Setelah seminggu kita memasuki tahun 2014, rentetan peristiwa dan perubahan yang berlaku baik daripada sudut ekonomi, politik serta sosial sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei 2013 membuatkan kita rakyat Malaysia makin hari makin mencari di manakah dia contoh pemimpin dan juga kepimpinan yang dapat menerajui negara ini di pentas antarabangsa, serantau dan pada masa sama dapat menjaga kebajikan rakyat di peringkat lokalnya. Kerisauan ini dirasai di setiap lapisan masyarakat umumnya dan di kalangan generasi muda terutama kerana dari lapisan inilah akan lahir generasi pemimpin Malaysia pada masa akan datang.
Pemimpin serta barisan kepimpinan masa kini harus menunjukkan keazaman untuk mencontohi Dzulkarnain kerana mereka akan dipertanggungjawabkan terhadap setiap tindakan mereka yang mempunyai kesan terhadap rakyat. Dan buat mereka yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin pula siapkan diri anda dengan keperibadian pemimpin yang lama hilang dan dirindui oleh masyarakat di Malaysia ini, sebagaimana yang dicontohkan oleh Dzulkarnain.
Oleh Awang Ilham.
Sumber: The Malaysian Insider
Jarumemas: Pemimpin yang adil pemimpin disanjung, pemimpin xalim pemimpin disanggah.
No comments:
Post a Comment