejak pengumuman secara rasmi dibuat oleh pihak Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) tentang penganjuran himpunan Bersih3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka, bermacam-macam respons dibuat oleh pelbagai pihak. Kini, hanya berbaki kurang 1 hari 20 jam 30 minit untuk acara itu berlangsung dan respons-respons itu masih berterusan.

Di pihak Pakatan Rakyat (PR), dari Ketua Pembangkang sehinggalah kepada ahli dan penyokong bawahan, semuanya menyatakan sokongan dan memberi komitmen penuh untuk menjayakan siri ke-3 himpunan seumpama itu sejak ia diadakan buat kali pertama pada tahun 2006.

Sikap Kerajaan Malaysia yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, atas semangat ‘menghormati’ Akta Himpunan Amam 2011, memberi reaksi yang sangat berbeza berbanding ketika penganjuran Bersih 2.0, awal-awal lagi mengumumkan tiada halangan untuk himpunan itu diadakan.

Malangnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak bersikap ‘proaktif’ sebagaimana KDN dalam mendepani permohonan daripada pihak Bersih. Barangkali juga KDN dan DBKL sedang bermain wayang. Ketegasan Bersih untuk tetap berhimpun di Dataran Merdeka menyebabkan Bersih dan penyokongnya dilabel sebagai degil dan didakwa cuba mendoktrin rakyat Malaysia untuk tidak menghormati perlembagaan negara serta tidak menghargai keamanan yang sedang dinikmati kini.

Media (TV3, Utusan Malaysia) pula mengambil posisi terpenting untuk mempengaruhi persepsi seluruh rakyat Malaysia. Kenyataan penuh dan ‘bersuara’ oleh beberapa orang menteri, agamawan, ilmuan dan rakyat disiarkan setiap hari untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa himpunan Bersih 3.0 adalah haram, akan mengancam keselamatan negara, mengganggu kehidupan warga ibu kota, doktrin sesat pembangkang dan tidak rasional. Tidak lain tujuannya melainkan untuk menjatuhkan political mileage lawan politik kerajaan atau sekurang-kurangnya mengurangkan sokongan dan kehadiran rakyat ke Bersih 3.0.

Mahasiswa selaku kunci penting dalam pembinaan dan pembangunan masa depan Malaysia juga pasti punyai pendirian. Mahasiswa Generasi Y adalah mahasiswa yang berfikir dengan akal, berbicara dengan fakta, mendengar dengan cakna dan memerhati dengan bijaksana pasti akan berekspresi secara rasional.
Penilaiannya adalah bukan soal BN atau PR, kerajaan atau pembangkang. Tetapi asas pertimbangan mahasiswa adalah kebenaran dan keadilan, lebih-lebih lagi dalam soal proses pemilihan kepimpinan negara yang menjadi penentu kepada substance pembinaan dan pembangunan negara pada masa hadapan. Jika silap langkah, padah! Jika betul, bertuah!

Saya yakin dan percaya, serta memberi jaminan bahawa tidak kurang 50,000 mahasiswa dan anak muda akan menyertai himpunan Bersih 3.0 pada hari Sabtu ini.

Sumber: Harakahdaily

Jarumemas:  Jika benar dakwaan pembangkang ini, sahlah mereka sudah memperbodohkan remaja kita. Kesian mahasiawa dan anak muda ini yang disogokkan dengan gula-gula lolipop kot supaya berhimpun untuk menyusahkan orang awam.

Pemantau antarabangsa kutuk pelaksanaan sistem pilihan raya Malaysia

KUALA LUMPUR 26 April: Pemerhati Misi Antarabangsa Pencarian Fakta Tentang Pilihan Raya (IFFMEM) mengutuk sistem pilihan raya di Malaysia kerana memberi masa berkempen terlalu singkat.

Senator Bebas Australia, Nicholas Xenophon berpendapat, 10 hari tempoh kempen terlalu singkat berbanding negara lain yang memperuntukkan sekurang-kurangnya 21 hari.

“Di Australia, calon bertanding diberikan sekurang-kurangnya 33 hari manakala di India dan Pakistan 90 hari,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, selepas pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Pada pertemuan itu, Nicholas turut menyatakan kekecewaannya terhadap akses media di negara ini yang tidak bebas selain pembersihan senarai pemilih yang tidak diberi perhatian kerajaan.

IFFMEM turut disertai Senator Pakistan, Mir Hasil Khan Bizenjo; Dekan Kolej Undang-undang, Universiti Timur Filipina, Amando Valdez;  dan Penyelaras Projek Serantau Yayasan Kebebasan Friedrich Naumann – FNF, Juliane Schmucker.

Hadir sama, Prof Madya Universiti New South Wales, Australia, Dr Clinton Fernandez; Pengarah Editor India Today, Mobashar Jawed Akhbar; Pengerusi Ikatan Ilmuan Indonesia Internasional, Dr Mohamad Nasir Tamara Tamimi dan wakil daripada Malaysia, Abd Malek Hussin, Pengerusi IFFMEM.
Kehadiran mereka atas jemputan Pakatan Rakyat untuk memerhati sistem pilihan raya dan akan menamatkan misi itu hingga Ahad ini.

Delegasi ini dijangka membentang laporan kepada awam dua minggu akan datang.

Sumber:Suara Keadilan

Jarumemas: Laporan belum pun dibentang oleh pemerhati tersebut, PKR dah tahu apa keputusan pemerhati itu.

Thursday, 26 April 2012

Bantahan Naib Pengerusi DAP bukti BERSIH 3.0 tidak direstui


KUALA LUMPUR  (Malaysiaaktif) --  Kenyataan Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini tidak menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu depan membuktikan himpunan haram itu tidak direstui secara menyeluruh.

Beliau dilaporkan Malaysiakini berkata, "Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?


"Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang,"

Ini menggambarkan langkah himpunan haram Bersih3.0 sebenarnya tidak disokong sepenuhnya oleh pimpinan para pembangkang seperti yang di war-war kan.

Tanpa berlengah, kenyataan Tunku Abdul Aziz ditempelak dengan perkataan “memualkan” oleh  ketua sayap muda PKR, Shamsul Iskandar  dalam tweet beliau.


Sumber: Malaysia Aktif

Jarumemas: Pembangkang sekarang nak beraja dihati bersultan di hati. Pindalah apa saja undang-undang mahupun enakmen, mereka tetap mengatakan tak puas hati. Mereka tu bersih sangat ke? Pemimpin sendiri pun kelaku tak molek, nak bersihkan kerajaan yang memang dah bersih pun. Kalau kotor pun pemimpin tak kira lah dari parti mana. 

PKR dakwa Pengerusi SPR, timbalannya adalah ahli Umno


PETALING JAYA, 26 April — PKR mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, menafikan dakwaan mereka masih memegang keahlian Umno bagi membuktikan mereka adalah berkecuali daripada mana-mana parti politik.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik Sinar Harian Online berkata, mana-mana anggota SPR tidak seharusnya menganggotai mana-mana parti, dan bersifat berkecuali supaya tidak cenderung kepada mana-mana pihak.
Beliau membangkitkan perkara ini ketika desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam masa terdekat dan mempersoalkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.
Malah, Saifuddin turut menegaskan, pihaknya mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno — parti teras Barisan Nasional (BN).


Jarumemas: Macam-macam lagi yang PKR korek, Jangan nanti terkorek lubang ular, langsung kena patuk mata tu!!

Anwar jemput pemantau asing desak Putrajaya laksana pembaharuan pilihan raya


KUALA LUMPUR, 26 April — Pakatan Rakyat (PR) telah menjemput sepasukan pemerhati asing untuk memantau sistem pilihan raya di negara ini dan dipercayai untuk mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan perubahan terhadap sistem berkenaan sebelum pilihan raya umum ke-13.
“Kami telah dijemput oleh ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memantau beberapa isu berkenaan pilihan raya dan mengemukakan laporan cadangan dan akan diserahkan kepada parti politik, termasuk kerajaan dan juga pembangkang,” jelas ahli jawatankuasa kumpulan bebas tersebut, Senator Nicholas Xenophon.
Walaupun telah dijemput oleh pembangkang, Nicholas yang merupakan senator bebas dari Selatan Australia itu menjelaskan, kumpulan tersebut tidak dibiayai mana-mana pihak, sebaliknya datang ke Malaysia hanya sebagai “rakan demokrasi” Malaysia untuk memberikan pandangan memperbaiki sistem pilihan raya sebagai sahabat.
“Ada beberapa isu berkenaan pilihan raya yang akan diperhatikan. Kami bukan datang untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia, kami datang sebagai rakan demokrasi untuk memberikan cadangan penambah baikan sistem pilihan raya di negara ini.
“Berdasarkan maklumat awal, terdapat beberapa isu yang menjadi perhatian kami iaitu, tempoh berkempen untuk pilihan raya, integriti daftar pemilih, satu undi satu nilai, dan akses media menjelang pilihan raya,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya lagi, laporan interim tersebut akan diserahkan kepada kerajaan dan pembangkang dalam tempoh dua minggu dari sekarang, yang mana dakwanya bersifat neutral dan tidak berat sebelah.
Kumpulan itu juga berkemungkinan akan turut memantau perhimpunan Bersih 3.0, “Duduk Bantah” yang dijangka berlaku Sabtu ini di Dataran Merdeka.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Kalay kumpulan pemantau ini kata, semua yang dilakukan oleh SPR adalah tepat dan mengikut spesifikasi, Anwar tetap akan rasa tidak puas hati. Semau dia nampak salah, dia saja yang betul. 

Tunku Aziz bantah perhimpunan Bersih 3.0


KUALA LUMPUR, 26 April — Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini menyuarakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan “Duduk Bantah” oleh Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
Tunku Abdul Aziz  ketika berucap pada sidang Dewan Negara di Parlimen hari ini menolak perhimpunan berkenaan kerana ia bakal menimbulkan kekacauan walaupun pada awalnya dikatakan sebagai perhimpunan aman.

“Prinsip demonstrasi jalanan selalunya dimulakan dengan situasi aman, namun banyak kes perhimpunan yang berakhir dengan kekacauan dan keganasan.
“Siapa akan bertanggungjawab? Penganjur mungkin tiada di lokasi, dan telah menjadi kebiasaan, masyarakat akan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku kekacauan,” katanya kepada pemberita selepas sesi Dewan berhenti rehat.
Tambahnya lagi, ini adalah prinsip peribadinya dan beliau telah pun menyuarakan pendapat tersebut kepada pucuk pimpinan partinya.
“Saya membantah. Ia berdasarkan prinsip dan pendirian individu, dan saya telah memaklumkan kepimpinan parti berhubung perkara ini, apa sahaja tindakan parti, itu keputusan mereka,” katanya lagi.


Jarumemas: Semua tahu bahawa tujuan sebenar mereka bukan perhimpunan haram tapi nak provoke pihak berkuasa. Bila aman dan jadi liar dan pihak berkuasa bertindak mereka pun tuduhlah pihak berkuasa yang jolok mereka. Dah guru dia kencing berdiri, murid kencng berlari....