Pergerakan Puteri Umno sedia mendekati golongan pengundi atas pagar bagi
mengenal pasti kemahuan serta kehendak mereka supaya mereka dapat
membuat pilihan yang tepat dengan menyokong kerajaan apabila tiba
pilihan raya umum ke-13 nanti.
Ketuanya Datuk Rosnah Abdul
Rashid Shirlin berkata untuk tujuan itu Puteri Umno akan menubuhkan
sebuah skuad penggerak bagi mengenal pasti keperluan mendesak golongan
pengundi atas pagar itu.
"Skuad ini akan mengadakan survey
mengenai kemahuan mendesak mereka. Kehendak mereka mudah berubah dan
skuad ini perlu mendekati mereka setiap masa hatta sehingga hampir tiba
saat pilihan raya.
"Kemahuan mereka akan disampaikan terus
kepada kerajaan," katanya dalam ucapan dasar bertajuk 'Juang' pada
persidangan perwakilan pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Selanjutnya...
Jarumemas: Jangan sampai runtuh pagarnya!!
KUALA LUMPUR, 26 Nov — Sistem kehakiman negara perlu dihormati
dan dipertingkatkan kemampuannya sekiranya negara mahu melihat korupsi
dapat dibendung, kata mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau
berkata sistem kehakiman negara perlu mempunyai pengaruh yang cukup
besar dalam membendung masalah korupsi kerana hanya sistem kehakiman
sahaja yang mempunyai keupayaan yang tinggi menangani masalah ini.
"Saya berharap sistem kehakiman dapat menjadi satu pengaruh yang
besar dalam menangani isu corruption...sekiranya sistem kehakiman dapat
dipertingkatkan kemampuannya maka tindakan yang diambil (menjatuhkan
hukuman) mereka akan dipandang tinggi oleh masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menutup forum "Menghapuskan Rasuah: Di
manakah Kejayaan Kita?" Anjuran Institute for Democracy and Economic
Affairs (IDEAS), di sini hari ini.
Abdullah berkata melalui undang-undang yang diluluskan sebelum ini ia
perlu dilaksanakan dengan penguatkuasaan yang menyeluruh agar mereka
yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.
Pada sidang media beliau berkata sistem tadbir urus kehakiman perlu
sentiasa diperbaiki dan ditambah baik agar ia sentiasa dipandang tinggi
sebagai badan berintegriti.
"Kita tidak boleh kata our governance is the best (tadbir urus kita
terbaik), kita perlu sentiasa perbaiki dan terus tambah baik. Dan pada
pandangan saya ia perlu diperbaiki lagi," katanya.
Ditanya sama ada sistem kehakiman berada di tahap yang baik, Abdullah
berkata sistem kehakiman negara pada masa sekarang sentiasa diperbaiki
dan undang-undang yang diluluskan kerajaan sentiasa diguna pakai dalam
sistem kehakiman negara.
"Saya yakin pada masa-masa akan datang akan ada lagi penambahbaikan
dilakukan kerajaan untuk meningkatkan taraf sistem kehakiman negara,"
katanya. — Bernama
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: Hakim mesti memastikan keputusan yang dibuat adalah seadil-adilnya bukan kerana sebab lain kerana di akhirat nanti akan diadili oleh Allah atas apa yang telah mereka lakukan semasa di dunia.