Presidennya, Jais Abdul Karim (kanan)
berkata Dong Zong seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk
meluahkan rasa tidak puas hati, bukan dengan berhimpun yang mungkin
mencetuskan kejadian tidak diingini."Janganlah menyalahgunakan kebebasan bersuara sehingga boleh merosakkan suasana harmoni," katanya pada sidanga media di Kangar semalam.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Dong Zong menerusi lamanweb serta iklan dalam akhbar bahawa mereka mahu menganjurkan perhimpunan pada 25 November ini bagi membantah pelan tersebut.
Dong Zong antara lain menyifatkan pelaksanaan pelan itu menyalahi prinsip keadilan pendidikan dan menjejaskan pembangunan pendidikan bahasa ibunda, perpaduan rakyat dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa.
Mengulas lanjut, Jais berkata perbuatan Dong Zong membangkitkan isu itu pada saat negara sedang bersedia menghadapi pilihan raya umum juga menimbulkan kemusykilan akan agenda sebenar persekutuan tersebut.
- Bernama
Jarumemas: Ada saja helah yang dibuat oleh Dong Zong...
No comments:
Post a Comment