Monday 4 March 2013

Saya adalah penasihat Sultan Sulu ‘sebenar’, kata exco Pemuda Umno

KUALA LUMPUR, 4 Mac — Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam mengakui menjadi penasihat Sultan Sulu yang “sebenar”, dan menafikan menafikan dengan “Sultan Sulu” palsu yang mana pengikutnya sedang mengganas di Lahad Datu, Sabah.

Lokman berkata, Sultan Sulu yang sebenar ialah Sultan Roodinood Julaspi Kiram yang kini menetap di Manila, dan bukan Sultan Jamalul Kiram III (gambar) yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang sebenar.

“Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.

“Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita,” kata Lokman dalam satu kenyataan hari ini.


Jarumemas: Ramai sangat yang mengaku kerabat dan sultannya.

No comments:

Post a Comment