
Bagaimanapun, beberapa pihak lain menolak dakwaan Susilo itu dan menganggap ia sebagai ‘usaha’ untuk mengalihkan perhatian terhadap rancangan kerajaan bagi menaikkan harga bahan api.
Ketua Polis Nasional, Timur Pradopo berkata, semasa mesyuarat bersama Parti Demokratik pada Ahad lalu, presiden mendedahkan kewujudan kumpulan yang telah mula bergerak dalam senyap untuk menjatuhkannya.
Menurutnya, Susilo mendakwa kumpulan tersebut akan menggunakan momentum kenaikan harga bahan api untuk mencetuskan provokasi dan hasutan.
“Setiap hari saya menerima pelbagai mesej berbentuk sokongan dan ada juga yang berbaur ugutan,” kata presiden itu.
Dakwaan pemimpin tersebut turut mendapat reaksi dari ahli parti gabungannya termasuk timbalan pengerusi Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Nasir Ali yang menyifatkan kenyataan presiden itu hanya akan memberi kesan negatif kepada masyarakat.
“Sebagai pemimpin tertinggi negara, beliau sepatutnya kuat menghadapi cabaran dan bukannya merungut untuk menunjukkan dia seorang lelaki yang lemah,” jelasnya.
Sumber: Sinar Harian.
ooppss!!!... Kalau seorang pemimpin itu berjaya membawa pembaharuan dan kemajuan kepada negaranya kenapa mesti digulingkan? Di Indonesia rakyatnya ramai, ramai bakal-bakal pemimpin yang boleh diketengahkan. Di Malaysia? Rakyat kita cuma 28 juta sahaja, itupun sudah ada yang mengidam nak jadi PM, biarpun kewibawaannya menjadi tanda soal.
Naib Presiden PKR N Surendran berkata, dalam notis yang turut dihantar kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu, Anwar juga menuntut permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan itu.
Kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) berkata fakta itu ditemui semasa mereka cuba melawat tapak berkenaan di Perak pada hujung minggu lalu.
"Adalah dikesalkan bahawa dalam zon penampan 1.7 kilometr dari tapak pelupusan sisa, kita masih dapati ada aktiviti pertanian pembiakan ikan, haiwan dan sayur-sayuran," kata Tan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata ini berikutan pembatalan skim itu dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dtambah baik, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.