Monday, 24 December 2012

Jelajah Oren: Kenderaan dirosak, 2 peserta cedera

Sebuah kenderaan pacuan empat roda konvoi Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda” dipecahkan cerminnya manakala dua peserta konvoi itu cedera dalam satu kejadian di Negeri Sembilan.
NONEBerikutan itu, beberapa pemimpin PAS dan PKR serta mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.

Kejadian itu berlaku lebih kurang jam 10 pagi di Jalan Dangi-Jelai yang hanya beberapa meter sahaja dari simpang utama ke Felda Bukit Rokan Utara.

Ia berlaku apabila peserta Jelajah Oren itu dihalang oleh lebih kurang 80 peneroka dan anak peneroka Felda Bukit Rokan Utara yang dipercayai penyokong Umno dan BN berdasarkan rata-rata mereka memegang bendera BN dan Umno.

Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, sejurus peserta Jelajah Oren tiba di situ, terdapat sekatan jalan yang dibuat peneroka Felda Bukit Rokan Utara di tengah-tengah jalan.

Dalam kekecohan tersebut, sebuah kereta pacuan empat roda milik salah seorang peserta Jelajah Oren dirosakkan apabila cermin depan dan cermin tingkap sebelah kiri dipecahkan oleh lelaki-lelaki yang tidak dikenali.
 

Jarumemas: Kalau dah tahu kawasan itu kawasan UMNO dan BN kenapa mesti nak tujah juga diri masuk ke halaman mereka.

No comments:

Post a Comment