JOHOR BARU, 1 April — Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat Johor 
untuk menamatkan karier politik Lim Kit Siang di Gelang Patah dalam 
Pilihan Raya 2013 malam tadi, dalam rangka untuk membantu Barisan 
Nasional (BN) mempertahankan kubu kuat mereka daripada kemaraan 
pembangkang.
Dengan gaya biasa beliau, perdana menteri paling lama berkhidmat itu 
turut menyerang pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Seri Anwar 
Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sambil mengatakan pilihan raya
 umum ke 13 juga adalah medan untuk mengakhiri karier politik menteri 
besar Kelantan itu.
“Sekarang ni Lim Kit Siang nak datang ke Johor, mudahlah, boleh 
menang bila-bila jam. Orang Johor mesti ganyang dia habis-habis ... biar
 itu jadi hari terakhir dia dalam bidang politik,” kata Dr Mahathir 
dihadapan ribuan orang di projek perumahan rakyat anjuran Umno Pulai di 
luar Hospital Pulai di sini.
Jarumemas: nauzubillah janganlah pembangkang memerintah engara, kerana belum perintah dah macam2 kerenah dilakukan membuatkan rakyat kebingungan terutama mereka yang di atas pagar dan taksub dengan mereka. 
 
No comments:
Post a Comment