Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop hari ini berkata
polis mengeluarkan sebanyak 27,414,823 saman kepada individu yang
dirakam melanggar had laju sejak 1996.
Data berkenaan kemudiannya
menjadi modal perbahasan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang berkata
jumlah tersebut menunjukkan kegagalan penggunaan kamera untuk mengelak
kemalangan.
Katanya, jumlah kemalangan terus meningkat walaupun polis mengeluarkan jumlah saman tersebut sejak 1996.
Atas alasan tersebut, beliau mempersoalkan mengapa pasukan polis perlu menggunakan kamera berkenaan.
Mahfuz
merupakan pemimpin pembangkang yang mengetuai gerakan menentang saman
ekor dan juga pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES),
termasuk penggunaan kamera di kawasan yang banyak berlaku kemalangan.
Fong
Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) turut membangkitkan sama ada pengguna jalan
raya akan dikenakan saman berganda daripada penguatkuasaan AES dan juga
daripada kamera polis.
Berita lanjut....
Jarumemas: Dah kena batang hidung sendiri nanti baru tau!!!
No comments:
Post a Comment