Monday 10 September 2012

Nakhaie : PM bukan Melayu Pertama Jika PR Menang

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad berkata Malaysia bakal menyaksikan Perdana Menteri bukan Melayu yang pertama jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam Pilihan Raya ke-13 (PRU13) nanti. Katanya PR tidak mempunyai formula yang mantap dalam memastikan orang Melayu terus mentadbir negara selain sistem yang akan digunapakai gabungan itu masih samar. “Pertama sekali kita harus faham, di dalam Pakatan Rakyat (PR) tiada ada satu formula yang jelas mengenai pakatan mereka. “Tidak ada jaminan dalam PR kerana tiada formula yang mantap bahawa orang Melayu akan terus berkuasa walaupun mereka diangkat menjadi PM,” katanya kepada Antarapos dalam satu wawancara eksklusif di kediamannya, baru-baru ini. Sumber: AIDC News Jarumemas: Malaysia akan jadi republik!!.

No comments:

Post a Comment