KUALA LUMPUR, 19 Nov — Kalangan Anggota Parlimen Barisan Nasional dan
Bebas yakin cita-cita Pakatan Pembangkang untuk melantik Datuk Seri
Anwar Ibrahim mahupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana
menteri tidak akan tercapai.
Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
berkata ini kerana pakatan itu tidak akan mampu menawan Putrajaya pada
pilihan raya umum akan datang.
“Itu masalahnya dengan pembangkang, mereka sendiri tiada pendirian
tetap mengenai siapa paling layak untuk jadi pemimpin nombor satu
negara.
“Saya percaya rakyat tidak akan terpedaya dengan helah mereka kerana
pakatan sendiri tidak pernah melaksanakan apa yang mereka janjikan,”
katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan seorang
perwakilan Dewan Ulama Pas yang mencadangkan pada Muktamar Tahunan PAS
ke-58 baru-baru ini, supaya presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dipilih menjadi perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya
umum akan datang.
Berita lanjut...
Jarumemas: Hadi vs Anwar = Perdana Menteri Malaysia?
No comments:
Post a Comment