Friday, 1 March 2013

Jangan kaitkan SPR dalam kempen politik, Wan Ahmad beri amaran

SHAH ALAM, 28 Feb — Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberi amaran kepada parti politik agar tidak mengaitkan pengendali pilihan raya itu dalam kempen politik mereka.

Beliau berkata, SPR hanya menjalankan tugas bagi memastikan pilihan raya di negara ini dapat berjalan secara bebas dan adil.

"Saya merayu kepada parti politik, jangan kaitkan SPR dalam berkempen. SPR akan memberi perkhidmtan terbaik untuk rakyat untuk memastikan pilihan raya bebas dan saksama," katanya kepada pemberita selepas sidang media di sini.

"Jangan kaitkan SPR (dalam kempen) ... SPR hanya menguruskan pilihan raya, SPR tidak bertanding dalam pilihan raya," katanya.


Jarumemas: Nak jadikan Malaysia ini Arab Spring agaknya...

No comments:

Post a Comment