KUALA LUMPUR, Feb 28 — Tindakan Putrajaya untuk 
menurunkan kadar duti kereta import tidak dipersetujui Tun Dr Mahathir 
Mohamad, sebaliknya beliau merasakan Proton seharusnya diberikan 
keutamaan walaupun mempunyai prestasi yang merundum dalam industri 
pembuatan kereta.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menurunkan duti import 
kereta daripada Jepun dan Australia secara berperingkat bermula esok 
sebagai langkah untuk menyaksikan duti sifar daripada kedua-dua negara 
itu dalam tempoh tiga tahun akan datang.
"Sebagai penasihat Proton sudah tentu saya mahu melihat Proton 
menjual lebih banyak kereta namun polisi itu akan memberikan kesan 
kepada jualan Proton," katanya  kepada pemberita selepas berucap dalam majlis Polisi Pandang ke Timur di Universiti Teknologi Malaysia di sini.
Jarumemas: Janganlah sampai kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan...Jangan jadi Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya....utamakan kereta nasional bukan utamakan keinginan orang-orang kaya yang mahu laba tak bertepi...
 
No comments:
Post a Comment