Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali hari ini
menasihatkan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya
tidak "ghairah" memutarbelit fakta semata-mata kerana mahu menjadi
menteri besar Selangor.
Katanya, dakwaan Noh mengenai Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ingin menjual aset dan saham kepada
bukan bumiputera, merupakan satu dakwaan untuk memancing undi orang
Melayu menjelang pilihan raya umum.
"Dalam keghairahan Noh Omar nak jadi menteri besar, jangan putar belit fakta dengan membuat dakwaan seperti ini.
"Berhubung
dakwaan Noh Omar dan hulubalang Umno terhadap PKNS yang saya kira
melampau, saya berani katakan ini serangan untuk memancing undi orang
Melayu menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya ketika
membahaskan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah
Alam hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: Apa salahnya kalau BN memang pada PRU13 nanti???
Wednesday, 21 November 2012
'Parti Pakatan ibarat kahwin sejenis' - Puad Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi mengumpamakan Pakatan
Rakyat seperti perkahwinan sejenis kerana tiada pembahagian peranan yang
jelas di antara parti komponen, dakwanya.
Beliau mendakwa, perkara ini amat jelas kerana Pakatan Rakyat tidak mencapai kesepakatan dalam perkara penting.
"Dalam PAS siapa ketua? Mursyidul Am atau presiden? Dalam PKR - (ketuanya) presiden (Datuk Seri) Wan Azizah (Wan Ismail) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)?
"Sama dalam DAP - Karpal (Singh), Setiausaha Agung Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang? Ini pun tidak jelas.
"Dalam parti-parti Pakatan Rakyat ibarat perkahwinan sejenis - kita tidak tahu siapa ibu siapa bapa. Ia tidak jelas," katanya.

Isu
perkahwinan dan hubungan sejenis sebelum ini pernah ditimbulkan Puad
apabila beliau menggesa isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual
(LGBT) dibincang secara terbuka di sekolah.
Beliau
dilaporkan menggesa agar LGBT ditangani sebagai cabaran yang boleh
mengancam budaya murni rakyat dan mencetuskan suasana tidak sihat dalam
rakyat.
Jarumemas: Sudah dicanaikan begitu tapi tak ada yang sedar!!!
Cita-cita Anwar atau Abdul Hadi jadi Perdana Menteri tidak akan tercapai
KUALA LUMPUR, 19 Nov — Kalangan Anggota Parlimen Barisan Nasional dan
Bebas yakin cita-cita Pakatan Pembangkang untuk melantik Datuk Seri
Anwar Ibrahim mahupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana
menteri tidak akan tercapai.
Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ini kerana pakatan itu tidak akan mampu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
“Itu masalahnya dengan pembangkang, mereka sendiri tiada pendirian tetap mengenai siapa paling layak untuk jadi pemimpin nombor satu negara.
“Saya percaya rakyat tidak akan terpedaya dengan helah mereka kerana pakatan sendiri tidak pernah melaksanakan apa yang mereka janjikan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan seorang perwakilan Dewan Ulama Pas yang mencadangkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 baru-baru ini, supaya presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih menjadi perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
Berita lanjut...
Jarumemas: Hadi vs Anwar = Perdana Menteri Malaysia?

Mahathir: Mahukan Hadi jadi PM cermin sikap berebut-rebut pembangkang
KUALA LUMPUR, 20 Nov — Hasrat PAS yang mahu presidennya Datuk Seri
Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri sekiranya cita-cita pakatan
pembangkang memerintah tercapai, menunjukkan sikap berebut-rebut sesama
mereka.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata jawatan itu patut diberi kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.
“Belum jadi kerajaan sudah berebut-rebut, esok (kalau) dah jadi kerajaan bukan saja Hadi, Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah Karpal Singh pun nak jadi PM juga.
“Bagilah kepada dia. Teruk, lama dia berjuang... patut bagi Karpal Singh (jadi) perdana menteri Malaysia, yang amat berhormat... bila pencen dapat Tun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gaza di sini hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: Karpal jadi PM???????????

Mustafa Ali: Hadi jadi PM, bukan usul muktamar, tak perlu sensasikan
KUALA LUMPUR, 21 Nov — Muktamar PAS ke 58 tidak mengeluarkan usul
agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri (PM), oleh itu
perkara ini tidak perlu disensasikan, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk
Mustafa Ali.
“Maka tiada keperluan sebenarnya untuk media memainkan perkara ini kerana ia bukan sebahagian daripada usul muktamar,” kata beliau
dipetik dari Harakahdaily.
Tambah beliau, cadangan supaya Presiden PAS menjadi PM hanyalah luahan sayang para pewakilan kepada Abdul Hadi, yang dianggap bapa yang dihormati dan disanjungi ketika perbahasan di muktamar tersebut.
“Ahli-ahli PAS hanya mengharapkan yang terbaik untuk ayah mereka, sebagaimana anak-anak lain mendoakan yang terbaik untuk ibu bapa sendiri. Walaubagaimanapun, harapan anak tidak semestinya sama dengan hasrat ayah,” katanya.
Berita lanjut....
Jarumemas: Pas dah mula gabra bila DAP keluarkan kenyataan mahu Anwar jadi PM...

Saksi: 'Tentera Israel tiada belas kasihan'
Saksi rakyat Palestin menceritakan pengalaman perit kehilangan orang
kesayangan mereka di tangan tentera rejim Israel dengan seorang ayah
berkata: "Askar terbabit langsung tidak menunjukkan belas kasihan."
Salah Al Sammouni, 33, saksi pertama yang memberi keterangan pada pendengaran Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur mengenai Palestin, berkata askar Israel membunuh 21 anggota keluarganya termasuk anak perempuannya pada 5 Januari 2009, ketika menyerang kampungnya di Gaza.
"Pada hari berkenaan, 21 anggota keluarga saya mati di rumah yang sama pada masa yang sama," katanya menerusi penterjemah, dengan air mata berlinangan.
Menjawab soalan Prof Gurdial Singh Nijar yang mengetuai pasukan pendakwaan sama ada mereka yang membunuh keluarganya berpakaian seragam, Salah berkata: "Ya. Saya lihat mereka selama beberapa jam. Mereka memakai seragam tentera...sudah tentu saya mahu pembunuh terbabit dipenjarakan.
Berita lanjut....
Jarumemas: Ya Allah, hantarlah burung hud-hud seperti mana yang pernah kau lakukan ke atas tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.

GPMS bidas Dong Zong mahu berhimpun bantah pelan pendidikan
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membidas Persekutuan
Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)
yang mahu berhimpun untuk membantah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.
Presidennya, Jais Abdul Karim (kanan) berkata Dong Zong seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan rasa tidak puas hati, bukan dengan berhimpun yang mungkin mencetuskan kejadian tidak diingini.
"Janganlah menyalahgunakan kebebasan bersuara sehingga boleh merosakkan suasana harmoni," katanya pada sidanga media di Kangar semalam.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Dong Zong menerusi lamanweb serta iklan dalam akhbar bahawa mereka mahu menganjurkan perhimpunan pada 25 November ini bagi membantah pelan tersebut.
Dong Zong antara lain menyifatkan pelaksanaan pelan itu menyalahi prinsip keadilan pendidikan dan menjejaskan pembangunan pendidikan bahasa ibunda, perpaduan rakyat dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa.
Mengulas lanjut, Jais berkata perbuatan Dong Zong membangkitkan isu itu pada saat negara sedang bersedia menghadapi pilihan raya umum juga menimbulkan kemusykilan akan agenda sebenar persekutuan tersebut.
- Bernama
Jarumemas: Ada saja helah yang dibuat oleh Dong Zong...

Menteri, KP digesa jawab dakwaan guna logo JPJ
NGO berkaitan PKR, JINGGA 13 mendesak menteri pengangkutan dan ketua
pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjawab dakwaan tindakan
kontraktor AES menggunakan kenderaan berwarna dan berlogo JPJ dalam
tempoh seminggu dari sekarang.
Setiausaha Agung Jingga 13, DK Vicky berkata, rakyat mahu tahu siapakah yang telah membenarkannya sepertimana dakwaan dalam laporan polis yang dibuat oleh dua ahli Parlimen PAS semalam.
Laporan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen PAS - Datuk Mahfuz Omar yang juga pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) dan Mohd Firdaus Jaafar - di Balai Polis Dang Wangi semalam.
Mereka mendakwa kontraktor AES menggunakan kenderaan dengan warna dan logo JPJ dan mendakwa melanggar Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan pejawat awam dengan niat menipu.
Berita lanjut....
Jarumemas: JPJ perlu jawab

Can PAS hold the middle ground?
COMMENT The big winner in the public relations stakes of the recently concluded PAS muktamar would appear to be Abdul Hadi Awang.
The "for all" in the "PAS for all" tagline is mainly for the non-Muslims/Malay. I have often made the argument that the sole political party in Malaysia, which has a firm ideological stance and have demonstrated commitment to its rhetoric, is PAS.
Whatever your views on Islam, PAS over the long Umno watch has been consistent in its rejection of Umno framing the conflict in religious terms, which often times pitted them against DAP.
The argument often made by DAP partisans is that PAS needs the coalition (thus the Chinese vote) to have a chance to claim the throne in Putrajaya. While this may be true, I would argue that without PAS, there would be no coalition with a credible chance of forming a new government...
Read more....
Jarumemas: Parti Amat Sakit.

Subscribe to:
Posts (Atom)