Monday, 19 November 2012

Muktamar bersemangat, menyerlah kehebatan Abdul Hadi — Mohd Sayuti Omar

18 Nov — Muktamar tahunan Pas kali ke 58 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah (Putik) di Kelantan selama tiga hari telah pun melabuhkan tirai lewat petang ini dengan sempurna seadanya. Selama empat hari tiga malam ahli, penyokong Pas dan pemerhati berkampung di Kota Bharu Kelantan. Muktamar bermula dengan sidang oleh ketiga-tiga dewan yang merupakan sayap kepada Pas, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pada 14 Novermber hingga 15 Novermber.

Muktamar penuh bermula pada 16 November dengan dihadiri oleh hampir 2,000 perwakilan dan 4,000 para pemerhati dari seluruh negara. Turut sama hadir dimajlis perasmian ialah Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan ismail, Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Geok dan lain-lain jemputan kenamaan.

Menambahkan kemerihan dan “kesumringahan” muktamar itu juga ialah himpunan rakyat yang diadakan pada sebelah malam 16 November bertempat di stadium Sultan Mohamad Ke IV. Kehadiran lebih 40,000 dengan menampilkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim memberi pentanda sihat yang Pas dan Pakatan Rakyat kian mendapat sambutan.

Berita lanjut...

Jarumemas: Tetap mengagumi Rasulullah yang amat menyayagi umatnya....

PRU ke-13 penentu jatuh bangun bangsa Melayu, kata Dr Hasan Ali

GEORGE TOWN, 18 Nov — Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi penentu kepada jatuh bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

Justeru, beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus diagungkan, bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus diperkasakan, rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan pembangkang pada pilihan raya akan datang.

“Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadi penentu untuk bangsa Melayu, agama Islam di bumi Malaysia.

“Bayangkan tuan-tuan kalau pakatan pembangkang menang kita diberitahu bahawa mereka nak menjadikan Malaysia ini satu republik dan ini kemungkinan akan berlaku kalau saudara mengundi pakatan pembangkang, memenangkan mereka,” katanya pada ceramah perdana di Kampung Suluk, Teluk Kumbar dekat sini malam tadi.

Berita lanjut....

Jarumemas: jangan sampai Melayu hilang di bumi Malaysia ini kerana hanya kerakusan segelintir bangsa Melayu sendiri yang tamakkan kuasa.

Hudud hak PAS, tidak paksa bukan Muslim terima

KOTA BHARU, 18 Nov — Pelaksanaan hukum hudud adalah hak orang Islam dan PAS tidak memaksa golongan bukan Islam menerima hukum itu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi ketika sidang media sejurus tamat Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Pusat Tarbiah Islamyiah Kelantan (Putik) hari ini bagaimanapun menegaskan PAS akan melaksanakan hudud melalui proses demokrasi.

"Hudud hak kita ... dan kita tidak paksa orang bukan Islam, dan kita akan melaksanakan melalui proses demokrasi.

"Hak bukan Islam diizinkan untuk agama mereka ... contohnya  arak, itu diizinkan agama dia ... walaupun Islam mengharamkan, tetapi itu hak dia," katanya kepada pemberita.

Mengambil contoh penjualan arak kepada bukan Islam di Kelantan, Abdul Hadi menjelaskan itu adalah salah satu perkara di dalam hudud.

Berita lanjut....

Jarumemas: UMNO pun tidak akan memaksa bukan Islam menerima pakai hukuk  Hudud.

Muhyiddin: Pemimpin BN tidak gentar hadapi mana-mana tokoh PRU


GOLD COAST - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak gentar untuk berhadapan dengan mana-mana tokoh atau calon pada pilihan raya umum kerana pengundi yang menjadi penentu tentang kesesuaian tokoh di kawasan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Umno itu berkata Umno dan BN bukan bersikap takbur tetapi bersifat "gentlemen" memandangkan dalam demokrasi sesiapa sahaja warga Malaysia boleh bertanding di mana-mana kawasan yang disukai.

Mengulas laporan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz dicadang bertanding di kawasan Parlimen Pagoh yang kini disandang beliau, Muhyiddin berkata cabaran itu akan disahut sekiranya ia berlaku.

"Lagi ramai lagi meriah," katanya pada wartawan Malaysia pada akhir lawatan sembilan harinya ke Australia di sini Ahad.

Berita lanjut....

Jarumemas: Memang benar UMNO dan BN tidak gentar untuk menghadapi mana-mana calon pembangkang pada PRU 13 nanti.

Hadi ‘alu-alukan’ cadangan perwakilan dilantik jadi PM

KOTA BHARU, 18 Nov — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyambut baik cadangan perwakilan yang menyarankan dirinya menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya alu-alukan nak lantik jadi perdana menteri, kadang-kadang syok juga ... tetapi saya minta Allah menangkan kita, bila menangkan Islam, lepas tu nak mati, matilah,” katanya ketika ucapan penggulungan di Pusat Tarbyiah Islamyiah Kelantan (Putik) di sini.

Ahli Parlimen Marang itu dilihat mengeluarkan kenyataan sedemikian sebagai respon kepada sesi terakhir muktamar hari ini yang menyaksikan semakin ramai perwakilan membangkitkan pendirian melantik beliau sebagai perdana menteri.

Pakatan Rakyat (PR) bagaimanapun telah mempunyai kesepakatan untuk memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan itu jika berjaya menawan Putrajaya.

Antara perwakilan yang membangkitkan perkara itu adalah daripada Dewan Ulama PAS, dan juga Dewan Muslimat parti Islam berkenaan.

Berita lanjut....

Jarumemas: Pimpinlah Pas supaya tidak mengkafirkan orang lain dan memurtadkan parti lain. Cermin diri dan muhasabahlah diri parti itu adakah Pas parti yang tidak pernah membuat dosa?

Doa 'KO BN' boleh bawa perpecahan dahsyat - Hasan Ali


KUALA LUMPUR - Tindakan Pas mengadakan solat hajat dan doa supaya Umno dihancurkan boleh menyebabkan perpecahan lebih dahsyat antara umat Islam di negara ini, kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini berkata, tindakan Pas itu lahir daripada pemikiran sempit dan dikhuatiri akan dicontohi anggota parti yang taksub dan mengamalkannya di tempat masing-masing.

"Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindungi dan dipertahankan," kata beliau yang juga Presiden Jalur Tiga dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berita lanjut...

Jarumemas: Kalau ikut rasa binasa, ikut kata hati mati. Sedarlah bahawa orang yang kita doakan itu adalah saudara kita sesama ISlam. Orang kafir memang suka umat Islam berbalah sesama sendiri supaya mereka dapat memasukkan jarum mereka bagi merosakkan umat Islam.

Nik Aziz: Tak salah doa jatuhkan Umno-BN

KOTA BHARU – Pas menyifatkan tindakan mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) itu adalah sebagai sesuatu yang wajar dan bukannya kesalahan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan mendoakan parti itu hancur adalah kerana BN didakwa menolak Islam.

Dakwanya, tindakan BN menolak Islam secara jelas menunjukkan parti itu memperlekehkan agama tersebut kerana ia berkait soal akidah.

Beliau turut memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu yang tidak mematuhinya.

“Bila Umno tolak Islam apa taraf Islam? Takkan nak biar? Tak salah doa macam itu kerana dalam al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah di zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai pengikut dan harta banyak.

“Akhirnya Nabi berdoa supaya Tuhan musnahkan orang itu kerana sekiranya tak dimusnahkan nanti bila orang itu beranak maka anaknya pula melawannya jadi jangan tinggalkan seorang pun,” katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di sini, hari ini.

Berita lanjut...

Jarumemas:  Sedangkan mengumpat sedara kita, di akhirat nanti kita akan memakan daging mentah, apatah lagi mendoakan keburukan pada saudara kitas sesama Islam.

Perbezaan pandangan dalam PAS, tetapi pemimpin menegaskan parti kekal bersatu

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Pemimpin-pemimpin PAS menegaskan parti Islam itu kekal bersatu dan mempamerkan kematangan dalam kongres terakhir menjelang pilihan raya umum (PRU) dengan kepimpinan pusat mengetengahkan dasar inklusif bagi semua rakyat Malaysia - dasar-dasar yang pragmatik sementara sayap-sayap lain memberi tumpuan kepada tema tradtional hudud dan dasar konservatif.

Sepanjang persidangan tiga hari di kubu kuat politik mereka di Kelantan, kepimpinan pusat yang secara tradisinya konservatif menjauhkan diri dari membincangkan pelaksanaan undang-undang jenayah dan hukuman kontroversi hudud, sebaliknya lebih menumpukan kepada dasar praktikal di bawah manifesto 'negara kebajikan' mereka. Akan tetapi topik tersebut masih dibawa oleh sayap pemuda, wanita dan ulama.

“Perbezaan ini bukan kerana perbezaan cita-cita, tetapi kerana perbezaan dalam kematangan. Ia bergantung sama ada anda memahami perjuangan dan strategi PAS,” kata Aiman Athirah, ketua penerangan Dewan Muslimat PAS atau sayap wanita kepada The Malaysian Insider.

Berita lanjut.... 

Jarumemas: Allah melarang kita mendoakan keburukan orang lain, hatta musuh kita sendiripun.