DONG Zong cetus isu lagi. Rakyat tidak tahu apa motifnya kali ini. Tapi nampaknya Dong Zong lebih agresif dan serius. Tidak pandang kiri dan kanan lagi berbanding satu dekad lepas.
Nampak benar semakin 'besar kepala' lagaknya. Penulis tidaklah mahu komen panjang lebar motif perhimpunan Gabungan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia ini atau Dong Zong di Kajang baru-baru ini.
Sebab kalau 'terlangsung' pengamatan penulis, akan timbul pula kontroversi. Maknanya kontroversi 'di atas kontroversi' pula apabila membicarakan soal empat 'usul besar' yang dibangkitkan Dong Zong.
Dalam empat ini, salah satunya dikehendaki Dong Zong adalah mahu pihak Kementerian Pelajaran memindahkan segera guru-guru yang dihantar ke SJKC pada sesi persekolahan awal tahun ini yang tidak tahu berbahasa Cina. Ini termasuk guru-guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
ooppss!!!....Sektor pendidikan diperuntukkan RM50.2 bilion dalam Bajet 2012. Daripada peruntukan tersebut, RM 500 juta diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan, RM100 juta kepada SJKC, RM100 juta kepada SJKT, RM100 juta kepada Sekolah Mubaligh, RM100 juta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan RM juta kepada MRSM. Bak kata bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Rahman Arshad, dengan tuntutan DZ ini, ia bererti perpaduan yang dilaung-laungkan tidak ada erti lagi oleh kerana perasaan kecinaan bertambah tebal. Kadang kala bila kita beri betis, mereka nak paha pula.