ALOR SETAR, 7 April (Bernama) -- Seorang tukang kebun 
kesal dengan kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwanya 
sebagai warganegara Myanmar yang menerima kad pengenalan Malaysia dan 
menjadi pengundi hantu pada pilihan raya.
 Sehubungan itu, Ramli Ahmad, 48, membuat laporan di Balai Polis Alor
 Setar pada 11.44 malam semalam sejurus mengetahui perkara berkenaan.
 "Saya terkejut apabila seorang lelaki Cina datang ke rumah dan 
menunjukkan sebuah akhbar Cina edisi malam yang memaparkan tentang saya 
sebagai seorang warganegara Myanmar yang datang ke Malaysia pada tahun 
1993.
 "Kalau saya warganegara Myanmar, macam mana saya boleh ada surat 
beranak dan kad pengenalan Malaysia yang jelas menunjukkan bahawa saya 
lahir di Pengkalan Kundor," katanya pada sidang akhbar di pejabat MCA di
 sini hari ini.
Jarumemas: Bagi pembangkang apa saja yang boleh dijadikan modal akan dilakukan aasalkan matlamat menghalalkan cara. 
 
No comments:
Post a Comment