Setiausaha Agung Jingga 13, DK Vicky berkata, rakyat mahu tahu siapakah yang telah membenarkannya sepertimana dakwaan dalam laporan polis yang dibuat oleh dua ahli Parlimen PAS semalam.Laporan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen PAS - Datuk Mahfuz Omar yang juga pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) dan Mohd Firdaus Jaafar - di Balai Polis Dang Wangi semalam.
Mereka mendakwa kontraktor AES menggunakan kenderaan dengan warna dan logo JPJ dan mendakwa melanggar Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan pejawat awam dengan niat menipu.
Berita lanjut....
Jarumemas: JPJ perlu jawab
No comments:
Post a Comment