Wednesday 22 January 2014

Dasar Automatif Negara sebagai subset liberalisasi ekonomi

Dasar Automatif Negara yang baru dibentuk pada 2006 disemak dan baru-baru ini ia diumumkan, antaranya: 1) tidak ada penurunan duti eksais, 2) pembentukan kerangka penurunan harga sehingga 30% menjelang 2018, 3) galakan penyertaan syarikat Bumiputera, 4) kajian impak jika sistem permit kelulusan dihentikan, 5) penyediaan 150,000 peluang kerja menjelang 2020, 6) pembentukan daya saing industri domestik, serta 7) penyediaan geran berjumlah RM2 billion untuk merealisasikan dasar ini.
Selain itu turut dimasukkan 8) pemeriksaan sukarela bagi memastikan kenderaan elok untuk digunakan, 9) memastikan kualiti kenderaan baik, 10) menjadikan Malaysia sebagai hab serantau kenderaan cekap tenaga dan 11) mempromosi eksport kenderaan dan komponennya.
Sengaja saya menyenaraikan perkara di atas dalam dua perenggan berasingan kerana kelihatan dasar di perenggan pertama jelas tidak bersifat liberalisasi, bahkan merupakan sebab utama harga kenderaan di Malaysia sangat mahal. Perkara dalam perenggan kedua pula masih tidak begitu jelas misalnya dalam amalan biasa sebelum ini, sijil pemeriksaan oleh Puspakom diperlukan. Tidak ada kenyataan konkrit mengenai penurunan harga kenderaan melainkan kerangka penurunan sehingga 30% menjelang 2018. - Amin Ahmad

Jarumemas: Hanya jauhari yang mengenali manikam. Teman tidak berapa pandai dalam membincangkan bab ini. Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya dengan Dasar Automotif Negara ini kelak. 

No comments:

Post a Comment