Friday 7 September 2012

Selepas bas, PKR guna treler untuk kempen

PETALING JAYA, 7 Sept ― PKR melancarkan sebuah treler yang bakal digunakan untuk kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam satu majlis yang telah dirasmikan oleh presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi ini di ibu pejabat PKR. Dr Wan Azizah dalam ucapan perasmiannya memberitahu treler ini akan menjadi simbol baru buat Pakatan Rakyat (PR) dan merupakan wadah baru bagi perjuangan rakyat. Ogos lalu, PKR juga telah melancarkan sebuah bas ekpres yang digunakan untuk kempen 'Jelajah Merdeka Rakyat' namun terdapat segelintir mereka yang kurang senang hinggakan ia diserang pihak tak bertanggungjawab di Kota Bharu. “Treler tersebut akan memulakan perjalanannya dalam program ceramah pada malam ini yang akan berlangsung di Rantau, Negeri Sembilan. “Saya berharap tiada lagi insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Kelantan dan Kedah baru-baru ini,” katanya. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Tak kisah nak guna kapal terbang pun boleh...jangan rakyat dijadikan taruhan demi kepentingan parti dan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment