Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mengumumkan peruntukan itu berkata, kerajaan negeri akan mendahulukan wang tersebut bagi "mengotakan janji yang tidak ditepati" BN berhubung projek tersebut.
"Saya
difahamkan upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh kerajaan
terdahulu beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-12.
Malangnya, setelah lebih empat tahun, jangankan jambatan, sebatang
rangka tiang pun masih tidak kelihatan."Oleh itu, pada tahun 2013 nanti, meskipun kita maklum bahawa pembinaan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, namun kerajaan negeri akan mendahulukan wang untuk pembinaannya bagi mengotakan janji yang tidak ditepati Umno-BN," katanya.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: Penuhilah janji2 dalam manifesto PRU 12 dulu.
No comments:
Post a Comment